19 May 2013

Trip ke Utara

Bismillahirrahmanirrahim,

Minggu lepas aku bermusafir bersama 2 orang sahabat baik aku Halil dan Saipi ke Sungai Petani. Tujuan utamanya sebenarnya aku ada job wedding kat sana. Tapi alang-alang jalan jauh aku ajak sekali 2 orang tu sekali sebagai peneman. Lagipun dah lama tak jalan sama2 camni. Siap amik cuti lagi hari jumaat,hehe.

Sebenarnya Saipi tu memang 2 minggu sekali akan ke Sungai Petani sebab anak dia ada kat sana umah mertuanya. Wife dia Dr Yuhanis setiap minggu balik ke SP dari Kota Bahru. Jadi trip ni kira dia balik kampung jugalah:)

Kata orang kita akan kenal sahabat kita sebenar2nya kalau bermusafir bersama2. Tapi dengan diaorang ni dah banyak kali dari sekolah dulu. Aku just letak gambar sepanjang perjalanan kitorang ke sana. Ia untuk memori aku juga pada masa akan datang.

Aku letak caption kat gambar yang aku rasa nak cerita je. Gambar lain tu biarlah ia berbicara sendiri,haha. (ayat tak boleh blah)




Ok, kenalkan ni sahabat aku Saipi dan Halil. Dua2 bapak orang:) Ni baru sampai Ipoh

Kitorang singgah Ipoh OTW ke utara. Makan nasi ganja yang popular tu:)  

Paling menarik kedai ni sebenarnya kongsi. Kedai cina tu jual air dan roti dan mamak kat depan tu jual nasi kandar. Zaman sekarang dah susah jumpa perkongsian camni.

Camnilah rupa nasi ganja tu. Nasi dia terkenal lembik dan kari dia satu jenis je bukan macam kedai mamak biasa.

Nasi tu aku tak kisah sangat sebab pada aku biasa je tapi TEH AIS dia mmg paling sedap kat dunia. Tak pernah aku rasa teh ais sedap camtu. Serius. Kalau korang pergi sana, order teh ais dia atau soya:) Harga semua mkn 3 orang ni dlm RM23 tak silap.

Kalau order kat sini cakap 'BIASA' maka akan dapat macam aku makan tulah.  Org yang bungkus nasi kandar ni dah pro. Kadar kelajuan dia mmg menakjubkan. Berapa tahun training ni.

Camnilah rupa kedai tu dari jalan. Memang orang beratur panjang. Ni aku pergi waktu kerja kul 11:00 camtu. Org kerjapun belum keluar lunch:) Kalau time lunch?


Solat jumaat kat masjid besar Ipoh. Masjid yang takde kipas langsung kat ruang solat utama. Orang jawe cakap sumpek

Lalu terowong. Ada coklat taruk kat aircond supaya mengeras sbb dah cair masa biar dalam kereta,haha.




Walau destinasi sebenar Sungai Petani, tapi kitorang bermalam sehari kat pulau pinang:) 




Oleh sebab masing2 ada DSLR maka amik gambar jelah kerjanya sambil pusing2 town penang tu:) Cari mural yang banyak di sepanjang pekan lama.


Sebenarnya kat Penang ni byk bangunan lama. Macam town kat Melaka tu. Jenis zaman2 British. Aku cerita macam pertama kali sampai Penang je padahal dah berpuluh kali,haha.











Pas penat pusing town jalan kaki sambil amik gambar, kitorang pekena pasemboq:) 

portion camni RM15. Macam2 campur. Jaga2 masa amik tu. Tak pasal2 terkejut tengok harga nanti:)

Aku pergi campur kuah plak. Lupa halil ni alah kat kacang. Dia makan kerang bakar je. Mengarut kerang sikit camtu RM12 tak silap. Kos dia tak sampai RM1 kot kalau beli kat pasar. 


