09 May 2014

Beli Nombor Plat Kenderaan JPJ

Bismillahirrahmanirrahim



Minggu ni aku dapat ilham nak beli nombor plat kenderaan walaupun tak ada kenderaan apa nak dibeli lagi. Tiba-tiba pagi tadi aku dah beli nombor kat JPJ, Padang Jawa Klang. Ajaib.

Sebenarnya aku lebih berkenan dengan nombor pendaftaran KL yang bermula dari 'W' tapi sejak ada abjad belakang tu aku dah tidak minat. Penuh nampak kat papan plat kenderaan. Contoh WA1234A. Punyalah panjang. Pilihan terbaik aku pilih nombor pendaftaran Selangor.

Kalau korang teringin nak beli nombor plat pilihan yang ada makna dan ada sentimental value kepada korang, aku berikan sedikit panduan. Mudah-mudahan boleh sedia lebih awal.

Artikel ini sesuai dan valid untuk permohonan pada tahun 2014. Mungkin pada masa hadapan prosedur ini akan berubah (aku akan update kalau ada berlaku perubahan)

Sebelum itu, korang juga boleh menggunakan ejen yang cas RM200-RM500 untuk pilihkan nombor korang. Ia menjimatkan masa. Diaorangpun cari makan dengan cara itu. Ada yang complaint mahal, tak adil dan sebagainya tapi jujurnya aku tiada masalah. Kalau tak kisah nak pakai nombor apa masa beli kenderaan, jurujual akan uruskan semuanya by default.


Ada 3 kaedah korang nak memilih nombor plat pilihan kita sendiri.

1. Melalui Tender
2. Beratur kat kaunter tunggu running number
3. Jumpa Pengarah JPJ (Kelulusan Khas)


Aku terangkan satu persatu secara ringkas.


1. Melalui Tender.

Contoh membeli nombor plat melalui tender

- Melalui tender ni biasanya kalau korang nak bid nombor yang bakal keluar untuk dipadankan dengan abjad. Contoh sekarang (9 Mei 2014) abjad kat Selangor BMQ. Tapi tender untuk nombor cantik pada abjad BMS dah ditutup pada 8 Mei 2014 (semalam). Plat BMR pun tak keluar lagi.

- Jadi kena alert pengumuman di PORTAL JPJ bila tarikh buka dan tutup tender nombor ni. Korang boleh pilih nombor negeri lain dan hantar kat mana-mana cawangan JPJ tapi kena pastikan sampul surat tu sampai ke sana sebelum tarikh tutup.

- Jadi kalau masuk tender nombor ni, korang bolehlah pilih plat seperti BMS8, BMS9, BMS888, BMS1 dll mengikut kemampuan. Siapa bida paling tinggi akan menang.

- Sudah tentu ada prosedur. Setiap nombor cantik, ada harga minimum bid. Kena bayar separuh guna wang pos sebagai deposit. Kalau tak berjaya tender, duit deposit akan dipulangkan (dengan pos), isi borang M.V.10, bayar yuran pendaftaran (RM10) dan masukkan sampul dalam peti tender. Pastu tunggu dan berdoa korang menang.

- Tunggu 2 minggu - 1 bulan, keputusan tender yang berjaya atau tidak akan keluar dan diberitahu.

- Untuk maklumat lanjut tentang kaedah ini boleh login kat sini : PERMOHONAN TENDER NOMBOR PLAT KERETA.

- Biasanya orang yang tender ni, dia akan bersedia nombor plat yang dia suka. Baru beli kenderaan. Mereka lebih bersedia berbanding dapat ilham macam aku ni. Contoh diaorang tunggu nombor cantik seperti BMX, BMW, WWW, WVW dll. Kalau keluar nombor cantik ni beraturnya pun lebih panjang di JPJ.



2. Beratur Tunggu Running Number


Running number kat kaunter. Gambar Ehsan Google

- Ini kaedah biasa yang digunakan oleh runner atau orang yang berminat nak beli nombor plat kenderaan dengan harga biasa iaitu RM210.

- Sebelum pergi korang kenalah check berapa nombor kenderaan sekarang : CHECK NOMBOR PLAT TERKINI SELURUH NEGARA

- Kalau korang nak pilih nombor BMQ 1991 kenalah datang bila nombor tu belum keluar. Kalau running number tu dah BMQ 8000, korang menangis camna pun takkan dapat nombor 1991 tu sebab orang lain dah register.

