28 November 2008

Rezeki manusia..

Bismillahirrahmanirrahim..

Semalam masa balik dari kerja aku lalu kat plaza tol KLIA tu..masa nak bayar tol aku perasan orang yang jaga tol tu member aku masa sekolah dulu..:) pastu bleh plak borak2 sekejap kat situ..lagipun masa tu takde orang lain kat belakang aku,hehe..sebenarnya aku cuma nak bagitau yang dia dulu adalah seorang yang aku kagumi kat sekolah..sbb masa tu dia paling hebat dalam sport, ramai geng, hensem, ramai awek dan sebagainya..tapi dia sederhana je dalam pelajaran..dia dah kerja situ dekat 6 bulan dan sempat suruh aku carikkan kerja lain..


Weekend lepas aku ngan member2 aku lepak kat sebuah kedai mamak kat bangi..masa datang org yang amik order tu aku perasan dia rupanya kawan aku sekolah menengah dulu..dia tegur aku gitu2 je sbb member aku ramai masa tu..rasa janggal sangat masa order mknn dari dia,huhu..aku rasa pelik skit sebab dia dulu seorang yg sangat pandai..slalu mintak dia ajar aku matematik,huhu..last aku dengar dia belajar kat UIA..sblm balik dia pun sempat cakap kat aku kalau2 ada kerja kosong tak kat tempat kerja aku..pastu kitaorg bertukar no telefon..

Sebenarnya aku tak berniat nak ulas tentang pekerjaan member2 aku ni..aku cuma nak cakap rezeki seseorang tu memang berbeza antara satu ngan lain..tak kisahlah latar belakang pendidikan, cara hidup lepas dsb..aku tak pernah pandang rendah pekerjaan camtu sebab bagi aku perancangan Allah tu memang diluar batasan pemikiran kita..ada seorang member aku yang jadi engineer kat syarikat petroleum negara dan bergaji lebih RM8K sebulan tetapi gagal dalam hidup (bagi aku)..baru 2 tahun kahwin dah bercerai, selalu dikejar hutang bank dan along, kereta kena tarik dan selalu jumpa aku nak pinjam duit :P



Bila Allah beri nikmat kat satu bahagian mungkin Allah tarik nikmat kat bahagian yang lain..sebab tu kita kena bersyukur kepadaNya..aku selalu cakap camtu ngan adik aku yang kecewa gila tak dapat masuk Universiti tu..even dia dulu ketua pengawas dan dapat 6A dlm SPM (sains tulen) tahun lepas tapi permohonan rayuan dia masuk Universiti pun ditolak minggu lepas..sian aku tengok dia yang rasa rendah diri ngan member2 dia..selagi aku ada, aku akan pastikan adik2 aku tak susahlah, insyaallah..lagipun benda tu bukan pengakhiran hidup kan? :P byk je peluang kerja yang bleh dapat kalaupun tak masuk Universitipun..aku sangat pasti tentang tu..

Nota kaki : Terima kasih kepada orang yang bagi baju aku pakai tu ye..suka gila aku pakai baju tu,hehe..

22 October 2008

Beraya ngan sahabat baik..

Bismillahirrahmanirrahim..


Tahun depan insyaallah berenam plak..:)

Alhamdulillah, dapat gak aku beraya ngan member baik aku berdua ni weekend lepas..walaupun mereka dah kahwin tapi kitorang dah janji dulu(masa semua bujang), pas masing2 dah kahwin mesti kena beraya sesama gak,hehe..sebagai komitmen nak kekalkan persahabatan tu sampai bila2..yela, rasanya dari aku tingkatan dua dulu dah beraya sesama..masa tu naik bas je..pastu upgrade naik motor sesama..dan sekarang dah naik kete sendiri2..:)

21 October 2008

Kematian itu pasti..

Bismillahirrahmanirrahim..

Al-fatihah untuk arwah..

Aku baru dapat berita seorang member photographer telah kembali kerahmatullah Ahad lepas..dia masih muda(awal 20an) dan berbakat besar dlm bidang photography ni..Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada hari tersebut juga..meninggal dunia sebab cancer yang dihidapinya sejak umur 13 tahun..kat forum guna nick saraziz..

Aku pernah jumpa dia 2 kali kat exhibition Rantai Shah Alam beberapa bulan lepas..ramah dan ceria je orangnya..tak tahu itu merupakan kali terakhir jumpa arwah..Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Wan Maisara Amirah bt Wan Abdul Aziz..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,amin..

~ http://saraziz.blogspot.com
~ http://www.flickr.com/photos/saraziz
~ http://uk.youtube.com/watch?v=AqF70BaqWhg&feature=related