19 August 2013

Kematian dan peringatan.

Bismillahirrahmanirrahim,

Semalam pakcik aku meninggal dunia setelah beberapa bulan menderita kanser paru-paru. Dalam tempoh kurang dari sebulan 2 orang adik abah meninggal dunia. Sebelum ni adik abah lelaki yang bongsu juga meninggal dunia beberapa hari sebelum Eidulfitri 2013 akibat sakit. Takziah untuk seluruh ahli keluarga arwah dan semoga mereka diletakkan dikalangan orang yang beriman,amin.

Kematian sentiasa menjadi satu peringatan terbaik untuk kita yang masih hidup. Masih bernafas dan berpijak di bumi Allah dengan kesihatan yang baik. Bila melihat seorang lagi insan dipanggil Allah kembali kepadaNya rasa keinsafan bahawa apa yang kita miliki sekarang, suami, isteri, anak & harta semuanya hanya sementara. Sangat sementara. Semuanya akan kita tinggalkan. Kita hanya bawa amalan kebaikan dan dosa di bahu kita. Pasrah menanti sama ada nasib kita ke syurga atau neraka.









Tanpa sedar setiap hari fokus dan pemikiran kita menumpukan kepada bagaimana mahu hidup lebih baik. Bagaimana mahu mendapatkan gaji yang lebih banyak dari pekerjaan serta pengajian tinggi, bagaimana mahu beli rumah yang lebih besar, beli kereta impian yang lebih selesa, dapatkan hubungan insan yang kita suka, tingkatkan taraf hidup keluarga & anak-anak dan sebagainya. Pusing-pusing buat benda yang sama. Akhirnya sebahagian besar hayat kita dihabiskan mengejar kesenangan dunia.

Aku terbayang, bagaimana rasanya malam pertama kita semua di dalam kubur berseorangan 7 kaki bawah tanah. Gelap, lembab, basah, terikat dgn kain kapan, mati. Anak, isteri dan saudara mara yang bersedih dah berada di rumah. Seminggu, 3 bulan, 1 tahun, 3 tahun mungkin rasa sedih tu dah hilang & mereka hidup seperti biasa. Kita tetap berseorangan. Tiada lagi kemegahan status, jawatan tinggi dan nama yang dihormati orang untuk dibanggakan. Satu-satunya perkara yang menggembirakan kita ialah bila amalan baik kita menyelamatkan kita dari siksaan kubur sementara menunggu hari kiamat. Subhanallah.

Namun bila kita menilai dan muhasabah aktiviti harian kita, kita sering terlupa soal kematian ini. Lupa kita akan merasai mati. Kita sangka akan mati pada usia tua walhal ramai sahabat-sahabat kita yang seusia dan lebih muda ramai telah mati lebih awal. Kemalangan dan sakit bila-bila masa Allah boleh takdirkan terjadi kepada kita. Kita semua tak tahu bila masa kita. Boleh jadi esok, minggu hadapan & bulan depan. Semua rahsia Allah. Mudah-mudahan kematian insan lain menjadi peringatan terbaik untuk kita agar kembali kepada Allah. Wallahualam



13 August 2013

Cerita raya aidilfitri 2013.

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, ada kesempatan nak blog sikit cerita raya aku pada tahun ni. Tahun ni giliran raya rumah aku di Banting. Memang tak sempat nak balik ke Bagan Datoh, Perak. Sebab aku memang takde cuti langsung. Kerja sampai last day sebelum raya dan hari Isnin dah kena kerja semula:)

Balik kampungpun selepas habis kerja. Sampai-sampai rumah tu ketupat dah siap rebus. Tak dapat nak tolong menganyam macam selalu. Wifey sempatlah tolong mak masak untuk persiapan raya. Kebetulan mak buat monjongan (bertukar juadah) pada hari terakhir tersebut.

Aku ceritalah mana yang sempat melalui caption gambar dari kamera hp aku. Ada byk lagi gambar kat DSLR aku. Tapi DSLR tu tertinggal kat umah mertua pula. Lagipun ni hanya untuk memori aku akan datang je.



