30 July 2013

Cerita akhir Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim,

Allahuakbar! Sedar tak sedar Ramadan dah nak sampai ke penghujungnya. Rasa sekejap sangat masa berlalu. Banyak sangat sebenarnya nak kongsi. Terutamanya ilmu dari tazkirah yang aku dengar sepanjang Ramadan tapi masa tak mengizinkan sebab kesibukan kerja.

Aku cerita berdasarkan gambar yang aku sempat amik jelah kat handphone. Sekadar untuk simpanan memori aku pada masa akan datang insyaallah.

Tahun ni aku rasa paling sederhana tentang makanan. Aku kurang nafsu nak makan macam2. Biasanya kitorang berbuka dengan kurma dan buah je dulu. Kalau sempat aku beli kuih. Itupun tak lebih dari 2 jenis. Biasanya satu je:) 

Memandangkan Ramadan kali ni aku lebih tumpukan nak baca secara tadabbur dengan maksudnya maka tak dapat nak qatam sendiri. Tapi Alhamdulillah kat office kitorang ada buat tadarus setiap hari. Sekurang2nya dapat khatam beramai-ramai sekali. Alhamdulillah


Pada zaktu zohor ofis aku buat tazkirah setiap hari sebelum masuk waktu. Biasanya rotation ustaz2 yang ada kat zakat ni. Ramai antara diaorang berkongsi ilmu setiap hari. Alhamdulillah.

Cerita tentang apartment plak. Sebenarnya sejak pindah ke apartment aku ni, aku mmg suka dengan suasana & qariah surau kat sini. Alhamdulillah pengisian Ramadan di surau ni juga padat dan setiap hari memang ada sesi tazkirah oleh ustaz2 jemputan. Imam pun hafiz yang duduk satu blok ngan aku:)



Minggu lepas kitorang ada lawatan ke TVAlhijrah. Saja merapatkan lagi hubungan antara LZS dan stesen tv islamic tersebut. Banyak aku belajar dan tahu serba sedikit tentang perjalanan operasi mereka. Petang tu kitorang dijemput join penggambaran program Cinta Ilmu oleh Ustazah Syarifah Hayati dan Ustaz Badli Syah. 

Setiap bulan memang aku dan wife hadiri kuliah Riadhus Solihin oleh Dr Maza yang datang dari Penang ke KGPA, Bukit Kiara. Seperti biasa setiap kali kuliah memang dewan ni penuh sesak dan ramai yang kena duduk kat lantai. Bulan Ramadan ni kuliah berjalan seperti biasa.

Minggu lepas Dr Maza banyak ulas tentang isu semasa seperti Ramadan, isu air rendaman Quran yang di makan anai-anai, penggunaan agama untuk perniagaan dan banyak isu lain. Ada juga aku dah kongsi kat Twitter aku. Biasanya kuliah diadakan pada hari Ahad jam 10 pagi hingga 12 tengahari. 

Kebetulan LZS ada jalankan usahama dengan Kilang Shinetsu, Shah Alam. Dalam usahama tersebut dapat jemput 2 orang tokoh penceramah yang terkenal di negara kita iaitu Ustaz Don dan Ustaz Azhar Idrus. Mulanya Ustaz Azhar Idrus sesinya petang masa berbuka puasa tapi beliau ada urusan di Terengganu dan dipindahkan ke sesi pagi bersama Ustaz Don. Moderator haritu Imam Muda Fakhrul. Kaya betul kilang ni:)

Hari Selasa lepas aku dapat berita sedih apabila pakcik aku (adik abah) meninggal dunia akibat kanser yang dialaminya. Beliau baru je ambil cuti mengajar (pensyarah Uitm) pada bulan 4 lepas dan bulan 7 dah meninggal. Paling kasihan mengenangkan anaknya seramai 5 orang yang masih belajar dan yang bongsu baru 3-4 tahun camtu. Mudah2an Allah limpahkan kebaikan kepada arwah yang meninggal pada bulan Ramadan ni. Al-Fatihah.

Memandangkan bulan Ramadan, jadi majlis tahlil dibuat pada waktu sebelum berbuka puasa. Maksudnya mereka datang ke rumah, bertahlil dan berbuka bersama2 selama 5 hari. Alhamdulillah kehadiran orang kampung Labohan Dagang tu memang ramai. Memang habis makanan setiap hari budget 30-40 orang. 

Antara target aku bulan Ramadan tahun ni sebenarnya nak usaha hidupkan 10 malam terakhir. Tahun2 lepas cakap benda yang sama juga tapi rasa malas menguasai diri dan tewas dengan nafsu tidur dalam kebanyakkan malam. Cuma dapat solat isya' & subuh berjemaah je. Memalukan. Tahun ni memang kena tekadkan diri. 

Ni suasana bersahur pagi tadi malam ke-21 Ramadan. Aku imarahkan sebuah surau di Kampung Malaysia Tambahan. Ramai betul orang kat sini. Datang dari Gombak, Ampang dll. Kenapa aku buat kat sini? Nanti aku cerita panjang dalam entry akan datang insyaallah:) 

Sebenarnya apapun amalan yang kita lakukan di akhir Ramadan ni walau sedikit, kita mengharapkan agar Allah terima. Sekurang-kurangnya kita mohon supaya diampunkan dosa-dosa kita yang lepas. Mohon supaya kita mati dalam iman dan dapat syurga Allah. Kalaulah Allah perkenankan doa kita tu, tiada nikmat di dunia ini yang mampu tandingi kurniaan tersebut.

