22 October 2013

Random Oktober

Bismillahirrahmanirrahim.



  1. Alhamdulillah, dah berlalu hari raya korban (eiduladha). Semoga pahala orang yang buat korban diterima Allah. Aku doakan semua semua jemaah haji yang menunaikan haji pada tahun ni semuanya mendapat haji mabrur,amin. 
  2. Sebab kita memerlukan lebih ramai muslim yang berkualiti & berfikiran ketuhanan dalam dunia. Waima dia seorang doktor, jurutera, ahli politik, guru, tukang sapu sampah, pak guard dan sebagainya itu tidak penting. Kita hanya menjalankan takdir hidup kita dengan jalan berbeza. Akhirnya kita semua balik ke tempat yang sama.
  3. Aku tertarik dengan ceramah Ustaz Zaharuddin di ofis aku last week tentang sikap kita yang semakin tidak normal. Suka menunjuk-nunjuk rezeki yang Allah beri untuk mendapat pujian dan penghargaan manusia lain. Pakaian, rumah, anak, kerja, kereta dan sebagainya. Tanpa sedar ia menjadi pengukur status seseorang dan kitapun menilai orang begitu. Nauzubillah. Al Quran dah sebut semua itu merupakan 'fitnah' dan ujian kepada semua kita. Bila kita terbuai dengan semua nikmat Allah tersebut, maka kita dah semakin jauh dari agama.
  4. Tadi dengar berita negara Brunei insyaallah akan melaksanakan undang2 syariah Islam bermula 2014. Ia termasuk hukuman hudud. Mudah-mudahan ia menjadi pilot projek di nusantara. Kita boleh belajar bagaimana mereka gubal undang2 hudud, proses pertuduhan, penghakiman dan perlaksaan hukuman dari mereka. Sebagai muslim, kita kena bercita-cita ke arah itu. Wajib.
  5. Semakin menghampiri akhir tahun banyak kursus, bengkel dan seminar yang aku kena hadiri. Tugasan ofis juga banyak dan job wedding setiap hujung minggu. Kasihan photoblog aku yang lama tak berupdate. Insyaallah kalau datang semangat tu aku update satu persatu:) 
  6. Esok aku cuti sebab kena pergi mahkamah. Mudah-mudahan semua berjalan lancar. Ada masa aku cerita pasal ni insyaallah.
  7. Tak tahu nak tulis apa dah. Illalliqa'.
Wassalam



11 October 2013

Nostalgia tv hitam putih

Bismillahirrahmanirrahim.

Malam tadi aku mimpi agak pelik. Mimpi zaman dulu semasa aku kecil pergi tengok TV kat rumah orang. Tiba-tiba teringat zaman aku membesar dulu ketika elektrik belum lagi masuk ke kampung aku.

Sepanjang zaman kanak-kanak aku hingga sekolah rendah tidak pernah ada peralatan elektrik seperti peti sejuk, peralatan elektrik, lampu putih dan sebagainya. Cuma ada pelita, lampu gasolin, dapur minyak dan seterika arang.

Ketika itu televisyen dan radio semua menggunakan kuasa bateri sahaja. Kalau TV kena menggunakan bateri kereta yang perlu dicas seminggu sekali. Masa tu bukan semua rumah ada TV sebab harga TV 11 inci ketika tu sangat mahal lebih RM1000. Bukan semua orang mampu ketika purata gaji orang kampung masa tu RM300 sebulan.


Lebih kurang camni rupa TV aku dulu

Sebelum zaman abah ada TV dan duduk Kampung Labohan Dagang, Banting sesiapa yang ingin melihat TV datang kat rumah orang yang kaya lepas solat maghrib. TV nya akan diletakkan di luar rumah dan ramai datang bersidai tengok cerita P.Ramlee bergelak tawa beramai-ramai macam kat panggung wayang. Ada sesetengah orang kampung kenakan bayaran RM0.10 untuk setiap orang yang datang.

TV berwarna semakin meluas pada awal tahun 1980an. Masa tu semua takjub sebab pertama kali dalam hidup tengok TV yang mempunyai warna. Sebelum ni semuanya hitam putih je. TV warna masa tu mahal hampir sekali ganda dari TV hitam putih. Aku mula tengok TV berwarna pada akhir tahun 1980an. Masa tu aku takjub camne orang dalam TV boleh ada warna.

Lesen TV

Siapa yang masih ingat lagi dahulu siapa yang mempunyai TV memang kena ada lesen televisyen. Lesen TV tersebut berharga RM24 setahun. Sebab masa tu kerajaan nak cover kos stesen TV walaupun masa tu cuma ada TV1,TV2 dan TV3 sahaja. Sekarang kos tersebut telah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan dari iklan-iklan kormisal. 

Contoh lesen TV. Sumber dari blog Kak Kujie.

Ingat lagi segerombolan pegawai kerajaan yang masuk ke kampung datang memeriksa lesen TV di setiap rumah yang mempunyai TV. Kalau sesiapa yang tidak memiliki lesen memang kena denda RM60 tak silap. Siapa yang tiada lesen biasanya mereka akan sorokkan TV kat ceruk rumah. Bagi suri rumah yang tak kuat angkat TV, mereka bagi alasan TV tersebut rosak. Tapi biasanya pegawai tu akan periksa sama ada tv tersebut rosak atau sebaliknya, hehe.

Tapi lesen TV ni kali terakhir diguna pada tahun 1999 je. Masa Bajet Tahunan tahun 2000, kerajaan hapuskan sepenuhnya lesen TV tersebut.

Satu perkara yang paling aku tak boleh lupa kalau hujung minggu tengok kartun kegemaran tiba-tiba gambar jadi gelap, maksudnya bateri tersebut dah abis. Kena tunggu abah balik kebun untuk cas semua bateri kat kampung sebelah. Pastu kena tunggu giliran dengan orang lain yang cas bateri sama. Dalam sejam juga kena tunggu siap cas.

Satu kelebihan TV lama ialah kalau nak ubah channel kena bangun dan putar sendiri. Satu senaman:)  Tapi aku selalu baring time tengok TV dan tukar pakai jari kaki je. Hebat tak hebat boleh tukar channel yang pusing tu guna kaki. Zaman sekarang kalau hilang remote ramai tak tahu nak tukar channel TV. Cuba guna HDTV, Smart LED TV yang flat screen tu. Ada yang button manual volume dan channel tu di letak kat belakang TV.  Punyalah nak cakap takde orang pakai manual lagi.

Nostalgia tv hitam putih menggunakan kuasa bateri kereta ni memang takkan dilupakan sampai bila-bila. 



Day 8 : Social Media Detox

Bismillahirrahmanirrahim, Ayam Kegemaran Selepas 8 hari tanpa sosial media. Aku masih kena login sosial media ofis sesekala sebab...