Sebahagian ketupat yang siap direbus. Sebenarnya lepas rebus ketupat ni mak buat juga nasi himpit:) Sebab nak monjong memang dah tinggal sikit je untuk makan hari raya.

Camnilah juadah yang sempat bagi kat jiran2 terdekat dan saudara mara. Mak masak ngan wifey, adik ipar aku ngan adik perempuan aku. Ramai gak perempuan ada tambah lagi sorang menantu,hehe. Mak bagi ketupat, sambal kacang, ayam dan sayur lode. 

Sementara tu adik aku kat luar isi minyak gas dalam pelita. Sebelum ni ada banyak pelita lagi tapi masa banjir aritu semua dah hilang. Hanyut agaknya.

Pemandangan biasa lauk pauk beberapa hari sebelum raya. Banyak dapat monjong dari orang kampung dan saudara mara.

Malam raya tu baru pasang pelita kat depan rumah.

Aku ada gambar yang lagi jelas tapi malas plak nak tukar, haha. Dah masuk PC ni baru nampak blur.

Khutbah raya. Kampung aku ni banyak projek pembangunan. Perumahan, kilang & ladang. Jadi mmg ramai bangla, Nepal, Pakistan, India selain pekerja Indonesia yang sedia ada. Diaorang semua datang solat raya pagi ni:) Hari jumaat jarang kelihatan.

Selepas solat raya diaorang bertemu sesama diaorang dan berpelukan. Budaya kita jarang berpelukan semasa bersalaman raya ni.

Puan asrar fiza masuk interframe time nak amik gambar meja raya ni, hish:)

Rumah abah ni memang sentiasa ramai tetamu. Kalau ramai datang tempat ni mmg tak cukup. Ni ada lagi satu meja kat ruang tengah yang ada kuih raya juga:) 

Selepas balik solat raya, kitorang bersalaman seperti kebiasaan dan berganbar kenangan raya. Tahun ni semua adik beradik dapat kumpul sekali, alhamdulillah. Meja kuih raya ni jadi tripod untuk ambil gambar kitorang sekeluarga:)

Tapi memandangkan kamera ni tertinggal kat rumah mertua jadinya tak dapat le teman nak upload kat sini. Ni pun shoot ngan kamera hp.

Macam biasa juga abah ajak gi lawat kubur sekejap. Supaya kitorang ingat arwah nenek, kakek, embah lanang, embah wedhok, wak dan pamannya yang terlebih dahulu meninggalkan kitorang.

Ni kat kubur arwah Paman Iyang (adik abah) yang meninggal seminggu sebelum raya. Lihatlah anak2 mereka seramai 6 orang yang ramai dan kecil lagi. Beliau meninggal akibat cancer. Muda lagi arwah.

Kebetulan pada hari tersebut ada juga orang kampung yang meninggal dunia pada hari raya pertama. Penggali kubur ni gali kubur dari pagi raya sampailah pukul 10-11 time kitorang datang melawat. 

Ni kat rumah Paman Jubek. Orang jawa ni sebenarnya ada banyak nama panggilan. Nama betulnya kadangkalaa jauh berbeza dengan nama panggilan tersebut.

Ni kat rumah boyot aku. Boyot (moyang) ni abah aku panggil embah(nenek).  Masih sihat lagi dia. Dia selalu buat dodol sorang2 bulan Ramadan. Rasa dodol tu takde sapa boleh lawan rasanya sejak aku kecil sampai besar ni. 

Bergambar ramai2 kat umah boyot. Ni rumah anak boyot:) Kenangan tak dapat dilupakan aku terpihak dulang dengan gelas ketika berdiri nak amik gambar ni. Dulang ngan gelas tu pecah. Memalukan. Rasa dah ringan masa Ramadan lepas,haha. Nasib boyot ok je. Rumah boyot ni dari pagi sampai malam sentiasa ramai orang. Seminggu setiap hari ada orang datang. 

Petang tu balik beraya aku jalan2 ngan wifey kat belakang kampung tengok lembu sambil buat photoshoot raya:) Motor pula jadi tripod.

