27 December 2013

Resolusi Tahun 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga sinar 2014 akan cerah untuk kita semua.

Alhamdulillah, tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun baru 2013 akan berakhir. Umur kita makin meningkat, kematianpun semakin hampir. Mudah-mudahan tahun 2013 memberikan kita kegembiraan, kebahagiaan dan ketenangan hidup yang kita harapkan. Semoga tahun 2014 juga lebih baik kepada kita.

Aku kena buat resolusi 2014 untuk memastikan aku sentiasa bergerak ke hadapan. Supaya matlamat hidup aku lebih jelas. Sayangnya kalau hidup kita dihabiskan untuk perkara yang tak membantu kita ketika alam akhirat nanti.

Aku harap tahun 2014 nanti aku akan buat perkara-perkara ini:


  1. Perbaiki physical well-being - Makan makanan yang lebih sihat, kurangkan berat badan. Kena lebih banyak bersenam. Kurangkankan makanan fast-food dan junk food.
  2. Tingkatkan lagi mental well-being - Sentiasa berfikiran positif, kurangkan berdebat berkara tidak bermanfaat, kurangkan ambil tahu masalah/hal orang lain, lebih banyak senyum dan menikmati hidup sepenuhnya dengan insan tercinta.
  3. Tingkatkan kewangan - Usaha elakkan berhutang kalau beli apa-apa sekalipun. Ke arah bebas hutang sepenuhnya menjelang umur 40 tahun. Tambahkan lagi simpanan dan pelaburan.
  4. Tingkatkan kerjaya - Perform lebih baik dalam kerja sedia ada. Kekalkan business sedia ada. Cari ruang business baru. 
  5. Tambah ilmu pengetahuan - Belajar skill baru dalam kerja. Belajar memasak dari wife (amin). Ambil lesen B Full. Tambah lagi bacaan buku agama. Banyakkan lagi hadir majlis ilmu. Insyaallah nak lebih dalami ilmu tasawwuf tahun 2014.
  6. Perbaiki diri - Solat di awal waktu. Solat berjemaah sekurang-kurangnya 4/5 waktu. Banyakkan berzikir dan berdoa sepanjang masa. Banyakkan bersedekah. Jadi orang yang lebih organized. Kurangkan masa di sosial media dan televisyen. Kurangkan bertangguh buat kerja. 
  7. Tingkatkan hubungan dengan manusia lain - Bagi mak duit lebih banyak setiap bulan. Jaga hubungan sesama keluarga, kawan-kawan dan sahabat. Banyakkan bantu orang lain. Kurangkan konfrontasi, mengata, mengumpat dengan orang yang tidak kenal. Tingkatkan human skill & social intelligence.
  8. Habiskan lebih banyak masa dengan insan tersayang, wife. Lebih memahami beliau dan rajin tolong basuh dan sidai kain. Lebih dekat dengan Allah dan agama. Rancang kewangan betul-betul agar dapat settle down lebih awal. 

Tujuan aku tulis ni supaya jadi peringatan kepada aku semata-mata. Semoga sahabat-sahabat aku semua diluaskan lagi rezeki yang halal dan dipanjangkan umur yang berkat. Mudah-mudahan kita lebih dekat kepada Allah dan jadi muslim yang soleh dan solehah. Wallahua'lam.

17 December 2013

Cuti sekolah Disember

Bismillahirrahmanirrahim.




  1. Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk aku menulis kat blog ni lagi. Ketika aku menulis ni banjir di pantai timur terutamanya di Terengganu dan Pahang semakin pulih, Alhamdulillah. Semoga ujian yang berikan kepada mereka ini digantikan dengan rezeki yang lebih baik pada masa akan datang, insyaallah.
  2. Rancangan aku untuk berjalan-jalan ke Kelantan-Terengganu juga terpaksa dibatalkan sebab banjir yang melanda ini. Kasihan wifey cuti sekolah tak dapat jalan bercuti jauh-jauh:)  Dapat jalan dekat-dekatpun takpelah.
  3. Insyaallah bermula tahun depan aku dah kurangkan tugasan wedding aku. Nak tumpukan kepada kerja hakiki aku yang semakin bertambah. Ada perancangan besar yang aku ingin lakukan tahun hadapan. Mudah-mudahan Allah permudahkan. Mohon doanya sahabat semua.
  4. Bulan Disember ini juga aku kena jaga kaunter zakat macam mula-mula kerja sini dulu. Berhadapan dengan pembayar dan penerima zakat merupakan pengalaman paling berharga yang aku perolehi sepanjang kerja di institusi zakat ni. Cuma disebabkan kesibukan kerja dalam tahun-tahun kebelakangan ini, aku tidak dapat turun sama-sama membantu petugas kaunter semasa bulan puncak Ramadan dan Disember. Insyaallah aku bertugas di kaunter zakat Puchong. Bolehlah singgah sapa yang berhampiran.
  5. Prestasi kerja aku tahun ni kurang memberangsangkan dan perlu diperbaiki. Aku sendiri tidak berpuas hati. Sebab ada kerja-kerja yang melibatkan vendor tak dapat meet target. Tanpa menyalahkan sesiapa aku rasa aku sendiri perlu lebih proaktif dan tambah ilmu dalam bidang ini. Mudah-mudahan tahun depan lebih baik insyaallah.
Wallahua'lam.

