26 March 2013

Politik dari kaca mata non-partisan

Bismillahirrahmanirrahim,


Masing2 dah tak sabar nak PRU13 :)

Sempena musim PRU13 ni aku nak ulas pasal politik negara kita dari kaca mata seorang yang non-partisan. Jangan risau urusan politik ni kita boleh sahaja berbeza pendapat. Benar atau salah mungkin berbeza antara individu bergantung kepada sumber maklumat yg diperolehi, faktor pendidikan & cara berfikir. Ia dibenarkan dalam Islam sebab ia urusan feqah dan bukan soal aqidah.

ASASNYA
  1. Jujurnya aku tak kisah siapapun yang memerintah negara kita asalkan pemerintah tersebut menghormati kebebasan intelek individu, keadilannya dirasai semua, kebajikan rakyat dijaga & memastikan keamanan dan keselamatan negara kita.  
  2. Aku impikan sebuah negara yang hormati pemikiran manusia. Rakyat tidak dipaksa untuk mengundi dengan cara dipengaruhi fikirannya. Diberitahu untuk mengundi parti mereka sebab banyak jasa telah diberi. Bagi orang yang berpelajaran ia seperti satu 'hinaan' kepada tahap pemikiran mereka. 
  3. Apabila parlimen dibubarkan, TIADA kerajaan mahupun pembangkang dalam negara. Sepatutnya masing-masing berada dalam 'Equal Playing Ground'. Masing-masing kena tonjolkan kelebihan parti masing2 dan idea baru yang ingin dibentangkan kepada rakyat. Peluang media sama rata supaya rakyat dapat nilai dengan adil pilihan tersebut. 
  4. Bila satu pihak buat tuduhan kepada pihak satu lagi, mereka boleh menjawab dengan bukti dan fakta di media televisyen & surat khabar utama negara. Mereka lebih bertanggungjawab terhadap fakta dan janji yang diberi. Mereka lebih jujur sebab rakyat sedang menilai.
  5. Sayangnya ia tidak berlaku sekarang.

TENTANG BARISAN NASIONAL

  1. Kita kena berterima kasih kepada mereka kerana Barisan Nasional menjaga negara kita dengan baik hingga kini. Keamanan dapat dikekalkan. Aktiviti ekonomi berjalan lancar dan paling penting agama Islam dapat berkembang dan kita bebas melakukan ibadah harian.
  2. Namun, tempoh pemerintahan yang terlalu lama memang beri kesan negatif. Bila terlalu banyak kuasa diberikan, mereka 'kurang' hormati rakyat. Pemimpin semakin besar diri & sombong. Bila tiba musim pilihanraya baru nampak mukanya manis dan mesra. Ramai mahu menjadi ahli politik untuk menjadi kaya terutama orang melayu. Ada proxy dan kumpulan yang berlawan antara mereka utk berkuasa dalam parti. Kesannya rasuah dan salah guna kuasa berlaku.
  3. Lihatlah sendiri pemilihan pemuda, wanita, cawangan dan bahagian UMNO. Banyak politik kotor terlibat. Siapa berani menafikan perkara ini? Mereka percaya dengan ada 'kuasa' mereka mudah dapat kerja dan menjadi kaya dengan duit kerajaan. Ini yang membuatkan ramai orang tak suka dengan UMNO. UMNO terkenal sebagai batu loncatan untuk jadi kaya. 
  4. Seharusnya kuasa kerajaan tidak menghalang pemikiran rakyat. Mesir dan Syiria rakyatnya bangun akibat merasakan mereka dihimpit dan dizalimi oleh kerajaan sendiri. Kebebasan disekat dan mereka xdapat bersuara. Walaupun tak banyak itulah yang dirasakan sesetengah rakyat di negara ini terhadap kerajaan BN.
  5. Aku memang anggap media massa yang berat sebelah ini menghalang pemikiran rakyat dari berkembang. Ia tanda kerajaan BN masih takut kepada bayang-bayang sendiri. Mungkin takut kelemahan diketahui umum.
  6. Rakyat semakin lama makin berpelajaran. Mereka boleh menilai dan mencari sumber berita alternatif sendiri. Walaupun bahan dari media alternatif ini kadangkala 'sampah' dan fitnah sekalipun mereka mudah percaya. Kerajaan BN perlu salahkan diri sendiri untuk itu.

