28 November 2012

Selamat tinggal rumah sewa


Semalam aku bercuti. Cuti berpindah ke rumah baru kononnya. Bukanlah rumah baru sebenarnya, rumah dah lama pun. Tapi Alhamdulillah aku dapat beli berbanding menyewa sahaja sebelum ni. Insyaallah bermula Disember ni dah start kat rumah sendiri. Dengan harga rumah kat Lembah Klang yang sangat tinggi, bukan semua orang mampu nak memilikinya.

Bayangkan apartment yang aku sewa tu luasnya cuma 860sqf tapi jiran aku jual baru-baru ni harganya RM260,000. Aku tengok kat website2 menjual rumah, kebanyakkannya menjual sekitar RM240,000 hingga RM280,000. Kalau kat luar pinggir bandar dan kampung boleh buat banglo besar dengan harga yang sama.

Apartment yang aku sewa sekarang. Hanya sebuah blok dlm satu pagar, fully guard dgn CCTV kat mana2, free hold dan ada surau dlm kawasan ni.

Kemudahan kolam renang. Aku rasa dah lebih setahun aku tak mandi sini. Tahun pertama memang teruja sgt sampai hari2 mandi. Pastu dah bosan:)

Dalam sibuk-sibuk berpindah dan berkemas tu tiba-tiba rasa sebak plak nak tinggalkan rumah ni. Inilah rumah pertama aku bersama wifey selepas kitorang berkahwin dulu. Kat sinilah mula belajar hidup sendiri susah payah bersama.

Dari rumah lapang takde perabot apa2 sampai begema bila bercakap dan makan di lantai hinggalah ada rezeki tambah perabot sedikit demi sedikit. Sampai nak main lari-lari dah susah, hehe. Kat sini jugalah belajar hidup berjiran dan bermasyarakat, belajar bertolak ansur dengan orang lain dan menguruskan keluarga tanpa pertolongan ibu bapa.

Kelebihan kat sini sebenarnya rasa selamat dan sunyi. Tak ada foreigner. Majoriti adalah keluarga muda. Rasanya tak sampai 5 keluarga yang ada anak bersekolah menengah. Aku pernah lupa kunci kereta banyak kali dan tiada masalah. Motor tak perlu kunci tambahan. Majoriti adalah Chinese.

Tapi hidup perlu diteruskan. Wifey cakap sampai bila mahu menyewa. Walaupun aku ada idea brilliant untuk di execute bila tiba masanya, aku kena akur bila tuan rumah mahu menaikkan lagi sewanya. Aku tak salahkan dia. Orang2 yang baru menyewa kat sini ada sampai mencecah RM1100 sebulan. Walaupun aku tak bayar sebanyak itu tapi untuk rumah sekecil tu rasa tak berbaloi.

Lagipun seperti aku pernah bagitau, aku ni jenis yg hidup bermasyarakat. Surau kat sini memang sangat sunyi. Surau lawa dan semua peralatan lengkap tapi sedih dengan jemaahnya. Kalau dapat 5 orang jemaah maghrib & isya' tu dah mengkagumkan. Itu maghrib, kalau waktu lain? Khairat kematian takde dan semangat tolong menolong serta gotong royong hampir tiada. Semua hidup sendiri-sendiri dengan dunianya. Mungkin inilah gaya hidup zaman sekarang yang semua orang cari. Tak kena dengan jiwa aku.

Insyaallah ada masa aku ceritalah sikit tentang rumah baru kalau ada masa. Mungkin aku nak berikan tips2 memiliki rumah yang mungkin aku boleh kongsi hasil pengalaman aku sepanjang proses tersebut. Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan kepada kita semua.


26 November 2012

Cerita Terengganu

Aku nak buat catatan ringkas trip singkat ke Terengganu sempena menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik aku Khairul Hafiz a.k.a Cot. Dalam 2 bulan ni aku kena pergi ke negeri-negeri berbeza untuk job wedding. Melaka, Terengganu dan Pahang. Teringat dulu masa mula2 amik gambar wedding memang selalu travel ke sana sini berseorangan. Tapi sekarang dah kurang sebab kepenatan. Mungkin dah tua kot:)

Aku sengaja ambil cuti pada hari Jumaat sebab takut tak sempat nak datang hari Sabtu sebab majlis pada hari Sabtu tersebut. Lagipun saja nak jalan2 sikit sebab wifepun tengah cuti sekolah.

