24 December 2012

Cerita cuti di Hulu Dong, Raub

Bismillahirrahmanirrahim.

Kali ni aku nak cerita tentang percutian 2 hari satu malam kitorang kat Kampung Sol, Hulu Dong, Raub Pahang semalam. Sebenarnya ni kampung mertua sahabat baik aku Halil. Tapi kitorang pergi ramai2 dengan Saipi, Cot dan isteri(aishah) dan aku serta wifey. Sebenarnya ada lagi 2 family sahabat aku iaitu Zakuan & Echik yang xdapat join sebab masalah x dapat dielakkan.

Kampung yang kitorang pergi ni memang takde line telefon apatah lagi internet. Lokasinya yang betul2 di kaki bukit memang sejuk dan terasa macam duduk dalam hutan belantara. Bagus juga takde line telefon/internet ni. Kitorang banyak berborak2 sampailah lewat malam dan takdelah masing2 asyik berkepit dengan telefon je.

Aku ceritakan melalui caption gambarlah ye. Semua gambar hp je. Ada byk aktiviti lain yang takde dalam gambar ni sebab aku xbawak handphone masa tu. Entry ni ada 40 gambar. Penat aku nak taip caption, haha.


Perjalanan kitorang bermula jam 8:30 pagi dari Kinrara Puchong. Aku carpool ngan Saipi je. Lalu AKLEH nak elak MRR2. Dah lama nak shoot kat spot ni time drive:)

Perjalanan amik masa 2 jam setengah je. Ada sikit kesesakan. Mungkin org nak balik kampung sebab cuti 4 hari. Ya, rumah yang kita nak tuju betul2 kat kaki bukit tersebut. 

Ok, ni jalan masuk rumah dia. Memang agak ngeri kalau waktu malam:) Kampung ni masuk jauh ke dalam dan rumah dia yang paling hujung dan jiran terdekat 500 meter rasanya. Kata Saipi kalau kena kejar hantu sempat kena gigit,haha.

Dah sampai rumah mereka. Suasana tenang dan sunyi. Bunyi cengkerik ada lagi walau dah kul 11 pagi.

Kat keliling rumah mereka ni memang pokok buah2an. Adik beradik Nana (wife halil) ni ramai. Tapi ramai duduk luar skrg. Rasanya mak ngan abang dia je duduk sini. Kemudahan asas semua cukup tapi air paip baru masuk dalam 5 tahun lepas katanya.

Arasy jengok dari tingkap kecik dari atas rumah:)

Ok, ni rumah penginapan kitorang sepanjang kat sini. Betul2 depan rumah tadi. Rumah rehat Halil kalau balik kampung. 3 bilik dan 2 bilik air memang sangat selesa. Siap ada uncang2 teh, kopi dan sabun2 macam duduk kat homestay betul2,hehe. Terima kasih Halil & Nana:)

Masa kitorang sampai abg Nana tengah petik buah Duku ni. Buahnya lebat dan tinggi2. Sedap tak terkata makan buah dari pokoknya. Dahlah manis2 semuanya:)

Beg plastik tu diisi kat atas pokok dan org kat bawah masukkan dalam bekas untuk dijual kepada peraih yg datang.

Sedia untuk dijual:) Kat sini diaorg amik RM1.30/kg je. Sampai KL diaorang jual sekilo RM3.50-4.50 bergantung kepada jenis dan kualiti. Tapi kualiti buah duku ni memang terbaik. Manis sangat. Jarang aku makan manis camni.

Pastu kitorang buatlah aktiviti bebas petik buah manggis. Pokok buah-buahan memang ada di sekeliling rumah. Sampai tak tahu nak start mana dulu:) 

Ni buah durian yang dikutip disekeliling rumah. Ada sampah2nya lagi kat kulit durin menunjukkan xbeli kat tepi jalan:) Durian kampung makan byk2 pun tak pening kepala. Aku lagi suka ni dari Musang King & D24 yang banyak gas dan terlalu manis/lemak.

Hasil Duku + Dukong + manggis untuk dimakan begitu sahaja:) macam KFC lah plak.

Aktiviti mengopek durian. Durian pahang ni ada jenis yang susah gila nak buka. Memang takde pangsa teratur & x boleh buka macam biasa. Sampai tangan aku calar gaklah masa buka ni. Cot ngah buka durian:) Sampai berdarah gaklah jari dia kena duri.

