20 February 2013

Bercuti di Golden Palm Tree, Sepang

Bismillahirrahmanirrahim

Lama juga tak update blog ni (ayat standard org yang malas update blog). Tapi untuk simpan sebagai kenangan memang kena paksa tulis juga. Baru-baru ni masa cuti Maulidur Rasul sahabat aku Cot tiba2 ajak kitorang untuk bercuti kat Golden Palm Tree atau dulu dikenali sebagai Goldcoast Sepang. Taklah cuti sangat sebenarnya. Just tidur semalaman:)

Kalau ikut rate hotel ni memanglah tak mampu nak rasa bagi orang kebanyakan. Sebab satu malam paling murah RM500+. Kitorang punya bilik tu harga dekat RM1,000 untuk satu malam. Lebih baik bayar rumah sendiri sebulan. Tapi bos Cot yang duduk sini selama seminggu habiskan cutinya lebih awal dan dia bagilah kat pekerja kesayangan dia tu,hehe.

Pucuk dicita, satu pokok mendatang. Kitorang berempat pun dapatlah duduk sini semalaman. Sebab bilik dia besar macam apartment dan ada 2 bilik air. Tempat ni mmg best sbb jauh ke tengah laut. Semuanya ekslusif dari bilik air sampai kat TV ada nama yg sewa rumah tu. Eg. Welcome Mr Faisal Rahim.

Nak ke bilik pula ada buggy car macam kereta golf tu bawa dari reception. Katanya jauh sampai 1.4km. Kalau jalan kaki sendiri memang boleh. Samalah juga macam nak balik rumah jalan kaki. Cuma penat dan takde kerja jelah.



Belah malam tu selepas makan seafood kat tepi pantai Bagan Lalang tu kitorang lepak2 kat beranda menikmati pemandangan laut. Sambil makan kuaci dah lemau beli kat kedai runcit anei. Borak2 jelah minum kopi panas ehsan pihak hotel. Ramai gak pelancong luar negara duduk area sini.

Hajatnya nak memancing ataupun mandi2 belah malam kat bawah rumah tu sebab disediakan pelampung. Tapi aku terpaksa jaga reputasi penduduk negara kita di mata warga asing. Takut diaorang ingat kitorang ni orang asli datang dari hutan sbb tak pernah ada orang buat camtu kat situ. Pelampung tu pun pelampung kecemasan macam kat bot-bot tu.

Akupun tak bawak DSLR untuk amik gambar. Saja aku peram kamera tu mana tau boleh beranak kat dalam drybox. Dah tau berjalan kat tempat lawa-lawa camni, boleh tertinggal kamera!! Jadi layan jelah gambar kamera henpon ni.




Akhirnya terima kasih kepada Cot dan bos dia yang menaja penginapan kami semua. Lenkali kalau ada camni ajaklah lagi,haha. Tak malu. Mungkin pengalaman seumur hidup kot ni. Dari dulu masa tempat ni di buat lebih 10 tahun lepas teringin nak duduk sini. Sebab nampak cantik dari persisir pantai dan lebih cantik kat pamphlet hotel.

Adakah tempat ni berbaloi nak pergi? Kalau ada byk duit lebih dan nak rasa kelainan bolehlah cuba. Tempat ekslusif untuk golongan kaya berehat. Ada permainan sampingan seperti naik basikal, go-kart, aktiviti pantai, swimming pool dsb. Tapi paling best bila duduk kat beranda luar tu angin sentiasa bertiup kuat. Rasa tenang dan boleh lapangkan fikiran menikmati keindahan ciptaan Allah. Alhamdulillah

Ok, jumpa lagi next entry yang entah bila aku nak buat. Wallahua'lam.


04 February 2013

Entry pertama 2013

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah dah masuk tahun 2013 sekarang. 10 tahun lepas aku masih belajar di universiti. Dengan seluar jeans menyapu lantai, berambut panjang, jadi mat rempit dan takde wawasan jelas dalam hidup. Hidup seharian macam nak menunjuk kepada orang lain. Kasihan. Tapi Alhamdulillah Allah masih lagi sayangkan aku dengan berikan kehidupan yang baik sekarang walau banyak dosa-dosa aku lakukan sama ada sedar atau pun tidak.

Seperti kebanyakkan orang biasa, bila dah usia masuk 3 series ni pekerjaan dan kehidupan biasanya dah agak stabil. Apa yang diimpikan dulu masa remaja semuanya dah boleh dapat dengan mudah. Walaupun bukanlah mewah tapi dada terasa lapang dan fikiran lebih tenang bila dapat belajar perkara baru dan tingkatkan ilmu tanpa fikirkan sangat bab kerja dan kewangan.

Selamat hari lahir zauj:)


Sejak tahun lepas aku lebih kerap dengar rancangan 'Celik Mata & Minda' Prof Muhaya sama ada di rumah ataupun sambil buat kerja di ofis. Aku boleh katakan yang pandangan aku tentang hidup telah banyak berubah. Berubah kepada lebih positif. Lebih bagus bila wifey juga boleh sama2 positif, Alhamdulillah.

Paling ketara bila aku rasa mempunyai matlamat hidup yang lebih jelas. Kekayaan harta benda bukan lagi jadi matlamat hidup. Aku tidak lagi lihat orang berbuat dosa tu lagi teruk dari aku. Aku juga sentiasa cari hikmah dan redha dengan semua ujian Allah. Aku suka doakan sahabat-sahabat dan orang lain yang aku tak kenal di jalanan. Semua tu tak pernah aku ada dan buat sebelum ni walaupun abah dah bagi pendidikan agama yang cukup masa sekolah.

Walaupun apa yang aku lakukan nampak sama seperti bekerja, tangkap gambar, bersosial etc tapi Ust Pahrol cakap dengan betulkan niat, semuanya berbeza.

Bulan lepas besday wifey. Aku bersyukur sangat diketemukan dengan insan hebat ni. Agama dan akhlaknya lebih baik dari aku. Selalu menegur aku dengan lembut kalau ada kesalahan serta kesilapan yang aku lakukan. Beri semangat bila aku perlukannya. Sentiasa berikan yang terbaik dalam rumahtangga. Aku selalu rasa lapang bila bersamanya. Syukur sangat kepada Allah atas ikatan ini. Semoga kitorang berbahagia sampailah ke syurga nanti,amin.

Day 8 : Social Media Detox

Bismillahirrahmanirrahim, Ayam Kegemaran Selepas 8 hari tanpa sosial media. Aku masih kena login sosial media ofis sesekala sebab...