Kalau jumpa ni maksudnya dah sampai Temerloh dan jumpa R&R besar yang pertama di LPT. Hampir sepanjang perjalanan gerimis dan hujan.


Kali pertama aku lalu jalan dalam Jabor-Bukit Besi. 100km lebih kurang jalan dalam ni. Kalau dah siap highway Jabor-Kuala Terengganu memang dpt singkatkan lagi perjalanan dari KL ke Terengganu. 

Ni laluan highway baru LPT dari Bukit Besi-Kuala Terengganu. Dalam Google Maps pun belum ada jalan lagi:)

Highway ni besar, tiada tol lagi dan tak ramai orang gunakan. Ada lagi 1-2 jam utk sampai Kuala Terengganu

Akhirnya sampai jua di bandar Kuala Terengganu. Landmark dan tulisan Allah tu memang terkenal di sini.

Sampai2 tu aku lepak kat tepi pantai berehat sementara tunggu pengantin sampai dari KL dan masuk ke rumah penginapan kitorang. Jumpa kuda kat sini.

Petang Jumaat tu pengantin bawak kitorang ke tempat terkenal makan seafood goreng tepung:) Dah lama aku teringin nak makan benda alah tu sejak aku tahu.

Ahli keluarga pengantin perempuan, Aishah turut sekali makan kat sini. Kat sini style dia amik je sotong, udang, ikan, ketam mahupun kerepok lekor sendiri. Pastu bayar kemudian. 

Dalam byk2 seafood goreng tepung tu aku rasa paling suka ikan kembung ni:)


Sotong goreng tepung memang sedap. 

Pengantin sehari sebelum sanding:) Aku tak banyak amik gambar guna hp sebab ada bawak DSLR sekali.

Ketam yang aku tak tahu camne nak mula makan. Dia tak pecahkan badan dia dulu. Tapi rangup, manis dan sedap. Boleh cuba kat Pantai Batu Rakit ni ye.

Pas makan kitorang jalan2 kat tepi kedai tu je. Pantai yang cantik dan menenangkan. Ombak besar kat sini dan tak sesuai untuk sesiapa mandi.

Cik puan aku yang pening sebab makan durian Musang King byk sebelumnya. Banyak sangat makan agaknya.

Buat istana pasir. Tapi belum siap dah kena pukul ombak:) 

Subhanallah, cantik sungguh pantai ni bila menjelang senja. Angin bertiup kecang, ombak kuat memukul pantai, suasananya sangat menenangkan. Cuma sunset takdelah sebab sini belah timur:)

Sebelum balik singgah solat kat masjid UNiSZA. Dulu wife belajar kat sini sebelum sambung belajar kat UKM. Jadi memang mengimbas kenanganlah kononnya.

Ok, ni dah hari persandingan. Aku byk amik gambar guna DSLR je. Ni je rasanya yang aku amik amik guna phone:)  Aku suka cara majlis sambut menantu ni. Pengantin perempuan duduk atas pelamin dan orang kampung akan datang dan salam dengan pengantin perempuan. Maksudnya mereka nak kenal2 dengan menantu. Ini barulah sambut menantu namanya. Negeri lain sepatutnya tiru cam diaorang ni.

Kalau kat belah2 sini pemandangan biasa ada bendera2 parti dari kerajaan dan oposisi. Sampai dah koyak rabakpun bendera2 tu menandakan dah dimamah cuaca. Aku rasa politik berlangsung sepanjang masa di sini:) Sampai dalam tasik ni pun ada orang taruk bendera parti.


Langit cantik dalam perjalanan aku balik ke KL. Alhamdulillah jalan lengang je. Kitorang ambil masa 5 jam je dari Kuala Terengganu ke Gombak. 

Subhanallah, cantik langit ketika mentari senja di LPT

Aku ucapkan terima kasih banyak2 kepada Cot sebab banyak bersusah payah untuk kitorang terutama sediakan tempat penginapan, belanja makan celup tepung tepung dan nasi dagang terbaik masa breakfast. Walaupun pengantin tapi diaorang yang bersusah payah. Insyaallah ada rezeki aku belanja korang pulak ye:)

Semoga semua yang dirancang berjalan lancar Cot. Moga diluaskan lagi rezeki selepas ini. Selamat pengantin baru sekali lagi aku ucapkan.

