18 September 2015

Cinta Hati.

Bismillahirrahmanirrahim.

Life is not made up of minutes, hours, days, weeks, months, or years, but of moments. You must experience each one before you can appreciate it. Live the actual moment. Only this moment is life.

Sometimes, it's hard to find words to tell you how much you mean to me. A lot of times, I don't say anything at all. But I hope someday, you'll understand, you’re my favorite person of all time.



Some moments are nice, some are nicer, some are even worth writing about.

09 September 2015

Musim haji kembali.

Bismillahirrahmanirrahim.



Musim haji dah kembali lagi.

Tahniah kepada sahabat2, geng ofis dan penduduk kampung yang dapat tawaran menunaikan haji pada tahun ini. Semoga mereka semua mendapat haji yang mabrur, amiin.

Ada seorang sahabat aku berikan tips nak pergi awal menunaikan haji. Dengan buat surat rayuan untuk menyertai pakej. Pakej sekarang dalam RM30-35k.

Insyaallah aku target sebelum usia 40 tahun kalau boleh dah selesai tunaikan rukun haji yang ke-5 ini.

Duit semua boleh dicari. Kita mampu beli rumah ratusan ribu, kereta puluhan ribu tapi rukun Islam yang wajib ini boleh berkira? Apa nak jawab bila Allah tanya nanti.

Kalaupun belum dapat giliran, sekurang2nya ada usaha dan kesungguhan nak ke sana. Dengan niat yang betul, buat simpanan khusus untuk kesana dan cuba mohon rayuan ke haji setiap tahun.

Kalau sebelum tua dah sakit buah pinggang kena dialisis 3x seminggu, sakit jantung dan macam2 sakit kronik lain, ketika itu duit banyakpun belum tentu boleh menunaikan rukun Islam ini.

Ayuh sahabat2 semua. Kita sama-sama usaha selesaikan rukun Islam yang wajib ini. Kita mampu dan boleh! Tiada alasan.


20 August 2015

Bakti kepada orang tua kita

Bismillahirrahmanirrhim,

Gambar Hiasan. Orang tua masih lagi bekerja.

Aku baca ni dari posting satu blog. Nak park dan kongsi ngan kengkawan.

If your parents are over 50, you have to read this:
- Your parents are getting old
- They can't do the things they were able to do before
- If we are able to do something for them, we are lucky

2 things:
1) Begin supporting your parents financially, even if they don't need any help. Purchase their groceries, buy their appliances. Get used to making room for their needs from your earnings while they don't need us. So that when (and if) they need financial support from us, it's less difficult. And in some cases, our parents may be totally dependent on us. If they are, and you have the honor to serve them, remember, it's an honor, not a burden.

2) Parents can't do half they things they used to be able to do. If there's heavy lifting, moving large things, etc; do it for them. They should be able to call on us to assist, and we need to make time for them, so they are not burdened with such things.

- - Both of these suggestions have been inspired by 2 very sad incidences that I personally came across in the community within the last few days. I won't mention the incidents, and in both cases, the parents didn't mention a thing, I but I felt sorry for them, knowing they have children who could/should be doing such things for them.

21 July 2015

Cerita Paman Abu Nasir

Bismillahirrahmanirrahim.


Masa hari raya tu sempat singgah ke rumah paman aku, Ustaz Abu Nasir.

Dia merupakan adik mak aku. 2 tahun lepas beliau kena stroke dan sejak itu beliau terlantar terbaring dan semua keperluan beliau diuruskan oleh isteri dan anak-anak beliau.

Semasa sihat meliau memang aktif bersukan dan mengajar Al-Quran di masjid-masjid seluruh daerah Kuala Langat.

Beliau juga terpaksa bersara jadi seorang guru besar di sekolah agama akibat sakit tersebut.

Mohon doa sahabat-sahabat yang membaca post ini.

Ujian kita atas muka bumi ini berbeza-beza. Semuanya datang dari Allah untuk uji keimanan kita.

Untuk lihat adakah kita ini benar-benar layak untuk syurga.

Wallahua'lam.

16 July 2015

Ramadan telah berlalu

Bismillahirrahmanirrahim.


Allahu. Sedihnya hati dan perasaan ini mengenangkan Ramadan yang bakal berlalu pergi.

Dalam tazkirah pagi tadi, ustaz teresak-esak menangis mengenangkan kerinduan kepada Ramadan yang belum tentu kita rasai pada tahun hadapan.