22 October 2013

Random Oktober

Bismillahirrahmanirrahim.



  1. Alhamdulillah, dah berlalu hari raya korban (eiduladha). Semoga pahala orang yang buat korban diterima Allah. Aku doakan semua semua jemaah haji yang menunaikan haji pada tahun ni semuanya mendapat haji mabrur,amin. 
  2. Sebab kita memerlukan lebih ramai muslim yang berkualiti & berfikiran ketuhanan dalam dunia. Waima dia seorang doktor, jurutera, ahli politik, guru, tukang sapu sampah, pak guard dan sebagainya itu tidak penting. Kita hanya menjalankan takdir hidup kita dengan jalan berbeza. Akhirnya kita semua balik ke tempat yang sama.
  3. Aku tertarik dengan ceramah Ustaz Zaharuddin di ofis aku last week tentang sikap kita yang semakin tidak normal. Suka menunjuk-nunjuk rezeki yang Allah beri untuk mendapat pujian dan penghargaan manusia lain. Pakaian, rumah, anak, kerja, kereta dan sebagainya. Tanpa sedar ia menjadi pengukur status seseorang dan kitapun menilai orang begitu. Nauzubillah. Al Quran dah sebut semua itu merupakan 'fitnah' dan ujian kepada semua kita. Bila kita terbuai dengan semua nikmat Allah tersebut, maka kita dah semakin jauh dari agama.
  4. Tadi dengar berita negara Brunei insyaallah akan melaksanakan undang2 syariah Islam bermula 2014. Ia termasuk hukuman hudud. Mudah-mudahan ia menjadi pilot projek di nusantara. Kita boleh belajar bagaimana mereka gubal undang2 hudud, proses pertuduhan, penghakiman dan perlaksaan hukuman dari mereka. Sebagai muslim, kita kena bercita-cita ke arah itu. Wajib.
  5. Semakin menghampiri akhir tahun banyak kursus, bengkel dan seminar yang aku kena hadiri. Tugasan ofis juga banyak dan job wedding setiap hujung minggu. Kasihan photoblog aku yang lama tak berupdate. Insyaallah kalau datang semangat tu aku update satu persatu:) 
  6. Esok aku cuti sebab kena pergi mahkamah. Mudah-mudahan semua berjalan lancar. Ada masa aku cerita pasal ni insyaallah.
  7. Tak tahu nak tulis apa dah. Illalliqa'.
Wassalam



11 October 2013

Nostalgia tv hitam putih

Bismillahirrahmanirrahim.

Malam tadi aku mimpi agak pelik. Mimpi zaman dulu semasa aku kecil pergi tengok TV kat rumah orang. Tiba-tiba teringat zaman aku membesar dulu ketika elektrik belum lagi masuk ke kampung aku.

Sepanjang zaman kanak-kanak aku hingga sekolah rendah tidak pernah ada peralatan elektrik seperti peti sejuk, peralatan elektrik, lampu putih dan sebagainya. Cuma ada pelita, lampu gasolin, dapur minyak dan seterika arang.

Ketika itu televisyen dan radio semua menggunakan kuasa bateri sahaja. Kalau TV kena menggunakan bateri kereta yang perlu dicas seminggu sekali. Masa tu bukan semua rumah ada TV sebab harga TV 11 inci ketika tu sangat mahal lebih RM1000. Bukan semua orang mampu ketika purata gaji orang kampung masa tu RM300 sebulan.


Lebih kurang camni rupa TV aku dulu

Sebelum zaman abah ada TV dan duduk Kampung Labohan Dagang, Banting sesiapa yang ingin melihat TV datang kat rumah orang yang kaya lepas solat maghrib. TV nya akan diletakkan di luar rumah dan ramai datang bersidai tengok cerita P.Ramlee bergelak tawa beramai-ramai macam kat panggung wayang. Ada sesetengah orang kampung kenakan bayaran RM0.10 untuk setiap orang yang datang.