TENTANG PAKATAN RAKYAT

  1. Kita juga perlu berterima kasih kepada Pakatan Rakyat sebab kekuatan mereka dalam parlimen dan kerusi DUN menyebabkan kerajaan sekarang lebih menghormati rakyat. Banyak bantuan diberikan kepada rakyat yang tidak pernah ada sebelum ini. 
  2. Tapi kadangkala aku muak dengan cara yang digunakan mereka untuk menjadi pemerintah. Kelihatan mereka lebih banyak cari kesalahan, kesilapan & kelemahan pemimpin dalam BN untuk mendapat 'political milage' berbanding beri alternatif dan market kekuatan yg mereka ada.
  3. Maksud aku begini, kalau kita tanya penyokong PR kenapa mereka sokong PR, aku percaya banyak jawapannya sebab keburukan pemimpin BN dan kelemahan parti UMNO. Cerita tentang Rosmah, Najib, Shahrizat dan pemimpin lain mendominasi. Faktor itu lebih mendapat tempat di hati daripada bicara tentang kelemahan kerajaan BN seperti kesilapan dlm tentukan dasar pendidikan kita, struktur hutang negara yg tinggi dan sebagainya. Bagi mereka, semua perkara yang tidak elok berlaku dalam negara adalah salah BN sepenuhnya. 
  4. Ramai antara mereka juga tidak jelas dan 'hadam' apa langkah kerajaan PR nak atasi kelemahan kerajaan sebelum ini. Apa alternatif untuk program kerajaan yang bagus dalam ETP dan MEB? Adakah mekanisma PR untuk turunkan harga kereta, free highway dan beri pendidikan percuma itu logik dan boleh dilaksanakan? Apa pula kesannya kepada hutang negara dan ekonomi negara? Adakah penyokong PR tahu jawapannya atau semuanya masih salah BN walau selepas mereka perintah kelak? 
  5. Aku teringat dalam satu ceramah PRU12 lepas ada seorang pemimpin dari PR janji untuk tutup kilang arak di Shah Alam sebab ia galakkan maksiat. Semua orang bersorak dan bertakbir kegembiraan! Proses itu bukanlah semudah bercakap di pentas ceramah. Sampai sekarang kilang2 arak tu terus beroperasi. Kalaulah perbincangan ilmiah dijalankan sblm disebarkan ia lebih baik.
  6. Namun, mereka tak kisah tentang ini kerana 'character assassination' lebih menarik untuk dibincangkan dan tarik emosi rakyat. Jadi lebih banyak aib dan fitnah disebarkan walhal ia dilarang keras dalam agama kita. Perkara ini ada dalam hadis dan Quran. Asas dalam Islam, kalau aib tu berkaitan dengan individu seperti aurat, zina dan minum arak kita dilarang hebahkan. Itu antara mereka dengan Allah. Tapi bila berkait dengan maslahat ummah seperti rasuah, seleweng dan penindasan kita kena sebarkan supaya orang lain tidak dizalimi. Ini apply untuk kedua2 pihak.

CARA YANG BETUL

  1. Bagi aku dalam memilih pemerintah kita kena ada maklumat yang cukup. Tentang calon, manifesto & kaedah yang dicadang untuk bangunkan negara. Kena buat kajian dan bacaan. Kalau kita sengaja pilih calon yg lemah jadi pemimpin sedangkan kita tahu kelemahannya, kita berdosa sebab ia beri kemudharatan kepada orang lain kelak.
  2. Kita kena adil kepada kedua-dua pihak BN & PR. Beri mereka ruang untuk bentang manifesto dan terangkannya. Sokongan membabi-buta tu melambangkan tahap pemikiran yang masih dipengaruhi emosi. Kita lebih bijak dari itu.
  3. Aku impikan satu keadaan di mana media bebas dan  rakyat juga bebas memilih sesiapa jadi pemerintah tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Pemilihan tersebut pula kritis dan demi masa depan negara yang lebih baik.
  4. Contoh, setelah mendengar hujah kedua-dua pihak kita pilih Pakatan Rakyat kerana Anwar Ibrahim mempunyai langkah penyelesaian ekonomi & pendidikan lebih baik dari yang dicadangkan Najib Razak. 
  5. Kemudian setelah mandat 5 tahun diberi, kelihatan Anwar Ibrahim tidak mampu laksanakan apa yang dijanji. Jenayah pula meningkat dan ramai orang tiada kerja. Najib atau sapa sahaja dari BN pula mempunyai kaedah untuk selesaikan kelemahan tersebut. Kita pilih Barisan Nasional untuk mandat baru. Begitulah seterusnya. 
  6. Tetapi jujurnya, kalau kita terlalu fanatik kepada BN atau pun PR perkara ini sukar berlaku. Sebab tu kena simpan sedikit percaya untuk pihak lain. Sekurang-kurangnya kita tak taksub dengan parti kita hingga tak nampak dan akui kelemahan sendiri apatah lagi akui kebaikan parti lawan.