Pas makan kitorang jalan2 pusing kampung. Dekat je ngan rumah ada sungai jernih & sejuk.  Naik motor sambil bawak durian. Pastu berenti makan tepi anak sungai ni:)

Kat sini kalau mendung dan tak panas, kabus2 tu boleh dilihat walaupun dah tengahari. Cantik pemandangan.

Kalau jalan2 kat sini. Durian mmg bersepah2 tepi jalan. Durian tu jatuh dari pokok dan tuan tanah ada yang biarkan je. Naik motor sambil elak durian. Macam dalam game plak rasanya:)

Nilah orang bandar bila masuk kampung, semua benda nak di ambil gambar, haha.  Lokasi ni belakang rumah tadi je. Kitorang jalan kaki lalu kebun pulasan & rambutan:)

Bayangkan jalan2 kat sini:) Betul2 kampung.

Bayangkan pulasan rendah2 kat atas kepala. Kalau ada kat area KL ni memang dah licin kena ambil orang.

Bear buah pulasan tersebut. Tanah kat sini memang sangat subur. Allah maha besar. 

5 minit jalan kaki sampai sungai kecil belakang rumah ni. Air sejuk dan jernih. Boleh je nak mandi2 kat sini sambil petik pokok buah2an di sepanjang sungai. 

Sungai kecik ni akan bercantum dengan sungai yang lebih besar kat depan kampung. 

Ni motor mengangkut durian. Terbaik!! Untuk makluman bwh pokok2 durian bukan ada jalan ataupun tanah lapang. Semuanya semak samun dan dipenuhi pacat. Nak cari durian mmg mencabar. Tu belum kena hati2 supaya tak ditimpa durian kat atas.

Petang tu kitorang mandi kat Sungai Chekas, Hulu Dong. Kena hati2 sebab ada 'kepala air'. Airnya sejuk dan dalam sampai dada. Memang puas mandi manda. Tak tahan lama sebab sejuk sangat2. 

Gambar mandi takde sebab hp tak kalis air,hehe. Tempat ni sangat best. Kalau kat Hulu Langat mau penuh orang gila2. Sini jauh lagi best sebab ada air terjun dan airnya yang agak dalam. Takdelah mandi kat sungai paras2 betis je:)

Pose orang2 yang tak mandi. Kecuali Cot yang aku tak tahu kenapa dia ada terselit kat tengah2 tu. 

Pas mandi makan durian sekali lagi. Aku tak ingat berapa kali ntah sesi makan durian tu. Pagi, petang, malam sebelum tidur, bangun tidurpun boleh makan durian lagi,haha.

Mak nana buat tempoyak. Banyaknya!! boleh tahan bertahun2 ni:) Tapi dia ada jual juga kepada siapa yang nak. 

Malam kat sini memang sejuk sangat. Kalau sapa pernah camping dalam hutan, bunyi bunyiannya samalah kat sini. Bukan setakat cengkerik dan serangga. Tapi bunyi ungka, monyet bersahut2pun ada:)

Kitorang pergi masjid dan ada pengajian malam tu. Selepas selesai pengajian kitorang pergi kenduri doa selamat orang kampung situ. Balik tu boleh sesat dalam hutan sebab jalan tu kecik dan takde signboard. Berdekah2 kitorang gelak dalam kereta time sesat tu. Akhirnya selepas turun naik bukit melalui jalan kecil dan kiri kanan gelap gelita, kitorang berjaya keluar. Halil yang berapa tahun duduk sini pun tak tahu jalan tu. Pengalaman 'manis' yang akan dikenang sampai tua nanti.

Esok pagi kitorang keluar ke Pekan Dong untuk bekpes. Kat situ baru ada line telepon:) Nak bekpes kena pergi dekat 20km ke luar,haha. Takde kerja sungguh.

Selepas tu kitorang petik buah dari pokok untuk bawa balik. Mula2 petik buah manggis. Manggis ni memang  susah nak petik sebab tak boleh jatuh. Pokoknya ada banyak tapi semua tinggi2. Kalau buah tu jatuh ia akan lebam. Jadi mmg akan busuk dan tak sedap kalau disimpan. 

