24 January 2011

Ayam Kicap Pelita Nasi Kandar, Puchong.

Bismillahirrahmanirrahim,


Aku sekarang tinggal kat Bandar Kinrara, Puchong. Jadi biasanya kalau ada customer nak jumpa sama ada nak bincang2 ataupun nak tengok album aku akan suggest jumpa kat Pelita Nasi Kandar sebelah IOI Mall Puchong.

Sebabnya, ia terletak betul2 sebelah IOI Mall dan dari tepi jalan besar dah nampak signboard kedai ni. Jadi senang nak jumpa :) Dalam byk2 menu yang aku rasa kat sini, aku rasa ayam kicap dia memang power gila!! hehe. Ada 2 menu yang perlu di cuba bila ke sini. Satu ayam kicap ni dan lagi satu cheese nan. Ayam kicap ni pelik sebab memang hitam legam. Akupun tak tau dia guna cikap cap apa.

Sebenarnya akupun tak tau napa aku buat entry ni. Mungkin sebab aku lapar,hahaha.

Wassalam.


03 January 2011

Tahun baru 2011 : Cerita tentang abah

Bismillahirrahmanirrahim,

  1. Selamat tahun baru 2011 kepada semua yang baca entry ni :) Alhamdulillah kita masih diberikan umur yang panjang dari Allah untuk teruskan hidup di atas muka bumi Allah ni.

  2. Semalam aku balik kampung Banting. Dah lama sangat rasanya tak balik. Abah buat bacaan doa selamat untuk kitorang adik beradik. Macam biasa akulah yang jadi ketuanya. Baca yasin sedekahkan untuk arwah2 saudara mara yang telah meninggal dunia dan doa untuk kesejahteraan, kesihatan dan dimudahkan segalanya sepanjang tahun 2011 ni. Pastu makan tengahari ramai2. Ada 11 orang kat meja makan. Meriah!!

  3. Sebelum majlis bermula abah ada buat ucapan sikit. Ucapan yang buat aku hampir menitiskan air mata. Abah bagi nasihat, suruh rapatkan silaturrahim sesama adik beradik. Segala masalah bincang secara elok. Jangan langgar suruhan Allah walau apapun terjadi. Pastu abah bagitau yang abah sekarang dah tak berapa sihat. Semangat abah untuk bekerja masih kuat tapi badan abah dah tak larat. Kena banyak rehat. Kalau abah sakit, perlukan masa lebih lama untuk sembuh. Bila aku dengar camtu rasa macam abah baca wasiat je ;'(

  4. Hari tu balik solat subuh kat masjid abah jatuh longkang. Kaki abah terseliuh. Abah tak nampak sebab tempat tu gelap sangat. Kaki abah bengkak. Abah nak jalanpun susah. Pastu ambil masa lama nak sembuh. Dah dekat sebulan tapi sakit tu masih terasa lagi. Bila aku tengok abah jalan camtu rasa sedih sangat.

  5. Teringat dulu masa kecik2 abah kuat dan sihat. Kulit badan abah keras. Aku nak cubitpun tak boleh :) Kalau berada dengan abah aku rasa selamat sangat. Teringat masa abah tengah marah sangat kitorang adik beradik buat hal, abah tumbuk pintu dapur sampai boleh tembus pintu playwood tu. Aku ingat lagi sampai beberapa bulan abah tak tukar pintu tu. Kalau kena kat orang mau pengsan. Itu ketika abah masih sihat dan kuat.

  6. Sekarang abah banyak rehat je. Kalau aku dengar abah batuk2 atau tak sihat ketika pulang ke kampung memang aku tak boleh duduk lama kat rumah. Sebab aku rasa nak menangis. Nasib baik adik kedua aku ni duduk kat kampung. Dia yang uruskan kebun abah, lembu-lembu abah dan kerja2 lain. Betullah kata orang, kalau anak2 semua pandai2, kerja bagus2 pun ada yang tak elok juga. Semua sibuk kerja jauh2. Semua sibuk dengan keluarga dan urusan sendiri. Tinggallah mak bapak kat rumah sendirian meneruskan hidup.

  7. Aku harap mak ngan abah diberikan kesihatan yang baik. Aku paling tak boleh dengar bila abah atau mak cakap " Nanti kalau mak ngan abah tak ada...." Sebagai anak sulung dalam keluarga memang aku sentiasa cuba buat yang terbaik untuk keluarga aku. Aku cuba tunjukkan contoh yang baik kepada adik2 aku yang lain. Aku cuba bantu mana yang terdaya.

  8. Aku tak boleh sambung lagi sebab rasa sebak plak.

Wassalam.

Repair Aircond

Bismillahirrahmanirrahim, Weekend lepas aku pergi betulkan kereta wife yang dah seminggu takde aircond. Dia terlibat dalam kemalangan...