30 January 2009

Tazkirah : Kenal Allah dan Rasul ?

Bismillahirrahmanirrahim..


Elakkan begini kalau solat berjamaah..:)

Pagi tadi kuliah subuh kat masjid berkenaan dengan mengenal Allah dan Rasul..simple je tajuknya tapi memberi erti mendalam..kalau hati kita makin akrab dengan Allah, makin ikhlas, hidup kita akan lebih tenteram..sebab kita ada keyakinan tentang kekuasaanNya..kita juga akan menjadi lebih sabar , kerana segala masalah kita telah diukur oleh Allah..Ingat, Allah tak pernah membebankan hambaNya melebihi kemampuannya..ayat Al Quran tu.

Allah juga yang memberi rezeki dan mengangkat serta rendahkan darjat manusia..sebab tu tak perlulah kita bermegah2 dan mengharapkan pujian atas kelebihan dan kepandaian yang kita ada sebab ia hanya pinjaman yang dipersoal kelak..kenalah belajar rendah diri dengan pencipta bila mendapat sesuatu kelebihan..

Mudah-mudahan Allah memberi kita semua kemanisan iman di atas kegigihan kita yang cuba meningkatkan amal ibadah dgn kekuatan iman dan ilmu..makin kurang ilmu makin goyah iman kita..makin kukuh ilmu, makin nikmat hadapi hidup kita.

Wallahua’lam


Nota kaki : Maaf kepada semua..aku terpaksa hantar semula kalendar aritu..orang yang aku amanahkan utk hantar kalender tersebut telah 'rembat' semua kalender tu,huhu..patutlah takde sapa ckp kat aku dah terima :(

Repair Aircond

Bismillahirrahmanirrahim, Weekend lepas aku pergi betulkan kereta wife yang dah seminggu takde aircond. Dia terlibat dalam kemalangan...