Kita hidup kat dunia ni bukan lama. Kita dengar banyak orang mati setiap hari. Kemalangan, kena tembak dll. Mungkin esok hari kita pula. Tiada yang mustahil. Kalau tahu tu, kita mesti takde masa nak cari permusuhan dengan orang lain, bergaduh dan berbalah, bercakap kasar dengan orang lain dan melakukan perkara yang dilarang agama. Masa yang ada tak sempat nak buat amalan supaya dapat hapus dosa-dosa kita sebelum ni.

Mudah-mudahan Allah kurniakan Lailatulqadar kepada kita semua. Selamat berjuang di 10 malam terakhir ni. Wallahua'lam.



p/s : Aku kena tipu RM1,700 masa beli barang online haritu. Bukan rezeki aku nampaknya. Dahlah nak raya:) Semoga orang yang menipu tu diberi hidayah dan Allah luaskan lagi rezeki dia dan rezeki aku pasni,amin. Berhati2 buat urusniaga online. 



10 July 2013

Cerita awal Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Allah panjangkan umur kita semua untuk berada dalam bulan Ramadan tahun ni. Tak tau nak bagitau rindunya aku kat Ramadan kali ni. Suasananya, semangatnya, rohnya. Jujurnya beberapa minggu sebelum tiba Ramadan sebenarnya aku risau Allah tarik nyawa aku. Lebih-lebih selepas kemalangan jalan raya yang menimpa aku sebelum ni. Aku lebih berhati-hati ketika pergi dan balik kerja.

Masa aku sekolah menengah dulu aku ada impian semasa bulan Ramadan. Lama aku pendam. Aku ingin solat tarawih di 30 masjid berbeza sepanjang bulan Ramadan. Alhamdulillah dengan rezeki masa & kesihatan yang Allah berikan aku berjaya laksanakan impian tersebut pada Ramadan tahun lepas. Aku dapat peluang bersolat jemaah, beriktikaf, solat isya' dan tarawih di masjid sekitar Lembah Klang. Dari Shah Alam sampailah masjid sekitar Kuala Lumpur.












Seronok juga dapat tengok senibina dan dinding hadapan setiap masjid yang aku pergi. Senibina melayu+islam

Manusia ni memang cepat bosan dengan suasana yang sama. Jadi untuk mewujudkan rasa teruja berterusan benda camni boleh naikkan semangat nak beribadah setiap hari di bulan Ramadan. Sebab aku dapat rasa suasana dan persekitaran baru dengan imam berbeza setiap hari. Petang sebelum pulang kerja aku akan Google Maps masjid yang akan dituju pada sebelah malam dan terus ke sana selepas berbuka puasa.

Tahun ni mungkin aku tak buat lagi seperti itu. Insyaallah aku ada perkara lain yang ingin dicapai. Aku harap dapat tadabbur Quran dengan lebih baik pada tahun ni. Takde lagi terkejar-kejar nak khatam Quran seperti tahun-tahun sebelum ni. Aku cuba banyakkan baca & tadabbur Quran bersama wifey disamping boleh semak bacaan masing-masing.

Kalau dapat faham makna dan sebab turun ayat Quran tu dapat 4-5 juz Quran sepanjang Ramadan ni pun dah cukup baik. Insyaallah aku percaya setiap orang ada cara dan matlamat mereka sendiri dalam bulan mulia ini. Ustaz aku pernah cakap, apa yang kita niat dalam bulan ni insyaallah akan tercapai. Kalau niat nak kurus badan, niat nak untung berniaga makanan, niat nak makan mahupun niat nak beribadah semuanya Allah akan beri.

Selamat beribadah kepada semua!! Mari sama-sama teruja beribadah dalam bulan ni. Mungkin Allah tak bagi peluang kita hidup lagi tahun hadapan. Rebut sebaiknya. Ramadan Kareem semua:)

08 July 2013

Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim


Bangun tido pagi tadi terkejut tengok ada kek yang wife buat:) Entah bangun kul berapa dia bakar kek tu. Terharu sangat. Sebab malam tadi takde. Peralatan membuat kek pun masih penuh atas meja. Terima kasih zauj tercinta.

Terima kasih Allah atas nikmat iman, isteri yang solehah, keluarga & sahabat seperjuangan yang baik-baik, kesihatan, pekerjaan, rezeki dan banyak lagi nikmat yang tak terkira banyaknya.

Mudah-mudahan Allah rahmati nikmat umur ni dan aku dapat habiskan baki umur aku ni ke jalan Allah. Memberi kebaikan semampu aku. Aku selalu doa kat Allah mohon matikan aku ketika amalan kebaikan melebihi dosa tak kira berapa umur aku ketika itu. Perasaan sekarang sangat teruja dengan kehadiran Ramadan. Wallahua'lam.


Day 8 : Social Media Detox

Bismillahirrahmanirrahim, Ayam Kegemaran Selepas 8 hari tanpa sosial media. Aku masih kena login sosial media ofis sesekala sebab...