03 September 2013

Harga Minyak : Rakyat vs Kerajaan

Bismillahirrahmanirrahim,

Harga minyak RON95 naik malam tadi. Dah lama minyak tak naik harga. Reaksi orang ramai rata-ratanya memang agak marah. Namun setelah melalui beberapa siri kenaikan dan penuruhan harga minyak sejak 10 tahun lepas perkara ini bukanlah satu perkara yang baru dan luar biasa. Rasanya kerajaanpun dah jangka perkara itu.

Aku cuba berada dalam kedua-dua belah pihak dalam situasi ini. Ini hanya pendapat aku semata-mata.

PIHAK RAKYAT

  1. Kenaikan RM0.20 harga minyak RON95 memang kelihatan sedikit, tetapi ia memberikan rantaian kenaikan harga barang keperluan asas yang lain. Ia termasuk kenaikan harga makanan dan di kedai makan dengan alasan peningkatan kos logistik dan sebagainya. 
  2. Walau kerajaan berjanji memastikan ia tidak berlaku namun ia sesuatu yang di luar kawalan mereka. Peniaga tiada pilihan lain kerana kos operasi mereka meningkat dan keuntungan mereka juga semakin menurun jika tidak meningkatkan harga barang jualan.
  3. Jumlah perbelanjaan isi rumah setiap keluarga sudah tentu meningkat. Dari segi kenaikan perbelanjaan untuk petrol, makanan & minuman setiap bulan mungkin rakyat terpaksa menambah lagi 10%-15% dari perbelanjaan sedia ada. Ia sangat membebankan bagi yang mempunyai baki gaji cukup2 pada akhir bulan sekarang.
  4. Gaji yang diterima tidak naik selaras dengan kenaikan harga barangan tersebut. Kenaikan gaji yang diterima secara tahunan juga sedikit berbanding kenaikan harga barang yang berlaku sepanjang tahun. Apatah lagi dengan bonus yang sedikit. 
  5. Rakyat yang miskin akan lebih miskin dan lebih terasa kerana pendapatan mereka yang terhad tidak mampu menampung perbelanjaan sedia ada.
  6. Rakyat lebih marah kerana kerajaan kerap membazirkan wang negara kepada perkara tidak perlu. Pembaziran dan ketirisan perbelanjaan oleh pak menteri, kroni dan projek tajaan kerajaan dilihat perlu dihentikan sebelum kerajaan bercakap soal perbelanjaan negara, penjimatan dan subsidi.

PIHAK KERAJAAN

  1. Berdasarkan KDNK setiap tahun, minyak (hasil cukai) dari Petronas menyumbang lebih 50% pendapatan negara. Ia sumber utama pendapatan negara selain daripada cukai. Pembangunan negara bergantung kepada minyak yang tiada dikebanyakan negara jiran. Kerajaan perlu guna peluang ini untuk maksimumkan keuntungan hasil dari minyak untuk pembangunkan negara. 
  2. Harga minyak di negara kita lebih rendah kerana negara kita salah satu pengeluar minyak. Namun jika menjual kepada pihak luar hasil yang diperolehi lebih tinggi dan dapat disalurkan kepada pembangunan lain seperti pembinaan infrastuktur, perubatan, pendidikan dll. Ia secara tidak langsung membantu mengurangkan kos pendididikan asas kepada rakyat, beri perubatan percuma, beri subsidi makanan dsb. 
  3. Hakikatnya negara kita memang bergantung kepada hasil minyak untuk pembangunan negara. Ia tidak dapat dinafikan. Cukai tahunan tidak mampu menampung perbelanjaan negara yang tinggi. Boleh lihat dalam bajet tahunan kita setiap tahun.
  4. Kerajaan juga berpendapat harga minyak di negara kita masih terkawal berbanding semua negara jiran yang menggunakan harga pasaran (floating) dunia yang ketika ini. Ia memang meningkat. Sapa yang kata tak meningkat mungkin tak tengok CNN, BBC dsb. Ia akan terus meningkat kalau berlaku Perang di Syiria.
  5. Ketika harga minyak berada pada harga RM3.80-RM5.10 sekarang di negara jiran, kita menikmati petrol pada harga RM2.10. Jumlah perbezaan tersebut sebenarnya harga yang dibayar kerajaan untuk kehilangan pendapatan jika menjualnya di pasaran luar. Kerajaan gelarkan ia subsidi.
  6. Dengan rezab minyak yang semakin berkurangan, kerajaan berpendapat untuk kekalkan sustainability dan survival negara jangka panjang mereka terpaksa mengurangkan subsidi yang diberi supaya kehilangan pendapatan negara tersebut dikurangkan. Hasilnya dapat dinikmati dan dipulangkan kepada rakyat melalui kemudahan-kemudahan yang diterima rakyat. Berikan subsidi berterusan tidak membantu produktiviti negara.

Sebenarnya, jika kerajaan sedia ada ni kelihatan adil dan lebih telus kemarahan rakyat ini mungkin berkurangan. Bila bercakap soal penjimatan kepada rakyat, kerajaan sendiri perlu melakukan usaha menyekat pembaziran dalam perbelanjaan mereka setiap tahun. Siapa tidak marah melihat pemimpin berbelanja besar, berjalan dengan megah dan menjalani gaya hidup mewah sedangkan rakyat tertekan.

Aku percaya jika pihak lagi satu menjadi kerajaan, harga minyak ini tetap akan naik pada satu tahap. Kerajaan yang bertanggungjawab bukan sekadar popular di mata rakyat tetapi mereka perlu memastikan negara mempunyai pendapatan yang cukup untuk membangunkan negara, membayar gaji & menyediakan tanggungjawab kerajaan kepada 28 juta rakyat negara Malaysia.

Akhirnya aku percaya, kita semua mampu harungi ujian ini sekali lagi. Dulu ketika harga minyak RM2.70 kita rasa memang tak mampu hadapinya tetapi selepas beberapa bulan kita dah tak terasa sebab kita telah buat penyesuaian. Begitu juga kali ini, insyaallah.



Wallahua'lam.


5 comments:

kerul shukor said...

Bila bercakap soal penjimatan kepada rakyat, kerajaan sendiri perlu melakukan usaha menyekat pembaziran dalam perbelanjaan mereka setiap tahun. <--- stuju.aku sokong..:) aikk, dah ada blogspot eh..

Acaii Jawe said...

Kerul Shukor - Salam Kerul, ni blog personal akulah. Dah lama gila ada cuma aku kekadang malas nak update,haha:) Betul tu kerul. Alhamdulillah kita ada pekerjaan sampingan yang boleh bantu serba sedikit perbelanjaan kita setiap bulan:)

mk9m said...

Hasil tulisan yg membina.

mk9m said...

Hasil tulisan yg membina.

Acaii Jawe said...

mk0m - Jazakallahukhair kathir.

Day 8 : Social Media Detox

Bismillahirrahmanirrahim, Ayam Kegemaran Selepas 8 hari tanpa sosial media. Aku masih kena login sosial media ofis sesekala sebab...