- Jadi kenalah tunggu next abjad keluar. Mungkin bulan depan. Jadi benda ni kena perancangan rapi. Rancang untuk dapat nombor pendaftaran kenderaan, tempoh kelulusan loan, tempoh masa kenderaan ready dsb.

- Kalau korang nak beli kenderaan tahun depan tak payahlah beli sekarang konon nak nombor cantik. 3 bulan tak register kenderaan nombor tu terbatal.

- Kaedah ni kena isi borang M.V.10A (amik kat kaunter atau download kat portal JPJ) dan bawa IC je. Kalau bertuah dapat nombor yang kita nak dengan harga RM210 sahaja.

- Kalau running number tu contoh BMQ 2000-4000 korang bolehlah dapat dengan harga RM210. Kalau korang nak mintak nombor BMQ 9999 (out range) maka kena tambah lagi RM100.

- Ataupun korang main 'guessing game' dengan petugas kaunter tu kalau nak nombor lama. Dia takkan bagitau nombor yang available. Korang cakaplah nombor apapun. Kalau ada, dia bagi. Kena ingat belakang korang ada ramai menunggu dengan jelingan tajam.

- Ringkasnya : Amik nombor giliran -- Bila dipanggil -- Bagitau nombor yang kita nak -- Dia check sama ada nombor tersebut masih ada lagi (sediakanlah 10 nombor, jangan baru nak fikir) -- Kalau available bayar RM210 -- Nombor tu jadi milik kita -- Bayar kat kaunter bayaran -- Dia bagi resit --Bagi kat salesman kereta/motor. End.


3. Jumpa Pengarah (Kelulusan Khas)

- Sebab namanya kelulusan khas sudah tentu ia berbeza. Kena juga isi borang M.V.10B (ada kat kaunter/download) dan cakap kat pakcik guard/tukang bagi nombor nak beli nombor plat melalui jumpa Pengarah. Biasanya gred mereka ini N44.

- Risikonya : Kita tak tahu availability dia. Kalau dia cuti memang takkan ada orang boleh gantikan dia. Kena guna cara biasa di kaunter.

- Kelebihannya : Kita tak bersaing dengan ejen-ejen kat luar sebab JPJ takkan bagi ejen tu masuk dalam jumpa Pengarah. Ia hanya untuk kenderaan kita sendiri. Kalau untuk isteri/adik beradik boleh diterima lagi bergantung budi bicara. Boleh pilih nombor lama-lama yang lawa yang masih available. Juga kena dah sedia nak nombor apa.

- Kelemahan dia : Kena beratur (takde nombor) kalau ada ramai orang. Beratur ramai-ramai kat luar bilik dia. Bukanlah beratur, duduk kat kusyen dan kerusi yang disediakan. Bayarannya start RM310. Dia akan check kat dalam sistem komputer dia, jika masih available korang boleh beli.

- Kalau bertuah dapat nombor cantik dengan harga jauh lebih rendah dari orang jual nombor plat tu.

- Kalau korang kaya bolehlah beli nombor plat kat sini. Tengok sendiri berapa harganya :
[NICE CAR PLAT], [MOTOR TRADER]


Kelulusan yang aku dapat pagi tadi. RM310 untuk nombor 8*8.


Kesimpulan


1. Aku pilih jumpa pengarah tu. Tunggu dalam 15 minit je. Siap borak-borak pasal zakat dan tanya sikit-sikit keluarga dia kat Kedah. Pastu aku dapat nombor 8*8. Nombor 3 digit yang diapit nombor 8. Kalau beli kat luar aku tengok lebih RM3,000 harganya :)

2. Tapi dia akan pilih availability kat abjad lamalah. Tak kisahlah mana yang ada.

3. Contoh korang pilih nombor 666. Dia check yang available cuma nombor BGD666. Terpulanglah korang nak ke tak. Bagi aku tak kisah sangat. Ada kereta mewah pakai nombor lama seperti KT1, DAD1, L7 dll yang harga cecah ratusan ribu. Lagipun abjad tu sekejap sahaja ketinggalan dan tak relevan.

4. Semua nombor yang korang dapat melalui cara di atas ni perlu didaftarkan atas kenderaan nama korang dalam tempoh 3 bulan. Selepas itu, nombor tersebut terbatal dan dibuka/dilelong kepada orang lain. Duit pun burn lah.

5. Korang juga dilarang keras menjual nombor tersebut kepada orang lain. Sebab nama korang dah masuk dalam sistem JPJ.

6. Aku harap info ni membantu sikit. Ini sekadar info yang aku dapat sepanjang berurusan di JPJ  tadi dan banyak bertanya kat orang kiri-kanan dan borak-borak ngan pakcik yang jaga nombor.  Akukan peramah orangnya. Ini situasi di JPJ Padang Jawa. Tempat lain aku rasa sama tapi mungkin ada berbeza sikit.


