27 June 2012

Abah


Wow, aku update blog ni selepas setahun 4 bulan tak update!! Rekod. Sebenarnya dah lama aku nak tulis entry sempena hari bapa. Tapi aku tak berkesempatan sebab kesibukan dalam kerja hakiki aku di ofis dan shoot wedding pada hujung minggu.

Weekend lepas aku balik kampung. Dapatlah borak2 ngan abah ngan mak kat meja makan masa minum petang. Macam-macam topik kitorang borak. Maklumlah sebulan 1-2 kali je dapat borak camni. Rindu betul aku kat mak ngan abah. Dapat tengok muka mereka dekat2. Salam dan pengang tangan mereka. Cium mereka. Tengok uban mereka. Aku juga perasan kedut2 kat wajah mereka yang semakin banyak.

Walaupun abah belajar setakat darjah 6 tapi ajaran tentang agama memang abah sangat pentingkan. Bayangkan aku sengaja tak solat subuh umur 10 tahun, pastu menipu cakap dah solat. Abah rotan sekali pagi tu terus tak pernah tinggal dah. Walaupun berbirat kena rotan tu bertahan sehari tapi pengajaran tu aku ingat sampailah besar :)

Dulu masa sekolah rendah, selalu ada borang suh isi gaji bapa. Aku ingat lagi masa darjah 3 gaji abah RM350 je sebulan. Sara kitorang adik beradik 5 orang masa tu. Darjah 6 gaji abah naik RM500. Aku tak boleh bayangkan macam mana susahnya abah nak sekolahkan kitorang semua. Kebun kelapa sawit abah 6 ekar tu abah usahakan sendirian. Pastu ketika orang lain lepak2 kat kedai selepas memetik sawit abah pergi ke kebun lain untuk amik upah plak.

Masa tu abah ada satu motorsikal je. Kalau motor abah rosak, abah terpaksa pinjam motor kawannya nak hantar kitorang gi sekolah yang jauhnya 7km kat kampung sebelah. Kalau hujan pagi tu abah tutup aku ngan adik aku pakai plastik kanvas dan ikat plastik besar tu kat leher abah. Pastu abah redah hujan jugak. Muka abah kena hujan sebab helmet takde visor tu.

 Abah pernah kena tipu kawannya yang jadikan abah guarantor untuk pinjaman perniagaannya. Bank tersebut nak lelong tanah rumah kitorang sbb peminjam tu tak bayar hutang lebih RM60,000. Bayangkan kitorang nak duduk mana masa tu kalau kena halau? Dahlah susah makin sempit hidup kitorang. Akhirnya, abah terpaksa jual tanah kebun untuk selamatkan tanah rumah kitorang tu. Kawan abah tu sampai sekarang tak bayar hatta minta maaf sekalipun. Dia dah berpindah kat tempat lain dan aritu ada orang kampung nampak dia menunaikan haji.

Aku nak bagitau, pengorbanan orang tua kita semasa membesarkan kita ni kadangkala kita kurang hargai semasa hayat mereka masih ada. Bila mereka dah tak ada nanti barulah terasa kehilangan mereka. Seorang sahabat blog aku Chika kehilangan ayahnya secara tiba-tiba beberapa minggu lalu. Aku tak boleh bayangkan camne perasaan beliau. Semoga roh arwah beliau dan arwah semua orang yang meninggalkan kita ditempatkan dikalangan orang-orang beriman,amin.

Sapa yang masih mempunyai ibu bapa, berbaktilah kepada mereka selagi boleh. Mereka dah berumur. Hayat mereka mungkin dah tak lama di dunia ini. Besar sangat pahala berbuat baik kepada mereka. Cubalah bygkan anak yang kita ada ni, satu hari nanti lupakan kita dengan alasan kesibukan kerja dan menjalani hidup mereka berkeluarga. Boleh terima alasan tu?

Wassalam.

Repair Aircond

Bismillahirrahmanirrahim, Weekend lepas aku pergi betulkan kereta wife yang dah seminggu takde aircond. Dia terlibat dalam kemalangan...