Kesimpulannya, kita hanya beri KUASA  kepada mana-mana parti politik untuk jadi kerajaan dengan keadaan mereka tidak boleh ego dan sombong. Tidak terlalu kuat dan berkuasa. Dengan itu, kerajaan akan lebih hormat kehendak rakyat. Tiada lagi ditakutkan bila pilih kerajaan berlainan, akan jadi begitu dan begini. 

Kita perlukan kerajaan dan pembangkang yang kuat untuk imbangi kuasa (check & balance). Ini politik zaman sekarang. Bukan cerita 30-40 tahun lepas.

Ini merupakan pendapat aku semata. Banyak lagi bab aku tak sentuh. Tiada masalah jika kita berbeza pendapat. Siapapun yang memerintah kelak, mudah-mudahan negara Malaysia ini bergerak ke hadapan dalam semua perkara. Ingat, negara tidak masuk syurga dan neraka. Cara kita memilih pemimpin, berpolitik, sebarkan berita, fitnah dsb itu yang jadi ukuran dosa pahala yang membawa implikasi syurga atau neraka.

Wallahua'lam.


20 March 2013

Percutian di Paya Indah Wetland, Dengkil

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, weekend lepas 16hb dan 17hb Mac 2013, aku bersama sahabat-sahabat aku bermalam di Paya Indah Wetland, Dengkil. Kitorang memang selalu plan buat aktiviti bersama camni supaya dapat rapatkan lagi ukhuwah. Ni merupakan trip pertama selepas percutian makan buah-buahan di Ulu Dong, Raub Pahang.

Walaupun tempat ni lebih kurang 15 minit je dari Putrajaya tapi aku percaya ramai yang tak pernah pergi sini:) Sebenarnya Paya Indah ni di bawah seliaan Jabatan Perhilitan Malaysia.  Luasnya kira-kira 3000 hektar.

Aku tulis kat caption gambar jelah pasni. Info semua aku letak kat situ je. Semua gambar guna kamera handphone je tanpa edit. Boleh klik gambar untuk besarkan :


Haa, kawasan tu lah tempat tinggal kitorang via iPhone Maps. Dikelilingi tasik & hutan belantara:) 

Paya Indah ni sesuai utk aktiviti rekreasi dan tenangkan fikiran. Tasik ni ada kat depan chalet kitorang je

Tu kawasan chalet C tempat kitorang duduk. Dia ada Chalet A, B dan C. Setiap satunya mesti ada beza design.


Ni lah rupa chalet yang kitorang duduk. Dulu masa tempat ni dipegang pihak swasta,  satu malam berharga RM500-600 sebuah. Sekarang korang rasa berapa?hehe. Kitorang sewa RM120 sahaja untuk satu malam!! Sangat berbaloi.

Kitorang sewa 2 buah chalet. Sebuah untuk lelaki dan sebuah lagi utk perempuan. Memanglah katil tak muat tapi bukannya nak selesa sangat:) Lagipun dalamnya luas mcm sebuah rumah.

Ok, ni pemandangan betul2 dihadapan chalet. Nasib kitorang takde yang kaki pancing

Selesai angkat barang, hujan turun dengan lebat. Aku dah risau tak dapat buat BBQ malam tu:) 


Nasib baik hujan lebat tu sebentar sahaja. Dalam kul 6 petang camtu dah berhenti. Alhamdulillah


Ammar kat celah2 katil. Kitorang lelaki bagi tilam ke chalet perempuan sebab kitorang tido lantai je.