Hotel kitorang tido malam tu. Cari kat Internet. RM150 dan dalam bilik ada 3 katil. Owner, receptionist, cleaner tak reti cakap melayu. Aku rasa orang Filipina. Guane warga asing boleh buka hotel wallahua'lam.

Malam2 pas pasemboq dan turun sikit kitorang jalan2 kat pekan penang tu. Masa tu dalam kul 11:45 malam camtu.

Kitorang singgah Nasi Kandar Line Clear. Aku rasa kat sini ayam dia potong 4 kot. Besar gila. Dahlah kitorang masih kenyang lagi. Semua makan tak habis. Tapi sebab nak rasa punya pasal.

Satu yg aku pelik orang Penang ni diaorang suka makan tengah malam. Masa aku amik gambar ni dah jam 12:35 malam tapi kedai penuh dan ada family suami isteri dan anak2 makan berat2 macam kul 7-8 malam je. Nasi Kandar Beratur je buka pukul 10 malam. Tabiat kurang sihat tu:)

Orang ni pas bayar je dia akan tiup whistle sampai cakap LINE CLEAR. 

Kat depan kedai tu ada jual susu panas. Aku ingat susu lembu, rupanya air panas campur susu tepung tu. 


Sampai Sungai Petani jumpa Naufal anak Saipi:) Bayangkan 2 minggu sekali jumpa anak. Sian dia. Ada lagi 8 bulan je lagi katanya nak berjauhan. Harap bersabar.

Ok, start shoot. Ni dari hotel tempat bersiap:) Aku shoot kat Cinta Sayang Resort Sungai Petani. Lebih kurang 10 minit dari rumah mertua Saipi.

Sampai sana aku jumpa housemate aku masa belajar dulu kat UTM, Skudai. Yoes follow aku shoot bersama anak dia:) Dia ni dulu kalau tido mmg tido mati. Kita pijak perut dia belum tentu bangun. Angkat dia dari bilik letak kat luar tamupun boleh tak sedar,haha. Rindu kat dia ni.

Bilik hotel dalam Cinta Sayang Resort yang pengantin sediakan. Aku duduk ngan Halil berdua sebab Saipi tido umah mertua dia:)

Malam tu dalam kul 10 camtu member dari Alor Star turun ke Sungai Petani semata2 nak makan bersama,haha. Sebenarnya dia member whatapss geng jawe dari Klang. Dia ada assignment kat Alor Start. Oh ya, dia kerja kat Karangkraf. Jadi kitorang naik kereta Karangkraf/Sinar gi makan,haha.


Aku dah muak sbnrnya makan nasi kandar. Sampai makan kicap ni pun aku rasa kari lagi:)



Ahad tu OTW balik kitorang singgah TamanTasik Taiping. Cadangnya nak makan Ketam Lembut dan Mee Banjir Udang kat Kuala Sepetang tapi belum buka. Jadi habiskan masa kat sini dulu.








Ni kalau 2 org anak ko nampak ni lil mesti diaorang bangga ngan ko lil,haha.



Lepas beberapa tempat persinggahan lagi kitorang sampai KL dah dekat maghrib camtu. Bertolak dari Sungai Petani kul 9 pagi:) Punyalah jauh bagi perjalanan di highway yang lapang.

Paling best trip ni kalau nak cakap yang orang tak faham masing-masing cakap jawe:) Semua orang tengok. Mesti diaorang fikir kitorang ni orang Indonesia:) Tolong sikit, hensem2 camni cakap kitorang pekerja buruh Indonesia. Oklah, aku dah penat taip ni. Dahlah space bar kat komputer aku ni rosak. Penat aku tekan jarakkan setiap character. Buang masa berharga aku. Itupun nak cerita,haha.

Insyaallah next trip kitorang aku pergi tempat lain pula. Dah macam blog jalan2 plak ni:)

Wallahua'lam



Repair Aircond

Bismillahirrahmanirrahim, Weekend lepas aku pergi betulkan kereta wife yang dah seminggu takde aircond. Dia terlibat dalam kemalangan...