TV berwarna semakin meluas pada awal tahun 1980an. Masa tu semua takjub sebab pertama kali dalam hidup tengok TV yang mempunyai warna. Sebelum ni semuanya hitam putih je. TV warna masa tu mahal hampir sekali ganda dari TV hitam putih. Aku mula tengok TV berwarna pada akhir tahun 1980an. Masa tu aku takjub camne orang dalam TV boleh ada warna.

Lesen TV

Siapa yang masih ingat lagi dahulu siapa yang mempunyai TV memang kena ada lesen televisyen. Lesen TV tersebut berharga RM24 setahun. Sebab masa tu kerajaan nak cover kos stesen TV walaupun masa tu cuma ada TV1,TV2 dan TV3 sahaja. Sekarang kos tersebut telah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan dari iklan-iklan kormisal. 

Contoh lesen TV. Sumber dari blog Kak Kujie.

Ingat lagi segerombolan pegawai kerajaan yang masuk ke kampung datang memeriksa lesen TV di setiap rumah yang mempunyai TV. Kalau sesiapa yang tidak memiliki lesen memang kena denda RM60 tak silap. Siapa yang tiada lesen biasanya mereka akan sorokkan TV kat ceruk rumah. Bagi suri rumah yang tak kuat angkat TV, mereka bagi alasan TV tersebut rosak. Tapi biasanya pegawai tu akan periksa sama ada tv tersebut rosak atau sebaliknya, hehe.

Tapi lesen TV ni kali terakhir diguna pada tahun 1999 je. Masa Bajet Tahunan tahun 2000, kerajaan hapuskan sepenuhnya lesen TV tersebut.

Satu perkara yang paling aku tak boleh lupa kalau hujung minggu tengok kartun kegemaran tiba-tiba gambar jadi gelap, maksudnya bateri tersebut dah abis. Kena tunggu abah balik kebun untuk cas semua bateri kat kampung sebelah. Pastu kena tunggu giliran dengan orang lain yang cas bateri sama. Dalam sejam juga kena tunggu siap cas.

Satu kelebihan TV lama ialah kalau nak ubah channel kena bangun dan putar sendiri. Satu senaman:)  Tapi aku selalu baring time tengok TV dan tukar pakai jari kaki je. Hebat tak hebat boleh tukar channel yang pusing tu guna kaki. Zaman sekarang kalau hilang remote ramai tak tahu nak tukar channel TV. Cuba guna HDTV, Smart LED TV yang flat screen tu. Ada yang button manual volume dan channel tu di letak kat belakang TV.  Punyalah nak cakap takde orang pakai manual lagi.

Nostalgia tv hitam putih menggunakan kuasa bateri kereta ni memang takkan dilupakan sampai bila-bila. 



23 September 2013

Percutian ke Pulau Pangkor

Bismillahirrahmanirrahim

Minggu lepas masa hari cuti hari Malaysia, pejabat aku ada buat retreat untuk tahun ni. Tujuan utama sebenarnya nak buat perancangan Pejabat ICT untuk tahun 2014. Tapi bos cakap kita buat kat ofis awal pastu datang kat sini untuk bergumbira sahaja:)

Jujurnya ni kali pertama aku ke Pulau Pangkor. Padahal dekat je ngan kampung wifey kat Bagan Datoh tu. Sebenarnya Pejabat ICT aku ni bukanlah ramai sangat orang. Tak sampai 20 orangpun. Tapi sebab dibenarkan bawa family maka jumlah kitorang dalam 30 orang.

Kitorang naik feri dari Jeti Marina. Bukan dari Lumut seperti biasa. Jadi jarak perjalanan lebih singkat dalam 15 minit je.  Masa kitorang sampai ramai gila orang otw balik dari Pulau Pangkor. Sebab cuti panjang 3 hari. Memang seronoklah sebab Pulau dah kosong.

Kitorang menginap di Anjungan Beach Resort & Spa yang terletak kat Telok Nipah.  Tempat ni diusahakan oleh seorang bekas tentera laut. Tapi aku difahamkan beliau telah meninggal dunia dan anak saudaranya yang uruskan tempat bernilai RM1.4 juta ni. Tempat ni cantik, selesa, makan sedap gila, tenang dan laut terletak betul2 depan resort ni. Sapa yang tak nak makan kat sini boleh makan kat deretan kedai makan depan resort ni juga. 

Petang tu kitorang dibawa round pusing pulau. Perlukan 3 van sewa untuk muat kitorang semua. Salah satu tempat lawatannya ialah di Kilang Satay ni. Belah belakang tu boleh lihat mereka memproses dan menjemur hasil laut untuk dijadikan makanan. Kemudian ada kedai yang jual hasil laut tersebut. Tapi sebenarnya harga kat sini lebih mahal daripada kat Lumut. 