Tiba masa untuk hidupkan api dan jadikan bara arang:) Untuk makluman tempat bakar BBQ ni + arang 2 plastik + kipas + penyepit boleh disewa dengan harga RM50 satu malam. Diaorang datang dan hantar satu set ni terus.

Sesi menghidupkan api:) Nasib ada pakar camping, Cot kat sini,hehe.

Sebelum maghrib sebuah keluarga lagi sampai. Echik & Nurul yang datang dari Kampung Bukit Changgang. Sebelah Paya Indah ni je tapi paling lambat,hehe.

Suasana maghrib di tasik tepi rumah kitorang:) Tenang dan damai.

Atas air memang ada banyak pokok bunga teratai:)

Memandangkan kamera henset punya flash tak bagus maka tak banyaklah gambar malam2 masa buat BBQ ni.

Kitorang punya BBQ malam tu Cot yang marinate. Ada kambing, sosej dan ayam. Udang galah pula di sponser oleh Halil yang memancing malam sebelumnya di Kemensah. Hebat gila dia mancing udang. Dapatlah rasa udang galah:)

Ok, dah ready untuk makan!! Masa bakar semua kelaparan. Punya banyak bakar, sekali separuh je kot yang makan,haha.

Malam tu juga kitorang buat birthday surprise kat Nana wife Halil. Punyalah susah kitorang nyorokkan kek tu dari pengetahuannya. Simpan bawah katil lagi tu kek Secret Recepi tu sebab peti ais tak muat,haha.

Selamat Hari Lahir Nana. Semoga korang sekeluarga diluaskan lagi rezeki selepas ini dan dilindungi Allah sentiasa, ameen. Ammar dan Arasy dah tak berminat bergambar. Hanya kek jadi tumpuan!!

Selepas makan dan kekenyangan kitorangpun berlengkar macam ular sawa:) Bilik ni lengkap dengan kipas dan aircond. TV ada tapi takdelah siaran Astro. Kitorang byk borak2 je. Kalau nak tengok TV baik tengok kat rumah.


Memandangkan lokasi tempat ni dekat je jadi tak bolehlah nak jama' solat. Aku kira dari rumah aku 40km je kot:)  Chalet kitorang sewa ni sebenarnya untuk couple. Jadi bilik air ada satu je. Bergilir2lah kitorang berenam. 


Malam tu berborak panjang. Tapi kitorang bangun awal untuk misi shoot sunrise:)  

Selesai solat subuh kitorang terus gerak ke menara tinjau yang ada dalam Paya Indah ni juga. Dalam kul 6:30 camtu dah sampai sini. 

Lokasi dalam ni memang kena naik kereta. Kalau nak jalan kaki agak jauh:) 

Kelihatan matahari mulai muncul di kaki langit. Subhanallah besar sungguh ciptaan Allah. 

Untuk maklumat walaupun sahabat2 aku ni bukan photographer semuanya tapi diaorang ada DSLR masing2. Walaupun ada yang dah berabuk tak pakai janji boleh guna masa diperlukan:)

Halil khusyuk dengan tripodnya:)

Pemandangan dari bahagian lain menara tersebut. Kalau ada angin pagi2 ni mesti lagi best.

Shoot dari belakang:) 

Masing2 dengan gaya tersendiri shoot gambar:)

Angle lain dari atas menara.

Saipi dan Halim. Saipi harap bawak DSLR tapi asyik amik gambar guna hp je,hehe. Dua2 ni datang tak bawak wife masing2:) bujangan.

Aku dah tak nak taruk caption apa.

Echik ngah shoot. Dia ni lah yang paling lama aku tak jumpa:) Selalu tak dapat jumpa bila kitorang yang lain buat aktiviti.

Pass. Apasal aku upload byk sangat ni. Nasib hosting free guna google punya je,haha.

Matahari dah tinggi camni maksudnya dah tak boleh solat subuh!!

Halil merenung masa depan. *caption tak boleh blah.

Ok aku dah penat taip sampai sini.

