25 April 2013

Sambut Hari Lahir Abah ke-60

Bismillahirrahmanirrahim,

Selasa lepas usai balik kerja aku terus pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari lahir abah yang ke-60. Jujurnya ini kali pertama kitorang buat begini. Tidak ada buat apa2 sambutanpun. Sekadar solat maghrib dan isya' berjemaah. Baca doa selamat dan makan malam sama2.


Kitorang semua adik beradik. Macam berbuka puasa pulak. Mak ngan 2 adik perempuan aku gelapkan sbb aurat:) Abah macam biasa mana nak pandang kamera.


Walaupun jarak perjalanan hampir 120km malam tu dan letih seharian bekerja tapi tak jadi masalah. Demi silaturrahim keluarga. Alhamdulillah adik2 aku yang belajar kat universiti pun sedang bercuti, adik ipar akupun xkerja malam. Jadi semua dapat sama2 join baca doa selamat ni. 

Aku agak sebak masa baca doa untuk kesihatan abah ngan mak masa mengimamkan solat berjemaah tu. 60 tahun adalah umur umat Muhammad hidup. Aku sedar tak lama masa yang tinggal untuk kitorang dapat bersama mak ngan abah. Aku doakan sebelum abah ngan mak meninggalkan dunia ni, kitorang dapat berbakti kepada mereka dan amalan kebaikan mereka lebih banyak dari dosa. 

Sebagai anak, apa yang kita semua lakukan memang boleh niatkan pahala untuk mak ngan abah kita walaupun mereka masih hidup. Apatah lagi bila mereka tiada. Pahala berbakti kepada ibu bapa sangat besar ganjarannya di sisi Allah. Mudah2an kita tergolong dalam golongan tersebut.


Wassalam.

Day 8 : Social Media Detox

Bismillahirrahmanirrahim, Ayam Kegemaran Selepas 8 hari tanpa sosial media. Aku masih kena login sosial media ofis sesekala sebab...