20 November 2012

Cerita tentang banjir

Kampung aku dilanda banjir sekali lagi. Kali kedua dalam tempoh 4 tahun. Tapi kali ni lebih teruk sebab ada 2 gelombang yang datang. Selepas semua penduduk kampung berpindah ke pusat pemindahan banjir dan air banjir telah surut, mereka pun berkemas dan pulang ke rumah masing2. Tetapi air sekali lagi naik dan menenggelamkan semuanya sekali lagi untuk gelombang kedua. Mereka terpaksa berpindah semula.

Kalau tanya perasaan penduduk kampung, tak tau nak gambarkan penatnya berkemas, berpindah dan duduk di pusat pemindahan banjir. Perabot dalam rumah terendam lebih dari 2 minggu. Tahu sahajalah perabot zaman sekarang diperbuat daripada habuk kayu yang dipadatkan. Bukan semua mampu beli kayu jati/cengal untuk perabot. Sekali kena air semuanya kembang. Rumah aku sahaja lebih 4 almari dan perabot besar terpaksa dibuang.

Rumah aku terletak di hadapan kampung, jadi paling tinggi air naik sampai ke paras pinggang sahaja. Tapi penduduk kampung yang duduk berhampiran Sungai Langat di belakang kampung, airnya naik hampir ke paras bumbung. Cuba bayangkan perabot dan alat elektronik apa yang boleh diselamatkan dengan tinggi air begitu?

Ni ada sedikit gambar dari hp masa aku balik semasa gelombang kedua melanda kampung aku.

Air banjir mulai naik dalam gelombang kedua banjir. Gelombang kedua naik lagi tinggi dari pertama.

Rumah mertua adik aku. Untunglah yang buat rumah atas dan tinggi.

Jalan kampung yang dah tak boleh dilalui

Baru satu hari kemas rumah dah kena berpindah semula ke pusat pemindahan banjir

Antara rumah yang tenggelam. Aku amik ni dari atas kenderaan. Tong air tu sampan utk ke rumah.

Masa air tengah naik untuk gelombang kedua. Ada bekas paras air banjir gelombang pertama.

Pakai kainpun boleh nak pindah semasa banjir:)

Jalan ni sehari sebelumnya telah kering. Tapi dalam masa beberapa jam penuh camni dgn air.

Kalau tengok kat berita dan laporan pemindahan banjir, kampung aku mencatat jumlah penduduk teramai yang duduk di pusat pemindahan banjir di sekolah berhampiran. Lebih 1000 orang dan 400 keluarga duduk di situ. Aku tak tau nak gambarkan bagaimana susahnya duduk di pusat pemindahan banjir.

Tandas kotor dan tidak mencukupi, nak mandi susah dan terpaksa beratur panjang, tempat tidur tidak selesa, tidur tanpa bantal dan hanya berlapik tikar tanpa selimut, satu bilik/kelas berkongsi ramai keluarga dgn tiada privasi, makanan selalu berebut, minuman agak sukar diperolehi, bau macam2 yang kurang menyenangkan, sentiasa bising dgn tangisan dan kanak2 bermain, baju tidak berbasuh dan banyak lagi perkara kurang menyenangkan.

Bayangkan juga kalau terpaksa duduk situ ketika mengambil peperiksaan SPM ataupun mempunyai anak kecil yang masih bayi. Berganda kesukarannya.

Itu belum lagi memikirkan rumah yang tenggelam dan kerugian atas kerosakan perabot rumah dan barang elektrik yang terkena air. Belum lagi memikirkan tiada duit diperolehi sebab tidak dapat memetik kelapa sawit dan kerja lain sebab seluruh kawasan banjir.

Mudah-mudahan semua urusan dipermudahkan Allah. Ketika aku tulis ni semua penduduk kampung baru sahaja pindah ke rumah masing2. Penat berkemas dan bersihkan sampah sarap keliling rumah belum abis. Mudah2an Allah luaskan lagi rezeki penduduk kampung aku selepas ini,amin.

Wassalam.

Day 8 : Social Media Detox

Bismillahirrahmanirrahim, Ayam Kegemaran Selepas 8 hari tanpa sosial media. Aku masih kena login sosial media ofis sesekala sebab...