Ini lagi sorang asyik gambar guna iPhone je. Kamera letak kat bahu,hehe. Jgn marah Cot!haha. Dia ni satu2nya geng kitorang yang bukan Jawa. Eh Halimpun bukan Jawa tapi dia kahwin ngan orang Jawa,haha.

Kagum aku gambar ni. Aku snap point & shoot je tak libatkan apa2 skill.

Embun pagi mula menghilang dengan naik matahari.


Saipi lagi. Berapa kalilah asyik gambar ko je!! Dr Yuhanis tak dapat join sbb jadual tak sync ngan aktiviti kitorang. Insyaallah next time boleh join ye doktor ngan Naufal. Jgn risau Saipi ni behave kat sini,haha.

Jeti untuk bacaan meter. Ada termometer dan pembaris besar nak ukur dalam tasik tu:)

Reflection yang marveles.

Kabus pagipun dah mula menghilang. Aku bayangkan kalau ada byk kabus, pastu ada buaya berkeliaran mmg sangat thrill lah percutian kali ni. 

Jalan pusing keliling tasik.

Angle lebih kurang sama.

Tak pernah dibuat orang. BBQ malam tadi yang tak abis kitorang bakar semula untuk buat breakfast!! yeaay.

Banyak gaklah lauk malam tadi yang tak abis,hehe.

Anak echik Damia yang kelaparan menunggu BBQ bakar.

Bersiap2 kemas untuk jalan2 tengok Hippo ngan buaya:)

Kitorang bersedia untuk keluar berjalan2.

Kat Paya Indah ni ada badak air (Hippo). Diaorang bagi makan dari pukul 10-10:30 setiap hari Sabtu dan Ahad:)  Jadi bolehlah tengok betapa besar mulut dia dekat2. Budak2 memang takutlah.

Tapi aku rasa diaorang jinak. Aku lupa namanya. Satu Juwita satu lagi apa ntah.  Badak air adalah pembunuh nombor satu di Afrika berbanding binatang2 lain.

Rehatkan kepada kat situ. Kalau korang dekat mungkin diaorang boleh makan kepala korang sekali,hahaha.

Petugas tu bagi makan betik dan pisang. Betik dan pisang gred A besar2 buahnya. Akupun tak makan yang sedap2 camtu. 

Sebenarnya ada 4 ekor tapi lagi 2 ekor dalam kandang dan diasingkan sebab diaorang bergaduh:)

Ni kat kawasan itik dan angsa berhampiran tempat badak air dan tasik buaya. Sebenarnya aku amik gambar buaya makan tapi guna DSLR je. Buaya makan pukul 11:00 pagi. Jadi selepas tengok Hippo, burung merak dan itik ni bolehlah singgah terus ke kolam buaya. Ada berpuluh2 buaya kat sini.


Bergambar kenangan sebelum balik:) Semua ada dalam ni kecuali aku yang amik gambar.

Alhamdulillah dapatlah kitorang spend masa bersama-sama. Insyaallah ada rezeki nanti kitorang ada rancang camping kat lokasi lain yang lebih best lagi:) Aku sebenarnya dah penat taip ni. Tapi nak bagitau tempat ni memang berbaloi dan dapat eratkan lagi ukhuwah kitorang semua.

Kalau korang cari tempat nak rehat dan tenangkan fikiran di lokasi yang dekat dan murah bolehlah pertimbangkan lokasi ni. Tempat ni kurang pengunjung sebab kurangnya promosi. Ia memang berpotensi nak dijadikan kawasan beriadah bagi penduduk sekitar Lembah Klang.

Selain duduk kat chalet korang boleh berkhemah, berkayak, memancing, buat aktiviti jungle trekking dan lain-lain lagi kat sini. Kalau nak jalan2 petang-petangpun boleh naik basikal. 1 basikal RM5 sejam. Basikal budak-budakpun ada. Bolehlah naik basikal sekeluarga atau pun jogging kat sini. Harap info tu membantu serba sedikit bagi sesiapa yang tak tahu langsung tempat ni. Bercuti tak semestinya perlukan modal besar:)



Wassalam




Day 8 : Social Media Detox

Bismillahirrahmanirrahim, Ayam Kegemaran Selepas 8 hari tanpa sosial media. Aku masih kena login sosial media ofis sesekala sebab...