Lepas tu kitorang tengok tempat bersejarah dan tokong cina. Akupun tak tahu apa tujuannya dia bagi lawat tokong cina tu. Tapi ada member bagitau, tokong ni tempat kongsi gelap di Malaysia meterai perjanjian. Ada yang datang dari Singapore, Penang, Johor semata-mata untuk buat janji taat kat sini. 

Sebenarnya ada lagi aktiviti lain seperti sukaneka dan aktiviti laut yang dijalankan. Snorkling dan sukan lautpun buat. Tapi aku tak bawa hp masa tu. Cuma bagi yang ingin main sukan laut tu kena sedia kos lebih sikitlah sebab harganya agak mahal. RM50 untuk 3 game laut. Tapi bagi yang tak pernah rasa pengalaman tu memang berbaloi nak cuba.

Sunset kat sini memang lawa sebenarnya. Aku dapat rasa 2 kali maghrib dan sempat lepak kat tepi pantai menikmati pemandangan yang lawa ni. Rugi tak bawak DSLR nak buat stock photo. 


Sepanjang 3 hari kat sana memang seronok habiskan masa dengan kawan-kawan ofis ni. Walaupun setiap hari jumpa kat ofis tapi jarang sekali dapat borak2 sampai lewat malam dalam pool,hehe. Aku tak terkira berapa banyak kali mandi kolam sebenarnya. Pagi, petang, malam tiap2 hari selama 3 hari:)

Akhirnya, bagi aku percutian kali ni satu pengalaman baru yang menarik. Aku tak pasti kalau kita pergi ketika ramai sangat orang di pulau seronok ke tak tapi masa orang takde ni memang agak tenang. Aktiviti pelancongan memang jadi sumber pendapatan utama bagi penduduk pulau selain jadi nelayan. Belah malam mmg banyak kedai2 buka. Kalau pergi sini, sewa je motorsikal dan boleh pusing satu pulau dengan mudah. Kalau naik kereta ada tempat yang sukar parking dan sempit.

Insyaallah kalau ada rezeki boleh pergi lagi di lain masa. Tempat ni dekat je jadi takdelah bazir banyak masa dalam perjalanan. Orait, jumpa lagi entry akan datang:)

Wallahua'lam.


11 September 2013

Taktik manipulasi ayat oleh Apple

Bismillahirrahmanirrahim.

Malam tadi Apple umumkan pelancaran model iPhone barunya 5s & 5c. Ramai juga orang hampa sebab mereka jangka iPhone akan membuat model yang lebih murah pada model iPhone 5c. Tetapi harganya tetap premium seperti biasa.



Aku tak kisah tentang orang yang nak beli. Walaupun ramai juga antara mereka komplen harga barang naik dan tak cukup duit untuk keperluan keluarga. Itu hak mereka. Cuma aku dari dulu tertarik dengan ayat2 marketing Apple. Sesuatu yang jadikan mereka berbeza & berjaya position brand mereka sebagai barang premium dalam pasaran untuk tempoh yang lama. 

Antara ayat2 selalu Apple pakai dalam marketing untuk manipulasi dgn bijak pengguna :
  • "We have gone back to the drawing board & completely redesigned it from scratch" - Padahal semua rekabentuk memang sama dengan produk sblm tu.
  • "All apps has been re-engineered. This is only for our valuable customers." - Sapa yang percaya?
  • "Made from hard-coat Polycarbonate" - Atau kata lainnya plastik.
  • "We made the buttons on the screen look so good you'll want to lick them." - Buat orang tak sabar nak memilikinya.
  • "This product is simply the coolest phone ever." - self claim.
  • "This is the fastest iPhone ever built." - Compare dengan model tahun lepas?
  • "You'll get a whole new level of experience with this features." - Walau model pesaing dah gunakan agak lama.
Apapun, penggunaan ayat yang tepat dalam menjual produk juga memainkan peranan penting. Bila ia diletakkan di minda-separa-sedar kita, ia akan jadi satu brand yang terlintas difikiran bila terfikirkan produk komunikasi premium. Tahniah Apple untuk itu.

Sebab tu kalau tgk billboard besar kat highway, jenama2 besar biasanya mereka tak letak iklan serabut2. Kadangkala diaorang letak billboard yang bayar sewa ratusan ribu setahun tu dengan satu ayat je 'TOYOTA', 'SAMSUNG', 'HONDA' dll. Dalam bacaan aku, ada kajian tunjukkan ia beri kesan lebih mendalam berbanding letak gambar produk dan perkataan panjang2.