Jadi masa kat atas tu akan tolak dan kat bawah tu sambut beramai2,hehe. Adalah juga yang jatuh kat tanah. Boleh terus makan:)

Sedikit hasil yang kitorang dapat. Bahagikan 3 orang:)

Pastu kitorang panjat plak pokok duku. Boleh nampak buah duku yang banyak gila. Ada orang kampung cakap kalau ada 7-8 pokok berbuah camni, satu musim boleh dapat RM20K.  Tu baru duku, belum durian dan lain2. Rezeki mereka:)

Pemanjat dari Serdang tunjuk kehebatan juga,haha.

Aku tukang tarik bekas dari bawah je sebab tak yakin aku nak panjat. Kang tak pasal2 patah dahan tu sebab keringanan aku. Sambil tu mata tengok kaki sebab tpt ni ada pacat juga.

Buah duku close up. Nice texture.

Ni hasil memanjat. Dapat satu kereta sorong. Boleh nak amik lagi banyak tapi tak patutlah sebab ni pun diaorang bagi free je, haha.

Semua ni hasil usahasama kitorang semua, ceewah. Poyo sungguh!! Pokok tu betul2 kat belakang rumah penginapan kitorang.

Pastu kitorang cari durian plak. Kalau tengok kat belakang tu tempat kitorang cari durian.  Banyak lagi pokok2 lain. Macam cari harta karun plak sebab durian yang jatuh tersorok di celah2 rumput. Ada 2 ekor pacat naik kat kaki aku mula2. Pastu aku pakai kasut je. Tak payah nak takut2 lagi, hehe.

Tu hasil kitorang cari dalam masa 20 minit je. Aku rasa kalau sejam boleh dapat lagi banyak. Padahal sehari sebelum tu dah dikutip durian tu oleh Abg Nana.

Bergambar bersama durian yang kitorang amik. Sbnrnya banyak lagi tapi kena asingkan yang tak elok, durian hutan dan durian yang dah pecah masa jatuh tu.

Sebelum tu kena bersihkan sedikit buah durian tu sebab sampah2 dan tanah yang melekat masa durian tu jatuh. Semua ni tak jumpa kalau beli kat tepi jalan sebab diaorang dah bersihkan. 

Lebih kurang camni kalau durian yang belum dibersihkan 

Masukkan durian dalam boot kereta. Penuh dengan durian fresh:) Boleh buka boot kereta tepi highway dan jual,hehe. Sepanjang perjalanan ke KL buka tingkap sebab nak kurangkan bau tu meresap kat kereta:)


Walaupun percutian ni singkat je tapi memang best sebab dapat rasa pengalaman tinggal di dusun walaupun hanya 2 hari kat sana. Adalah ajak juga Dr Sarah Shukor ngan suami join sebab diaorang tinggal kat Lipis je. Tapi tak dapat sebab Sarah on call plak. Insyaallah lenkali boleh pergi ramai2 lagi.

Terima kasih kepada Halil & Nana sudi terima kehadiran kitorang. Sediakan makanan sedap2 dan tempat tinggal yang selesa. Aku nak ajak bercuti kat kampung aku macam tak logik plak. Sebab Halil ngan Saipi pun tinggal dekat2 ngan kampung aku jugak,haha.

Wallahua'lam



21 December 2012

Adik aku bertunang

Bismillahirrahmanirrahim.


Minggu lepas adik lelaki aku bertunang, Alhamdulillah. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa sebak jugalah bila dia bertunang aritu. Lebih2 lagi bila aku tak dapat join majlis sebab ada tugasan wedding pada hari yang sama.

Adik aku ni beza setahun je dengan aku. Tapi kebanyakkan masa diaorang cakap aku adalah adik:) Aku duduk asrama dari tingkatan 1 sampailah abis universiti. Dia pula banyak habiskan masa di kampung dan pergi ke kolej berhampiran. Jadi orang2 kampung lebih kenal dia daripada aku:)

Gambar lama. Sebab tu aku pun masih kurus:) Adik aku tengah2 tu. Aku tak jumpa langsung gambar aku ngan dia melainkan gambar ni.

