23 September 2013

Percutian ke Pulau Pangkor

Bismillahirrahmanirrahim

Minggu lepas masa hari cuti hari Malaysia, pejabat aku ada buat retreat untuk tahun ni. Tujuan utama sebenarnya nak buat perancangan Pejabat ICT untuk tahun 2014. Tapi bos cakap kita buat kat ofis awal pastu datang kat sini untuk bergumbira sahaja:)

Jujurnya ni kali pertama aku ke Pulau Pangkor. Padahal dekat je ngan kampung wifey kat Bagan Datoh tu. Sebenarnya Pejabat ICT aku ni bukanlah ramai sangat orang. Tak sampai 20 orangpun. Tapi sebab dibenarkan bawa family maka jumlah kitorang dalam 30 orang.

Kitorang naik feri dari Jeti Marina. Bukan dari Lumut seperti biasa. Jadi jarak perjalanan lebih singkat dalam 15 minit je.  Masa kitorang sampai ramai gila orang otw balik dari Pulau Pangkor. Sebab cuti panjang 3 hari. Memang seronoklah sebab Pulau dah kosong.

Kitorang menginap di Anjungan Beach Resort & Spa yang terletak kat Telok Nipah.  Tempat ni diusahakan oleh seorang bekas tentera laut. Tapi aku difahamkan beliau telah meninggal dunia dan anak saudaranya yang uruskan tempat bernilai RM1.4 juta ni. Tempat ni cantik, selesa, makan sedap gila, tenang dan laut terletak betul2 depan resort ni. Sapa yang tak nak makan kat sini boleh makan kat deretan kedai makan depan resort ni juga. 

Petang tu kitorang dibawa round pusing pulau. Perlukan 3 van sewa untuk muat kitorang semua. Salah satu tempat lawatannya ialah di Kilang Satay ni. Belah belakang tu boleh lihat mereka memproses dan menjemur hasil laut untuk dijadikan makanan. Kemudian ada kedai yang jual hasil laut tersebut. Tapi sebenarnya harga kat sini lebih mahal daripada kat Lumut. 

Lepas tu kitorang tengok tempat bersejarah dan tokong cina. Akupun tak tahu apa tujuannya dia bagi lawat tokong cina tu. Tapi ada member bagitau, tokong ni tempat kongsi gelap di Malaysia meterai perjanjian. Ada yang datang dari Singapore, Penang, Johor semata-mata untuk buat janji taat kat sini. 

Sebenarnya ada lagi aktiviti lain seperti sukaneka dan aktiviti laut yang dijalankan. Snorkling dan sukan lautpun buat. Tapi aku tak bawa hp masa tu. Cuma bagi yang ingin main sukan laut tu kena sedia kos lebih sikitlah sebab harganya agak mahal. RM50 untuk 3 game laut. Tapi bagi yang tak pernah rasa pengalaman tu memang berbaloi nak cuba.

Sunset kat sini memang lawa sebenarnya. Aku dapat rasa 2 kali maghrib dan sempat lepak kat tepi pantai menikmati pemandangan yang lawa ni. Rugi tak bawak DSLR nak buat stock photo. 


Sepanjang 3 hari kat sana memang seronok habiskan masa dengan kawan-kawan ofis ni. Walaupun setiap hari jumpa kat ofis tapi jarang sekali dapat borak2 sampai lewat malam dalam pool,hehe. Aku tak terkira berapa banyak kali mandi kolam sebenarnya. Pagi, petang, malam tiap2 hari selama 3 hari:)

Akhirnya, bagi aku percutian kali ni satu pengalaman baru yang menarik. Aku tak pasti kalau kita pergi ketika ramai sangat orang di pulau seronok ke tak tapi masa orang takde ni memang agak tenang. Aktiviti pelancongan memang jadi sumber pendapatan utama bagi penduduk pulau selain jadi nelayan. Belah malam mmg banyak kedai2 buka. Kalau pergi sini, sewa je motorsikal dan boleh pusing satu pulau dengan mudah. Kalau naik kereta ada tempat yang sukar parking dan sempit.

Insyaallah kalau ada rezeki boleh pergi lagi di lain masa. Tempat ni dekat je jadi takdelah bazir banyak masa dalam perjalanan. Orait, jumpa lagi entry akan datang:)

Wallahua'lam.


11 September 2013

Taktik manipulasi ayat oleh Apple

Bismillahirrahmanirrahim.