Kita takkan sedar bila lalu setiap hari tengok billboard tu. Tapi bila berada di pasaraya nak beli barang berkaitan, tanpa sedar jenama2 tu menjadi produk pertama yang terlintas dalam fikiran kita. Kita akan rasa ia adalah produk berkualiti. Ia ditanam dalam minda separa sedar kita tanpa kita menyedarinya.

Mungkin kita boleh ambil sesuatu daripada perkara ini. Selamat berjaya dan untung banyak kepada semua peniaga. Semoga lebih dekat dengan Allah insyaallah dengan rezeki yang diberi.

Wallahua'lam.


03 September 2013

Harga Minyak : Rakyat vs Kerajaan

Bismillahirrahmanirrahim,

Harga minyak RON95 naik malam tadi. Dah lama minyak tak naik harga. Reaksi orang ramai rata-ratanya memang agak marah. Namun setelah melalui beberapa siri kenaikan dan penuruhan harga minyak sejak 10 tahun lepas perkara ini bukanlah satu perkara yang baru dan luar biasa. Rasanya kerajaanpun dah jangka perkara itu.

Aku cuba berada dalam kedua-dua belah pihak dalam situasi ini. Ini hanya pendapat aku semata-mata.

PIHAK RAKYAT

  1. Kenaikan RM0.20 harga minyak RON95 memang kelihatan sedikit, tetapi ia memberikan rantaian kenaikan harga barang keperluan asas yang lain. Ia termasuk kenaikan harga makanan dan di kedai makan dengan alasan peningkatan kos logistik dan sebagainya. 
  2. Walau kerajaan berjanji memastikan ia tidak berlaku namun ia sesuatu yang di luar kawalan mereka. Peniaga tiada pilihan lain kerana kos operasi mereka meningkat dan keuntungan mereka juga semakin menurun jika tidak meningkatkan harga barang jualan.
  3. Jumlah perbelanjaan isi rumah setiap keluarga sudah tentu meningkat. Dari segi kenaikan perbelanjaan untuk petrol, makanan & minuman setiap bulan mungkin rakyat terpaksa menambah lagi 10%-15% dari perbelanjaan sedia ada. Ia sangat membebankan bagi yang mempunyai baki gaji cukup2 pada akhir bulan sekarang.
  4. Gaji yang diterima tidak naik selaras dengan kenaikan harga barangan tersebut. Kenaikan gaji yang diterima secara tahunan juga sedikit berbanding kenaikan harga barang yang berlaku sepanjang tahun. Apatah lagi dengan bonus yang sedikit. 
  5. Rakyat yang miskin akan lebih miskin dan lebih terasa kerana pendapatan mereka yang terhad tidak mampu menampung perbelanjaan sedia ada.
  6. Rakyat lebih marah kerana kerajaan kerap membazirkan wang negara kepada perkara tidak perlu. Pembaziran dan ketirisan perbelanjaan oleh pak menteri, kroni dan projek tajaan kerajaan dilihat perlu dihentikan sebelum kerajaan bercakap soal perbelanjaan negara, penjimatan dan subsidi.

PIHAK KERAJAAN

  1. Berdasarkan KDNK setiap tahun, minyak (hasil cukai) dari Petronas menyumbang lebih 50% pendapatan negara. Ia sumber utama pendapatan negara selain daripada cukai. Pembangunan negara bergantung kepada minyak yang tiada dikebanyakan negara jiran. Kerajaan perlu guna peluang ini untuk maksimumkan keuntungan hasil dari minyak untuk pembangunkan negara. 
  2. Harga minyak di negara kita lebih rendah kerana negara kita salah satu pengeluar minyak. Namun jika menjual kepada pihak luar hasil yang diperolehi lebih tinggi dan dapat disalurkan kepada pembangunan lain seperti pembinaan infrastuktur, perubatan, pendidikan dll. Ia secara tidak langsung membantu mengurangkan kos pendididikan asas kepada rakyat, beri perubatan percuma, beri subsidi makanan dsb. 
  3. Hakikatnya negara kita memang bergantung kepada hasil minyak untuk pembangunan negara. Ia tidak dapat dinafikan. Cukai tahunan tidak mampu menampung perbelanjaan negara yang tinggi. Boleh lihat dalam bajet tahunan kita setiap tahun.
  4. Kerajaan juga berpendapat harga minyak di negara kita masih terkawal berbanding semua negara jiran yang menggunakan harga pasaran (floating) dunia yang ketika ini. Ia memang meningkat. Sapa yang kata tak meningkat mungkin tak tengok CNN, BBC dsb. Ia akan terus meningkat kalau berlaku Perang di Syiria.
  5. Ketika harga minyak berada pada harga RM3.80-RM5.10 sekarang di negara jiran, kita menikmati petrol pada harga RM2.10. Jumlah perbezaan tersebut sebenarnya harga yang dibayar kerajaan untuk kehilangan pendapatan jika menjualnya di pasaran luar. Kerajaan gelarkan ia subsidi.
  6. Dengan rezab minyak yang semakin berkurangan, kerajaan berpendapat untuk kekalkan sustainability dan survival negara jangka panjang mereka terpaksa mengurangkan subsidi yang diberi supaya kehilangan pendapatan negara tersebut dikurangkan. Hasilnya dapat dinikmati dan dipulangkan kepada rakyat melalui kemudahan-kemudahan yang diterima rakyat. Berikan subsidi berterusan tidak membantu produktiviti negara.

