03 September 2012

Raya 2012

Aku rasa dah lewat sangat nak update raya tahun ni. Tahun ni aku beraya kat Bagan Datoh, Perak. Kampung wife aku. Bila balik ke sini aku dapat rasa ketenangan dan suasana kampung sebenar macam tahun 80an dulu masa zaman aku membesar. Memang rindu suasana camtu.

Jalan tanah merah, rumah kampung lama, sunyi sepi, air parit jernih, banyak ikan, subuh yang sejuk, mandi kolah, tandas jauh dari rumah dan macam2 lagi yang aku dah tak rasa kat kampung aku sendiri. Aku rasa biarlah gambar menceritakan raya aku pada tahun ni:) Semua gambar ni aku ambil guna kamera hp je. Sekarang aku dah malas nak bawak DSLR berat,hehe. 






















Satu perkara yang aku agak kasihan dengan penduduk kampung di kampung Matang Kunda, Bagan Datoh ni ialah hasil kelapa dah semakin berkurangan. Buah kelapa takde masalah, banyak buahnya. Tapi harganya makin lama makin rendah. Mereka tak mampu nak bersaing dengan harga kelapa yang diimport dari Indonesia. Bayangkan sebiji siap dikupas peraih yang hantar kelapa ke KL dan bandar lain cuma amik RM0.20 je. Kat tempat aku Puchong sebiji parut jual RM2. Orang tengah untung banyak sangat:(

Aku balik ke kampung Banting dalam raya ke-3 camtu. Cam biasa kampung aku masih lagi ada baraan dari rumah ke rumah setiap malam. Teringat Arwah Hj Laiman, imam kampung kitorang yang mengetuai baraan raya tahun lepas. Kehilangan beliau memang amat dirasai. Tiada lagi azan pertama pada bulan Ramadan yang mengejutkan orang bangun. Suaranya yang lunak merdu memang dirindui oleh semua penduduk kampung aku.

Sebenarnya aku nak cari gambar aku tapi takde pula dalam iMac aku ni. Lenkali kalah ada masa aku taruklah gambar aku,hehe. Maklumkan akupun pemalu orangnya,haha. 


Repair Aircond

Bismillahirrahmanirrahim, Weekend lepas aku pergi betulkan kereta wife yang dah seminggu takde aircond. Dia terlibat dalam kemalangan...