Nni gambar amik kat kamera. Gambar betul2 belum transfer lagi.

Raya kedua kitorang sempat melawat Ustaz Abu Nasir. Beliau merupakan paman aku (adik mak). Beliau tiba-tiba rebah sebelum raya haritu dan jantungnya berhenti berdegup selama 11 minit. Jadi beliau koma sekarang.


Mohon doa sahabat-sahabat sekelian atas kesihatan paman aku ni. Ustaz Abu Nasir ni terkenal mengajar Quran di masjid-masjid sekitar daerah Kuala Langat. Dari belah Morib sampailah ke Sepang. Orang kampung asyik bertanya keadaan beliau sebab biasanya ada pengajian Quran setiap minggu. Mudah2an paman cepat sembuh,amin.

Malam raya keberapa ntah ni kat rumah wak hussin. 


Adik aku 3 orang yang terakhir. Yang paling kiri yang bongsu dan paling besar dan tinggi dalam keluarga. Dia tingkatan 6 dan 2 orang lagi universiti.

Pastu raya rumah sahabat baik aku, Halil. Dulu masa bujang rumah ni antara rumah yang awal beraya.

Abah aku memang setiap tahun raya ke-2 dah start berpuasa 6. Tapi selalu abah takde masalah beraya sana sini. Cuma kitorang makan abah takdelah. Tapi tahun ni memandangkan adik abah baru meninggal dunia dan ada sorang lagi adik abah tak berapa sihat abah rehat kat rumah. Sebab takut kalau dapat apa2 panggilan. Orang yang beraya kat rumahpun ramai. 

Kat kampung jelah boleh nampak pemandangan kanak2 beraya kat rumah:) Kalau kalau bandar mak bapaknya semua dah paranoid kot dengan kejadian culik dan bimbang keselamatan anak mereka.

Ni time beraya rumah bibik Ita(adik abah). Bagi yang kurang faham ttg adat jawa, panggilan bagi pakcik/makcik yang lagi muda dari mak ayah kita akan dimulakan dengan panggilan paman (lelaki) dan bibik (perempuan). Bagi yang lebih tua dari mak ayah kita semua panggil wak. Tak kisah lelaki ke perempuan:) Sebab tu orang jawa gelak je kalau maid indonesia tu dipanggil bibik walaupun dia sudah tua dan tuan rumah lagi muda dari dia. Macam tak kena. Tapi takpelah, dah jadi budaya melayu:) 

Ni raya rumah Wan Ran. Kalau adat jawa juga, sepatutnya yang muda kena datang melawat yang lebih tua dulu sebagai tanda hormat. Pastu baru yang tua melawat muda. Logiklah juga. Sebab kurang sopan abang sulung pergi rumah adik bongsu beraya dulu. Sepatutnya yang muda melawat yang tua dulu. 

Ni anak buah aku yang hyper aktif. Semua benda dia nak panjat dan lari ke sana kemari:) Biasalah usia begini memang perkembangannya sangat aktif.

Antara sepupu-sepupu aku belah mak yang datang beraya rumah. Diaorang ni semua geng aku kecik2 main parit, kejar-kejar dan gaduh kalau gi umah embah dulu. Sekarang hampir semua dah kahwin.

Group foto beramai2. Nampak macam tak ramai budak2 tapi sebenarnya diaorang biarkan je diaorang lari2 sekeliling rumah aku ni. Diaorang berborak2 sebab bukan selalu boleh jumpa camni beramai2:)




Untuk akhirnya, mudah-mudahan amalan kita pada bulan Ramadan lepas diterima Allah dan dipertemukan pada Ramadan akan datang. Ramai antara kita yang mempunyai saudara mara, rakan-rakan yang telah meninggalakan kita. Mudah-mudahan ia menjadi peringatan terbaik untuk kita sendiri.

Mohon maaf zahir dan batin atas salah silap. Jumpa lagi next entry.




Day 8 : Social Media Detox

Bismillahirrahmanirrahim, Ayam Kegemaran Selepas 8 hari tanpa sosial media. Aku masih kena login sosial media ofis sesekala sebab...