Sebenarnya, jika kerajaan sedia ada ni kelihatan adil dan lebih telus kemarahan rakyat ini mungkin berkurangan. Bila bercakap soal penjimatan kepada rakyat, kerajaan sendiri perlu melakukan usaha menyekat pembaziran dalam perbelanjaan mereka setiap tahun. Siapa tidak marah melihat pemimpin berbelanja besar, berjalan dengan megah dan menjalani gaya hidup mewah sedangkan rakyat tertekan.

Aku percaya jika pihak lagi satu menjadi kerajaan, harga minyak ini tetap akan naik pada satu tahap. Kerajaan yang bertanggungjawab bukan sekadar popular di mata rakyat tetapi mereka perlu memastikan negara mempunyai pendapatan yang cukup untuk membangunkan negara, membayar gaji & menyediakan tanggungjawab kerajaan kepada 28 juta rakyat negara Malaysia.

Akhirnya aku percaya, kita semua mampu harungi ujian ini sekali lagi. Dulu ketika harga minyak RM2.70 kita rasa memang tak mampu hadapinya tetapi selepas beberapa bulan kita dah tak terasa sebab kita telah buat penyesuaian. Begitu juga kali ini, insyaallah.



Wallahua'lam.


19 August 2013

Kematian dan peringatan.

Bismillahirrahmanirrahim,

Semalam pakcik aku meninggal dunia setelah beberapa bulan menderita kanser paru-paru. Dalam tempoh kurang dari sebulan 2 orang adik abah meninggal dunia. Sebelum ni adik abah lelaki yang bongsu juga meninggal dunia beberapa hari sebelum Eidulfitri 2013 akibat sakit. Takziah untuk seluruh ahli keluarga arwah dan semoga mereka diletakkan dikalangan orang yang beriman,amin.

Kematian sentiasa menjadi satu peringatan terbaik untuk kita yang masih hidup. Masih bernafas dan berpijak di bumi Allah dengan kesihatan yang baik. Bila melihat seorang lagi insan dipanggil Allah kembali kepadaNya rasa keinsafan bahawa apa yang kita miliki sekarang, suami, isteri, anak & harta semuanya hanya sementara. Sangat sementara. Semuanya akan kita tinggalkan. Kita hanya bawa amalan kebaikan dan dosa di bahu kita. Pasrah menanti sama ada nasib kita ke syurga atau neraka.









Tanpa sedar setiap hari fokus dan pemikiran kita menumpukan kepada bagaimana mahu hidup lebih baik. Bagaimana mahu mendapatkan gaji yang lebih banyak dari pekerjaan serta pengajian tinggi, bagaimana mahu beli rumah yang lebih besar, beli kereta impian yang lebih selesa, dapatkan hubungan insan yang kita suka, tingkatkan taraf hidup keluarga & anak-anak dan sebagainya. Pusing-pusing buat benda yang sama. Akhirnya sebahagian besar hayat kita dihabiskan mengejar kesenangan dunia.

Aku terbayang, bagaimana rasanya malam pertama kita semua di dalam kubur berseorangan 7 kaki bawah tanah. Gelap, lembab, basah, terikat dgn kain kapan, mati. Anak, isteri dan saudara mara yang bersedih dah berada di rumah. Seminggu, 3 bulan, 1 tahun, 3 tahun mungkin rasa sedih tu dah hilang & mereka hidup seperti biasa. Kita tetap berseorangan. Tiada lagi kemegahan status, jawatan tinggi dan nama yang dihormati orang untuk dibanggakan. Satu-satunya perkara yang menggembirakan kita ialah bila amalan baik kita menyelamatkan kita dari siksaan kubur sementara menunggu hari kiamat. Subhanallah.

Namun bila kita menilai dan muhasabah aktiviti harian kita, kita sering terlupa soal kematian ini. Lupa kita akan merasai mati. Kita sangka akan mati pada usia tua walhal ramai sahabat-sahabat kita yang seusia dan lebih muda ramai telah mati lebih awal. Kemalangan dan sakit bila-bila masa Allah boleh takdirkan terjadi kepada kita. Kita semua tak tahu bila masa kita. Boleh jadi esok, minggu hadapan & bulan depan. Semua rahsia Allah. Mudah-mudahan kematian insan lain menjadi peringatan terbaik untuk kita agar kembali kepada Allah. Wallahualam



13 August 2013

Cerita raya aidilfitri 2013.