Malam tadi Apple umumkan pelancaran model iPhone barunya 5s & 5c. Ramai juga orang hampa sebab mereka jangka iPhone akan membuat model yang lebih murah pada model iPhone 5c. Tetapi harganya tetap premium seperti biasa.



Aku tak kisah tentang orang yang nak beli. Walaupun ramai juga antara mereka komplen harga barang naik dan tak cukup duit untuk keperluan keluarga. Itu hak mereka. Cuma aku dari dulu tertarik dengan ayat2 marketing Apple. Sesuatu yang jadikan mereka berbeza & berjaya position brand mereka sebagai barang premium dalam pasaran untuk tempoh yang lama. 

Antara ayat2 selalu Apple pakai dalam marketing untuk manipulasi dgn bijak pengguna :
  • "We have gone back to the drawing board & completely redesigned it from scratch" - Padahal semua rekabentuk memang sama dengan produk sblm tu.
  • "All apps has been re-engineered. This is only for our valuable customers." - Sapa yang percaya?
  • "Made from hard-coat Polycarbonate" - Atau kata lainnya plastik.
  • "We made the buttons on the screen look so good you'll want to lick them." - Buat orang tak sabar nak memilikinya.
  • "This product is simply the coolest phone ever." - self claim.
  • "This is the fastest iPhone ever built." - Compare dengan model tahun lepas?
  • "You'll get a whole new level of experience with this features." - Walau model pesaing dah gunakan agak lama.
Apapun, penggunaan ayat yang tepat dalam menjual produk juga memainkan peranan penting. Bila ia diletakkan di minda-separa-sedar kita, ia akan jadi satu brand yang terlintas difikiran bila terfikirkan produk komunikasi premium. Tahniah Apple untuk itu.

Sebab tu kalau tgk billboard besar kat highway, jenama2 besar biasanya mereka tak letak iklan serabut2. Kadangkala diaorang letak billboard yang bayar sewa ratusan ribu setahun tu dengan satu ayat je 'TOYOTA', 'SAMSUNG', 'HONDA' dll. Dalam bacaan aku, ada kajian tunjukkan ia beri kesan lebih mendalam berbanding letak gambar produk dan perkataan panjang2.

Kita takkan sedar bila lalu setiap hari tengok billboard tu. Tapi bila berada di pasaraya nak beli barang berkaitan, tanpa sedar jenama2 tu menjadi produk pertama yang terlintas dalam fikiran kita. Kita akan rasa ia adalah produk berkualiti. Ia ditanam dalam minda separa sedar kita tanpa kita menyedarinya.

Mungkin kita boleh ambil sesuatu daripada perkara ini. Selamat berjaya dan untung banyak kepada semua peniaga. Semoga lebih dekat dengan Allah insyaallah dengan rezeki yang diberi.

Wallahua'lam.


03 September 2013

Harga Minyak : Rakyat vs Kerajaan

Bismillahirrahmanirrahim,

Harga minyak RON95 naik malam tadi. Dah lama minyak tak naik harga. Reaksi orang ramai rata-ratanya memang agak marah. Namun setelah melalui beberapa siri kenaikan dan penuruhan harga minyak sejak 10 tahun lepas perkara ini bukanlah satu perkara yang baru dan luar biasa. Rasanya kerajaanpun dah jangka perkara itu.

Aku cuba berada dalam kedua-dua belah pihak dalam situasi ini. Ini hanya pendapat aku semata-mata.

PIHAK RAKYAT

  1. Kenaikan RM0.20 harga minyak RON95 memang kelihatan sedikit, tetapi ia memberikan rantaian kenaikan harga barang keperluan asas yang lain. Ia termasuk kenaikan harga makanan dan di kedai makan dengan alasan peningkatan kos logistik dan sebagainya. 
  2. Walau kerajaan berjanji memastikan ia tidak berlaku namun ia sesuatu yang di luar kawalan mereka. Peniaga tiada pilihan lain kerana kos operasi mereka meningkat dan keuntungan mereka juga semakin menurun jika tidak meningkatkan harga barang jualan.
  3. Jumlah perbelanjaan isi rumah setiap keluarga sudah tentu meningkat. Dari segi kenaikan perbelanjaan untuk petrol, makanan & minuman setiap bulan mungkin rakyat terpaksa menambah lagi 10%-15% dari perbelanjaan sedia ada. Ia sangat membebankan bagi yang mempunyai baki gaji cukup2 pada akhir bulan sekarang.
  4. Gaji yang diterima tidak naik selaras dengan kenaikan harga barangan tersebut. Kenaikan gaji yang diterima secara tahunan juga sedikit berbanding kenaikan harga barang yang berlaku sepanjang tahun. Apatah lagi dengan bonus yang sedikit. 
  5. Rakyat yang miskin akan lebih miskin dan lebih terasa kerana pendapatan mereka yang terhad tidak mampu menampung perbelanjaan sedia ada.
  6. Rakyat lebih marah kerana kerajaan kerap membazirkan wang negara kepada perkara tidak perlu. Pembaziran dan ketirisan perbelanjaan oleh pak menteri, kroni dan projek tajaan kerajaan dilihat perlu dihentikan sebelum kerajaan bercakap soal perbelanjaan negara, penjimatan dan subsidi.

