30 October 2012

Cerita Raya Haji 2012

Bismillahirrahmanirrahim

Tak ada apa nak cerita. Just nak simpan memori raya haji ni untuk tatapan akan datang. Abah korban 2 ekor lembu tahun ni. Pertama kali dalam hidup aku sembelih depan rumah:) Sebelum ni buat kat masjid je. Mudah-mudahan semua amalan kita diterima oleh Allah,amin. Terima kasih kepada sahabat dan penduduk kampung yang tolong2 untuk melapah daging korban tahun ni.












Tahun ni aku dan wife buat korban kat Kemboja. RM250 satu bahagian. Akupun tak perasan harga satu bahagian kat Malaysia ni ada yang mencecah hingga RM400. Insyaallah target tahun depan nak korbankan seekor lembu terus kalau ada rezeki.

Terima kasih Allah atas rezeki yang Engkau berikan.



25 October 2012

Cerita tentang raya haji


Masa aku tulis ni, umat Islam di Mekah sedang wukuf di Arafah. Setiap malam aku tekun mengikuti cerita 'Lambaian Kaabah' kat TV1 sebab nak rasa suasana menunaikan haji di sana. Rasa sayu je tengok jemaah kat sana. Sambil tengok tu sambil bayangkan aku berada kat sana. Subhanallah!

Sebenarnya kalau ikutkan hati memang aku nak ke sana tahun ni juga. Dari segi kewangan alhamdulillah memang tiada halangan untuk aku dan isteri. Tapi giliran tu belum sampai. Mungkin itulah yg dikatakan 'tiada rezeki'. Lagipun wife belum cukup 4 tahun berkhidmat sebagai guru. Jadi tak boleh nak cuti menunaikan haji sesuka hati. Insyaallah aku dah sedia nak buat permohonan tunaikan haji untuk tahun hadapan juga. Dapat tak dapat tu cerita kemudian, yang penting aku usaha.

Tahun ni insyaallah kitorang beraya kat kampung aku di Banting je. Adalah rezeki sikit sama-sama berkorban. Sebagai anak seorang pengembala kambing dan lembu dahulu aku memang membesar dengan binatang-binatang tersebut. Bila projek KLIA langgar kandang kambing abah dulu, abah dah tak gembala kambing lagi sebab takde lokasi yang sesuai. Mungkin satu hari nanti aku sambung kerja gembala kambing semula. Ada dalam perancangan masa depan aku.

Rezeki tu kerja Allah. Bukan kaya jadi matlamat hidup. Sebab kaya itu ukurannya ada dalam hati masing-masing. Kalau hatinya lapang, anak2nya soleh, kesihatannya baik, ibadahnya sempurna mungkin itulah kaya pada perspektif insan yang baik. Tapi org yang kaya harta benda tapi hatinya runsing, fikirannya serabut fikirkan kerjaya dan harta, keluarganya tidak terkawal, ibadahnya kurang mungkin ia bukanlah kaya sebenar. Tapi majoriti org menilai kaya dari perspektif yang kedua iaitu luaran semata. Itulah yang dikejar siang dan malam.

Salam Aidiladha kepada semua. Semoga ibadah korban kita diterima Allah dan dimudahkan untuk kita sama2 ke Baitullah untuk selesaikan rukun kita sebagai seorang muslim. Wallahua'lam.




Repair Aircond

Bismillahirrahmanirrahim, Weekend lepas aku pergi betulkan kereta wife yang dah seminggu takde aircond. Dia terlibat dalam kemalangan...