17 February 2014

Cara-cara memohon rayuan menunaikan haji

Bismillahirrahmanirrahim,

Baru-baru ni aku berborak dengan seorang individu yang telah 3 kali menunaikan haji DAN dapat pergi sekali lagi untuk kali ke-4 pada tahun ini 2014 menggunakan Muassasah. Walaupun ada rasa geram dan rasa tidak patut tetapi bukan itu yang aku nak cerita.

Aku nak cerita dia merayu dan menghantar surat kepada Tabung Haji, menteri, YB ADUN, YB Parlimen kawasan beliau dan beberapa tempat lain untuk mendapatkan tempat haji tersebut.

Bagi orang berpelajaran ia sesuatu yang mudah tetapi bagi orang kampung yang menunggu giliran kadangkala sampai meninggal dunia tanpa menunaikan haji. Lebih menyedihkan bila kali terakhir memakai ihram hanya pada kursus haji beberapa tahun lepas.

Beberapa tahun lepas aku sendiri telah telefon dan tanya pegawai di Tabung Haji tentang cara membuat rayuan. Jadi aku memang menghantar surat rayuan menggunakan saluran yang dibenarkan Tabung Haji setiap tahun.

Berikut cara yang betul nak buat rayuan tabung haji :



Kalau tengok kat jawapan daripada Facebook Rasmi Tabung Haji (tarikh 27 Januari 2014) tersebut, ditunjukkan cara-cara untuk membuat rayuan dengan betul. 

Perlu diingat, Tabung Haji akan utamakan mereka yang berusia lebih daripada 70 tahun dan sakit terlebih dahulu dalam proses rayuan tersebut. Tetapi sesiapa sahaja boleh membuat rayuan dan jika diizinkan Allah sesiapa sahaja boleh dijemput menunaikan haji insyaallah.

Aku mohon kepada sesiapa yang mempunyai ibu bapa yang telah lanjut usia atau untuk diri sendiri, sila mohon menggunakan kaedah tersebut. Ia meningkatkan peluang ibu bapa kalian untuk tunaikan kewajipan tersebut daripada menunggu tanpa berbuat apa-apa.

Kos tunaikan haji untuk 2-3 tahun lepas masih sama iaitu RM9980 bagi muassasah kali pertama. Bagi kali kedua dan seterusnya tiada subsidi kerajaan dan perlu bayar kos penuh RM15K++. Untuk  menunaikan haji menggunakan pakej sekarang adalah normal jika kosnya RM25K-35K sekarang.

Sapa nak tahu pakej yang ditawarkan Tabung Haji Travel untuk menunaikan Haji boleh tengok ni :



Bukan semua orang mampu memiliki sumber kewangan sebegini untuk menunaikan haji. Kalau tunaikan haji pakej lebih RM100K tersebut mungkin tak perlu tunggu giliran. 

Tapi sebenarnya sesiapa yang mempunyai kewangan lebih daripada RM40k sekarang dah boleh mohon pakej 'kuota menteri' yang confirm boleh pergi haji pada tahun tersebut. Boleh daftar melalui syarikat travel Haji yang ada menyediakan perkhidmatan tersebut. Mereka yang akan membantu membuat rayuan haji dan meletakkan kita dalam senarai mengerjakan haji pada tahun semasa.

Haji adalah rukun Islam bagi muslim yang berkemampuan. Bagi aku, kita kena berusaha untuk ke sana sekiranya telah mempunyai kemampuan dari sudut kewangan. Dikhuatiri jika kita mati tanpa niat ke sana dan kewangan kita stabil Allah persoalkan pula kelak. Nauzubillah.

Semoga Allah menjemput kita semua menunaikan haji sebelum usia kita berakhir, amiin.


Wallahua'lam.




Repair Aircond

Bismillahirrahmanirrahim, Weekend lepas aku pergi betulkan kereta wife yang dah seminggu takde aircond. Dia terlibat dalam kemalangan...