Dialah kawan aku bermain dan bergaduh masa kecik2 dulu. Sekarang perwatakan kitorang memang berbeza. Dia banyak mewarisi sifat berniaga abah. Banyak perniagaan diceburi dari kontraktor buat rumah sampailah car wash. Sekarang car wash dia satu2nya car wash yang ada kat kampung aku. Dia lagi kaya dari aku:)

Aku doakan semoga ikatan pertunangan tersebut berkekalan sampai ke jinjang pelamin nanti. Majlis dijangka selepas raya tahun depan. Akupun tak pernah kenal dan jumpa tunang dia. Dia tak pernah bawak ke rumah ataupun bercerita kat kitorang. Langsung tak pernah. Tiba2 bagitau mak dia nak bertunang:)

Insyaallah, aku akan kosongkan jadual untuk majlis adik aku ni. Sehingga hari ni aku dah tolak 4-5 job wedding yang nak booking pada minggu2 tersebut. Aku harap dia sediakan diri sebelum jadi seorang seorang suami yang baik nanti. Insyaallah aku update lagi tentang ni lagi nanti.

Wallahua'lam.

06 December 2012

Cerita post banjir : Pokok buah-buahan mati

Weekend lepas aku balik kampung. Ada job kat kampung sebelah. Jadi dapatlah tidur kat rumah mak selepas banjir tu. Katil kitorang kahwin yang tinggal kat rumah tu memang dah rosak sebab kembang semuanya. Adik aku dah buang. Nasib baik almari baju masih boleh pakai lagi. Kitorang tidur kat lantai jelah 2 malam tu:) Nasib wifey tak complain pape.

Tapi sebenarnya yang aku sedih pokok buah-buhan kat sekeliling rumah aku banyak mati. Pokok buah ni dahlah ambil masa nak membesar dan keluarkan hasil, pastu bukan senang nak dapat baka yang betul2 bagus. Ada yang tanam, bila dah besar rupanya pokok jantan. Kena tebang. Ada yang tanam pastu dah 4-5 tahun, buahnya masam dan tak elok. Kena tebang. Memandangkan kekal lama kat tepi rumah makan memang kena pilih pokok buah yang betul2 kita makan dan sedap.

Antara pokok yang mati seperti pokok pulasan, rambutan, ciku, mata kucing dan cempedak. Tapi paling aku sayang pokok pulasan yang aku rasa sangat sedap dan tertunggu-tunggu bila nak berbuah. Setelah 2 tahun tak berbuah, masa raya lepas dia berbuah banyak sangat. Rupanya itu kali terakhir dia berbuah.




Pokok pulasan depan rumah yang dah lemas dan kering


Buah pulasan ni tak sempat nak masak dan kering sekali.

Pokok mata kucing

Pokok ciku yang dah mula nampakkan tanda2 nak mati

Pokok rambutan tepi rumah. Dulu kecik2 aku selalu panjat pokok ni.

Pokok cempedak kat belakang rumah

Pastu aku sempatlah jalan2 pusing kampung belah petang pas abis job tu. Aku singgah jap kat kandang lembu sahabat baik aku sejak kecil. Samsul namanya. Aku panggil dia Isam. Akupun tak tahu napa nama timangannya lain dari nama betul:)

Dia bela lembu dah lama dan ini sebenarnya hanya part time dia. Dia kerja kilang depan kampung aku. Jadi dia ada masa nak uruskan lembu2 dia yang banyak ni. Raya haji lepas dia dapat jual 15 ekor lembu. Boleh bayangkan tak dia dapat berapa kalau purata RM2800? Tulah bonus dia:) Bulan2 lain ada juga jual lembu tapi tak banyak sangatlah.


Kandang lembu yang dah mengecil sebab dah jual lebih separuh lembu.

Lembu besar camni boleh dapat dalam RM2600-2800. Boleh nego. Kalau nak lembu boleh contact aku:)

Sebahagian lembu2nya. Baru pas hujan ni.

Bersama lembu yang tengah minum:)

Aku sebenarnya nak cerita pasal bantuan kepada orang kampung yang penuh juga dengan cerita politik tak berkesudahan. Dua2 pihak sebenarnya lebih kurang sama je. Jadi aku rasa tak perlulah aku panjangkan cerita2 camtu. Nak kurangkan cerita pasal keburukan orang lain sekarang:) Baik cerita pasal kelebihan orang lain dan kelemahan diri kita supaya kita boleh perbaiki diri ke arah yang lebih baik.


Mudah-mudahan orang2 kampung aku diberikan rezeki yang lebih baik selepas ini. Allah bersama orang2 yang sabar. Wallahua'lam.


Repair Aircond

Bismillahirrahmanirrahim, Weekend lepas aku pergi betulkan kereta wife yang dah seminggu takde aircond. Dia terlibat dalam kemalangan...