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, ada kesempatan nak blog sikit cerita raya aku pada tahun ni. Tahun ni giliran raya rumah aku di Banting. Memang tak sempat nak balik ke Bagan Datoh, Perak. Sebab aku memang takde cuti langsung. Kerja sampai last day sebelum raya dan hari Isnin dah kena kerja semula:)

Balik kampungpun selepas habis kerja. Sampai-sampai rumah tu ketupat dah siap rebus. Tak dapat nak tolong menganyam macam selalu. Wifey sempatlah tolong mak masak untuk persiapan raya. Kebetulan mak buat monjongan (bertukar juadah) pada hari terakhir tersebut.

Aku ceritalah mana yang sempat melalui caption gambar dari kamera hp aku. Ada byk lagi gambar kat DSLR aku. Tapi DSLR tu tertinggal kat umah mertua pula. Lagipun ni hanya untuk memori aku akan datang je.



Sebahagian ketupat yang siap direbus. Sebenarnya lepas rebus ketupat ni mak buat juga nasi himpit:) Sebab nak monjong memang dah tinggal sikit je untuk makan hari raya.

Camnilah juadah yang sempat bagi kat jiran2 terdekat dan saudara mara. Mak masak ngan wifey, adik ipar aku ngan adik perempuan aku. Ramai gak perempuan ada tambah lagi sorang menantu,hehe. Mak bagi ketupat, sambal kacang, ayam dan sayur lode. 

Sementara tu adik aku kat luar isi minyak gas dalam pelita. Sebelum ni ada banyak pelita lagi tapi masa banjir aritu semua dah hilang. Hanyut agaknya.

Pemandangan biasa lauk pauk beberapa hari sebelum raya. Banyak dapat monjong dari orang kampung dan saudara mara.

Malam raya tu baru pasang pelita kat depan rumah.

Aku ada gambar yang lagi jelas tapi malas plak nak tukar, haha. Dah masuk PC ni baru nampak blur.

Khutbah raya. Kampung aku ni banyak projek pembangunan. Perumahan, kilang & ladang. Jadi mmg ramai bangla, Nepal, Pakistan, India selain pekerja Indonesia yang sedia ada. Diaorang semua datang solat raya pagi ni:) Hari jumaat jarang kelihatan.

Selepas solat raya diaorang bertemu sesama diaorang dan berpelukan. Budaya kita jarang berpelukan semasa bersalaman raya ni.

Puan asrar fiza masuk interframe time nak amik gambar meja raya ni, hish:)

Rumah abah ni memang sentiasa ramai tetamu. Kalau ramai datang tempat ni mmg tak cukup. Ni ada lagi satu meja kat ruang tengah yang ada kuih raya juga:) 

Selepas balik solat raya, kitorang bersalaman seperti kebiasaan dan berganbar kenangan raya. Tahun ni semua adik beradik dapat kumpul sekali, alhamdulillah. Meja kuih raya ni jadi tripod untuk ambil gambar kitorang sekeluarga:)

Tapi memandangkan kamera ni tertinggal kat rumah mertua jadinya tak dapat le teman nak upload kat sini. Ni pun shoot ngan kamera hp.

Macam biasa juga abah ajak gi lawat kubur sekejap. Supaya kitorang ingat arwah nenek, kakek, embah lanang, embah wedhok, wak dan pamannya yang terlebih dahulu meninggalkan kitorang.

Ni kat kubur arwah Paman Iyang (adik abah) yang meninggal seminggu sebelum raya. Lihatlah anak2 mereka seramai 6 orang yang ramai dan kecil lagi. Beliau meninggal akibat cancer. Muda lagi arwah.

Kebetulan pada hari tersebut ada juga orang kampung yang meninggal dunia pada hari raya pertama. Penggali kubur ni gali kubur dari pagi raya sampailah pukul 10-11 time kitorang datang melawat. 

Ni kat rumah Paman Jubek. Orang jawa ni sebenarnya ada banyak nama panggilan. Nama betulnya kadangkalaa jauh berbeza dengan nama panggilan tersebut.

Ni kat rumah boyot aku. Boyot (moyang) ni abah aku panggil embah(nenek).  Masih sihat lagi dia. Dia selalu buat dodol sorang2 bulan Ramadan. Rasa dodol tu takde sapa boleh lawan rasanya sejak aku kecil sampai besar ni. 