Wallahua'lam.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Update Januari 2016

- Sekarang boleh beli nombor plat secara ONLINE sahaja. Tapi kena ada akaun dengan JPJ. Kena datang ke kaunter JPJ untuk dapatkan nombor PIN. Kemudian kita apply online. Tapi ini untuk running number sahaja.

- Info untuk : APPLY NOMBOR PLAT SECARA ONLINE

- Kelebihan gunakan kaedah ni, kita boleh register nombor di seluruh negara. Tak kisahlah nombor Perlis, Sabah, Johor dsb walaupun kita duduk di KL.

- Dah beli, bagi je nombor plat tu kat kedai motor/kereta yang kita beli tu. Nanti diaorang akan key-in dalam sistem terus.



Update Ogos 2018

- Baru-baru ini aku nak beli kenderaan baru. Jadi aku cuba beli menggunakan kaedah ke-3 tersebut sebab dah terlepas nak masuk tender.

- Rupanya sekarang kaedah nak jumpa Pengarah lebih sistematik. Maksudnya, aku hanya perlu tengok di Papan Kenyataan yang berada diluar. Semua nombor lama yang available untuk dibeli dipaparkan di situ dan diupdate setiap hari.

- Aku tengok ada nombor tahun 2011 masih ada lagi dijual.

- Pilih nombor kita, dan jumpa pengarah yang terlibat. Dia akan tandatangan dan key-in sistem dan nombor itu akan jadi milik kita.

- Harga untuk jumpa Pengarah ini masih lagi RM310. Macam biasa, hanya owner yang boleh beli menggunakan kaedah ini.

- Dah beli, bagi je nombor plat (tanpa resit pun boleh) tu kat kedai motor/kereta yang kita beli tu. Nanti diaorang akan key-in dalam sistem terus. Nama kita akan keluar kat sistem JPJ.







Nota kaki : Sebelum aku dapat info ni aku tengok ramai update dan info JPJ kat blog dan forum. Tapi tiada yang lengkap dan buat aku keliru masa baca. Ni salah satu usaha nak bagi pencerahan serba sedikit. Supaya korang tak membazir sangat beli nombor cantik harga diluar kemampuan.


Wassalam.


06 May 2014

Perginya seorang seniman : Aziz Sattar

Bismillahirrahmanirrahim


Pagi tadi usai solat subuh, aku terbaca berita dari akbar online tentang perginya seorang seniman Aziz Sattar yang dijemput Allah pada usia beliau 89 tahun akibat sakit jantung.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa beliau yang lalu, rahmati dan mengasihi arwah.

Zaman membesar dahulu memang tidak lari dari melihat dan berhibur dengan filem-filem arwah bersama P.Ramlee. Keletahnya dan lakonan yang menghiburkan orang ramai mudah-mudahan menjadi bekalan kebaikan untuknya.

Masa breakfast pagi tadi bersama wife sebelum pergi kerja, aku lihat wajahnya dalam-dalam. Dia tak perasan sebab tengah tunduk membaca buku. Tiba-tiba terdetik dalam hati, alangkah ruginya kalau hidup kita dihabiskan untuk mengejar dunia yang tidak berkesudahan.

Tidak salah kita mengharap sesuatu yang belum kita perolehi. Tetapi apa yang kita ada ni sebenarnya sudah melebihi harapan kita.

Betapa besar nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita yang belumpun kita bersyukur. Tapi kita sering kecewa bila gagal mendapatkan nikmat yang lain.

Terima kasih Allah atas segala nikmat yang diberikan. Keluarga yang bahagia, pekerjaan yang halal, kesihatan yang baik, kebahagiaan dan ketenangan dalam hati.

Kita hidup ini tidak lama. Bila-bila masa je Allah tarik pelbagai nikmat dari kita. Anak, isteri, suami dan harta semua bukan milik kita. Allah beri semua itu sebagai nikmat dan juga ujian.

Adakah dengan adanya nikmat itu kita makin dekat dengan Allah ataupun main jauh dari agama? Tepuk dada dan tanya iman kita.


Wallahua'lam.


Repair Aircond

Bismillahirrahmanirrahim, Weekend lepas aku pergi betulkan kereta wife yang dah seminggu takde aircond. Dia terlibat dalam kemalangan...