23 December 2014

Terima kasih cikgu.

Bismillahirrahmanirrahim.





Petang ini aku saja melawat blog yang dah lama tak update ni.

Cuti persekolahan 2014 dah nak habis.

Tak sempat aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua guru-guru yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa sepanjang tahun. Muda-mudahan mereka lebih bersemangat untuk mengajar selepas berakhir cuti persekolahan tidak lama lagi.

Sebagai suami seorang guru aku memang tahu dan hargai pengorbanan seorang guru.

Balik lambat ke rumah.

Siapkan kerja sekolah yang banyak.

Risau pasal prestasi pelajar.

Hal disiplin sekolah.

Kursus itu ini yang perlu dihadiri.

Itulah rutin seorang guru saban tahun. Tahun depan akan ulang benda yang sama dengan muka-muka yang berbeza.

Tapi.

Bagi orang yang ada passion dan matlamat jelas menjadi seorang guru, pasti ada motivasi yang tinggi untuk terus mengumpul pahala akhirat untuknya menuju ke syurga.


Wallahua'lam.


2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Wbt,

Lama saya tunggu entry terkini. Sekarang dah keluar tapi kenapa ringkas sangat?

Seronok baca entry terdahulu dalam blog saudara ni.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Acaii Jawe said...

Waalaikumussalam,

Terima kasih sudi singgah blog ni ye:) Saya tak tahu nak tulis apa sebenarnya,hehe.

Wassalam.

Raya Aidiladha 2019

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, selesai korban pada tahun ni. Tahun ni pertama kali kitorang adik beradik kongsi untuk korban lem...