Bergambar ramai2 kat umah boyot. Ni rumah anak boyot:) Kenangan tak dapat dilupakan aku terpihak dulang dengan gelas ketika berdiri nak amik gambar ni. Dulang ngan gelas tu pecah. Memalukan. Rasa dah ringan masa Ramadan lepas,haha. Nasib boyot ok je. Rumah boyot ni dari pagi sampai malam sentiasa ramai orang. Seminggu setiap hari ada orang datang. 

Petang tu balik beraya aku jalan2 ngan wifey kat belakang kampung tengok lembu sambil buat photoshoot raya:) Motor pula jadi tripod.

Nni gambar amik kat kamera. Gambar betul2 belum transfer lagi.

Raya kedua kitorang sempat melawat Ustaz Abu Nasir. Beliau merupakan paman aku (adik mak). Beliau tiba-tiba rebah sebelum raya haritu dan jantungnya berhenti berdegup selama 11 minit. Jadi beliau koma sekarang.


Mohon doa sahabat-sahabat sekelian atas kesihatan paman aku ni. Ustaz Abu Nasir ni terkenal mengajar Quran di masjid-masjid sekitar daerah Kuala Langat. Dari belah Morib sampailah ke Sepang. Orang kampung asyik bertanya keadaan beliau sebab biasanya ada pengajian Quran setiap minggu. Mudah2an paman cepat sembuh,amin.

Malam raya keberapa ntah ni kat rumah wak hussin. 


Adik aku 3 orang yang terakhir. Yang paling kiri yang bongsu dan paling besar dan tinggi dalam keluarga. Dia tingkatan 6 dan 2 orang lagi universiti.

Pastu raya rumah sahabat baik aku, Halil. Dulu masa bujang rumah ni antara rumah yang awal beraya.

Abah aku memang setiap tahun raya ke-2 dah start berpuasa 6. Tapi selalu abah takde masalah beraya sana sini. Cuma kitorang makan abah takdelah. Tapi tahun ni memandangkan adik abah baru meninggal dunia dan ada sorang lagi adik abah tak berapa sihat abah rehat kat rumah. Sebab takut kalau dapat apa2 panggilan. Orang yang beraya kat rumahpun ramai. 

Kat kampung jelah boleh nampak pemandangan kanak2 beraya kat rumah:) Kalau kalau bandar mak bapaknya semua dah paranoid kot dengan kejadian culik dan bimbang keselamatan anak mereka.

Ni time beraya rumah bibik Ita(adik abah). Bagi yang kurang faham ttg adat jawa, panggilan bagi pakcik/makcik yang lagi muda dari mak ayah kita akan dimulakan dengan panggilan paman (lelaki) dan bibik (perempuan). Bagi yang lebih tua dari mak ayah kita semua panggil wak. Tak kisah lelaki ke perempuan:) Sebab tu orang jawa gelak je kalau maid indonesia tu dipanggil bibik walaupun dia sudah tua dan tuan rumah lagi muda dari dia. Macam tak kena. Tapi takpelah, dah jadi budaya melayu:) 

Ni raya rumah Wan Ran. Kalau adat jawa juga, sepatutnya yang muda kena datang melawat yang lebih tua dulu sebagai tanda hormat. Pastu baru yang tua melawat muda. Logiklah juga. Sebab kurang sopan abang sulung pergi rumah adik bongsu beraya dulu. Sepatutnya yang muda melawat yang tua dulu. 

Ni anak buah aku yang hyper aktif. Semua benda dia nak panjat dan lari ke sana kemari:) Biasalah usia begini memang perkembangannya sangat aktif.

Antara sepupu-sepupu aku belah mak yang datang beraya rumah. Diaorang ni semua geng aku kecik2 main parit, kejar-kejar dan gaduh kalau gi umah embah dulu. Sekarang hampir semua dah kahwin.

Group foto beramai2. Nampak macam tak ramai budak2 tapi sebenarnya diaorang biarkan je diaorang lari2 sekeliling rumah aku ni. Diaorang berborak2 sebab bukan selalu boleh jumpa camni beramai2:)




Untuk akhirnya, mudah-mudahan amalan kita pada bulan Ramadan lepas diterima Allah dan dipertemukan pada Ramadan akan datang. Ramai antara kita yang mempunyai saudara mara, rakan-rakan yang telah meninggalakan kita. Mudah-mudahan ia menjadi peringatan terbaik untuk kita sendiri.

Mohon maaf zahir dan batin atas salah silap. Jumpa lagi next entry.




Day 8 : Social Media Detox

Bismillahirrahmanirrahim, Ayam Kegemaran Selepas 8 hari tanpa sosial media. Aku masih kena login sosial media ofis sesekala sebab...