PIHAK KERAJAAN

  1. Berdasarkan KDNK setiap tahun, minyak (hasil cukai) dari Petronas menyumbang lebih 50% pendapatan negara. Ia sumber utama pendapatan negara selain daripada cukai. Pembangunan negara bergantung kepada minyak yang tiada dikebanyakan negara jiran. Kerajaan perlu guna peluang ini untuk maksimumkan keuntungan hasil dari minyak untuk pembangunkan negara. 
  2. Harga minyak di negara kita lebih rendah kerana negara kita salah satu pengeluar minyak. Namun jika menjual kepada pihak luar hasil yang diperolehi lebih tinggi dan dapat disalurkan kepada pembangunan lain seperti pembinaan infrastuktur, perubatan, pendidikan dll. Ia secara tidak langsung membantu mengurangkan kos pendididikan asas kepada rakyat, beri perubatan percuma, beri subsidi makanan dsb. 
  3. Hakikatnya negara kita memang bergantung kepada hasil minyak untuk pembangunan negara. Ia tidak dapat dinafikan. Cukai tahunan tidak mampu menampung perbelanjaan negara yang tinggi. Boleh lihat dalam bajet tahunan kita setiap tahun.
  4. Kerajaan juga berpendapat harga minyak di negara kita masih terkawal berbanding semua negara jiran yang menggunakan harga pasaran (floating) dunia yang ketika ini. Ia memang meningkat. Sapa yang kata tak meningkat mungkin tak tengok CNN, BBC dsb. Ia akan terus meningkat kalau berlaku Perang di Syiria.
  5. Ketika harga minyak berada pada harga RM3.80-RM5.10 sekarang di negara jiran, kita menikmati petrol pada harga RM2.10. Jumlah perbezaan tersebut sebenarnya harga yang dibayar kerajaan untuk kehilangan pendapatan jika menjualnya di pasaran luar. Kerajaan gelarkan ia subsidi.
  6. Dengan rezab minyak yang semakin berkurangan, kerajaan berpendapat untuk kekalkan sustainability dan survival negara jangka panjang mereka terpaksa mengurangkan subsidi yang diberi supaya kehilangan pendapatan negara tersebut dikurangkan. Hasilnya dapat dinikmati dan dipulangkan kepada rakyat melalui kemudahan-kemudahan yang diterima rakyat. Berikan subsidi berterusan tidak membantu produktiviti negara.

Sebenarnya, jika kerajaan sedia ada ni kelihatan adil dan lebih telus kemarahan rakyat ini mungkin berkurangan. Bila bercakap soal penjimatan kepada rakyat, kerajaan sendiri perlu melakukan usaha menyekat pembaziran dalam perbelanjaan mereka setiap tahun. Siapa tidak marah melihat pemimpin berbelanja besar, berjalan dengan megah dan menjalani gaya hidup mewah sedangkan rakyat tertekan.

Aku percaya jika pihak lagi satu menjadi kerajaan, harga minyak ini tetap akan naik pada satu tahap. Kerajaan yang bertanggungjawab bukan sekadar popular di mata rakyat tetapi mereka perlu memastikan negara mempunyai pendapatan yang cukup untuk membangunkan negara, membayar gaji & menyediakan tanggungjawab kerajaan kepada 28 juta rakyat negara Malaysia.

Akhirnya aku percaya, kita semua mampu harungi ujian ini sekali lagi. Dulu ketika harga minyak RM2.70 kita rasa memang tak mampu hadapinya tetapi selepas beberapa bulan kita dah tak terasa sebab kita telah buat penyesuaian. Begitu juga kali ini, insyaallah.



Wallahua'lam.


Day 8 : Social Media Detox

Bismillahirrahmanirrahim, Ayam Kegemaran Selepas 8 hari tanpa sosial media. Aku masih kena login sosial media ofis sesekala sebab...