22 October 2008

Beraya ngan sahabat baik..

Bismillahirrahmanirrahim..


Tahun depan insyaallah berenam plak..:)

Alhamdulillah, dapat gak aku beraya ngan member baik aku berdua ni weekend lepas..walaupun mereka dah kahwin tapi kitorang dah janji dulu(masa semua bujang), pas masing2 dah kahwin mesti kena beraya sesama gak,hehe..sebagai komitmen nak kekalkan persahabatan tu sampai bila2..yela, rasanya dari aku tingkatan dua dulu dah beraya sesama..masa tu naik bas je..pastu upgrade naik motor sesama..dan sekarang dah naik kete sendiri2..:)

21 October 2008

Kematian itu pasti..

Bismillahirrahmanirrahim..

Al-fatihah untuk arwah..

Aku baru dapat berita seorang member photographer telah kembali kerahmatullah Ahad lepas..dia masih muda(awal 20an) dan berbakat besar dlm bidang photography ni..Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada hari tersebut juga..meninggal dunia sebab cancer yang dihidapinya sejak umur 13 tahun..kat forum guna nick saraziz..

Aku pernah jumpa dia 2 kali kat exhibition Rantai Shah Alam beberapa bulan lepas..ramah dan ceria je orangnya..tak tahu itu merupakan kali terakhir jumpa arwah..Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Wan Maisara Amirah bt Wan Abdul Aziz..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,amin..

~ http://saraziz.blogspot.com
~ http://www.flickr.com/photos/saraziz
~ http://uk.youtube.com/watch?v=AqF70BaqWhg&feature=related


17 October 2008

Satu permulaan..

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih sudi terima jemputan aku untuk baca blog nih..sebenarnya aku saje buat blog ni sebagai satu cara aku lepaskan tekanan kerja, kongsi cerita dan sewaktu dengannya..aku hanya menjemput beberapa orang kengkawan yang aku selesa untuk berkongsi kisah hidup aku yang biasanya aku tak cerita secara terbuka..tak sampai 20 orangpun..err apesal ayat aku macam skema je ni,hehe..

Kenapa ye aku tutup blog aku yang lepas?!! sbnrnya aku rasa tak selesa bila ramai budak2 ofis aku tahu kewujudan blog lama tu termasuklah bos aku,huhu..walaupun dia tak bising tapi kekadang dia perlilah gak,hehe..lelagilah dia tahu aku takde internet connection kat umah..:)

Sebenarnya bukan aku tak mampu nak masukkan internet kat umah..sengaja aku taknak..aku memang taknak menghadap PC je kat umah..dahlah kerja sepanjang hari duduk depan PC je..lagipun macam korang tahu aku ada kerja2 buruh kasar lain seperti menguruskan lembu, kebun naga, projek cacing dan satu lagi projek baru tanam pokok pisang..sekarang ngah tunggu anak pokok pisang sampai je..jadi, senang cite lum ada keperluan mendesak utk aku masukkan internet kat umah sekarang..:)

Akhir kalam, kalau bleh tak payahlah masukkan link blog ni dalam blog korang ye,bookmark je..:) aku selesa cerita benda2 dalam ni kat beberapa orang kawan yang aku percaya dan rapat..dan aku lebih suka utk kekalkan hubungan rapat ngan beberapa kengkawan berbanding ramai2 tapi susah nak jaga hubungan tu..betul tak?


Nota kaki : Sebenarnya Ogos lepas aku dah bertunang..:) alhamdulillah..cuma sarah dah tahu rasanya,hehe..insyallah majlis akan dilangsungkan tahun hadapan..kalau ada masa aku ceritalah ye,hehe..emm, sorrylah aku suka warna hijau sbb tu aku buat blog ni bertemakan hijau cam dulu gak..dan aku suka simple je :)


Day 8 : Social Media Detox

Bismillahirrahmanirrahim, Ayam Kegemaran Selepas 8 hari tanpa sosial media. Aku masih kena login sosial media ofis sesekala sebab...