Berapa ramai orang yang merasai Ramadan tetapi telah dipanggil Allah mengadap illahi.

Semoga amalan kita semua diterima Allah. Semoga kita lebih istiqamah melakukan amalan kebaikan selepas berakhirnya Ramadan, amin.

Mood raya masih belum datang pada hari terakhir Ramadan ini.

Wallahua'lam.





06 July 2015

10 Malam Terakhir Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim.



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Allah panjangkan usia kita sehingga masuk ke 10 malam terakhir Ramadan.

Ada seorang pemuda 20 tahun lebih banyak pahala dari orang tua usia 70 tahun.
Ada anak yang lagi banyak pahala dari ibu bapanya.
Ada ramai anak murid lagi banyak pahala dari guru-gurunya.
Ada juga pendosa yang lagi banyak pahala daripada orang selalu beribadah.

Kerana apa?

Kerana mereka dapat beribadah ketika LailatulQadar. 1 malam itu seumpama mereka ibadah berterusan selama 83 tahun 4 bulan.

Malam tersebut ada pada baki 8 hari Ramadan kali ini bagi sesiapa yang serius nak masuk ke syurga.

Semua orang boleh dapat LailatulQadar tanpa sebarang alasan.

Sama ada kita hendak atau tidak sahaja. Sama ada kita mampu nak lawan masa tidur kita atau tidak. Sama ada kita betul-betul nak masuk syurga atau tidak.

Inilah peluang kita. Mari sama-sama kita usaha.


01 July 2015

Minyak naik Julai 2015

Bismillahirrahmanirrahim,


Malam tadi minyak naik lagi RM0.10.

Aku tengok ramai masih tak faham konsep pengapungan harga minyak selepas subsidi dihapuskan akhir tahun lepas.

Bila tiada subsisdi minyak, sebenarnya tiap-tiap awal bulan kerajaan pasti akan umumkan harga minyak baru berdasarkan harga purata minyak mentah dunia bulan sebelumnya.

Jadi pada akhir bulan, mungkin boleh tambah debaran menunggu harga minyak baru bulan depannya.

Aku tak pernah sokong harga minyak naik.

Tapi sekurang2nya tidaklah terkejut macam ramai orang kat media sosial dan mendakwa macam-macam.

Tengok harga Crude Oil duniapun dah makin stabil bulan lepas dan boleh jangka ia akan berlaku.

Teringat kata-kata guru aku, orang sekarang banyak membaca. Tapi membaca status sosial media yang tak bantu mereka dapatkan ilmu baru dan skill baru.

Jadi sampai bila-bila takkan jadi matang dan bijak.

30 June 2015

Tadarus Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim.




Antara kenikmatan yang jarang dirasai dalam bulan-bulan lain selain bulan Ramadan ialah aktiviti tadarus Al-Quran.

Sambil tadarus, boleh perbaiki bacaan Al-Quran kita, boleh tadabbur Al-Quran dan boleh semak bacaan sahabat kita yang lain.

Ramadan bulan Al-Quran. Kita kena muliakan dan buat sesuatu untuk dapat manfaat dari bacaan kita setiap hari.

Ini adalah satu aktiviti yang dirindui apabila berakhirnya Ramadan. Kata ustaz, orang yang tidak pernah buat biasanya tidak akan faham kenikmatan dan kerinduan tersebut.

Wallahua'lam.

26 June 2015

Ketenangan Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim.


Ketika aku tulis entry ni dah 1/3 Ramadan.

Alhamdulilah, Allah berikan peluang untuk kita semua mengambil 'ganjaran pahala' besar yang disediakan. Rugilah sesiapa yang gagal ambil peluang ini.

Abah berpuasa di Haramain tahun ini. Jeles ngan abah.

Bila aku rasa kesibukan kerja yang tidak berkesudahan, aku rasa sangat tenang bila teringatkan haramain.

Semangatnya. Kedamaiannya. Ketenangannya. Ketenteramannya.

Ah sangat rindu!

Seluruh hari hanya perlu fikirkan untuk beribadah. Ada perkara yang aku nak perbaiki bila Allah beri peluang untuk ke sana lagi.

Aku juga nak kongsi beberapa perkara dan tips yang mungkin membantu bagi yang tidak pernah mengerjakan umrah atau haji.

Mudah2an bermanfaat.

Tapi aku kena karang dulu. Entah bila nak siap.

Wassalam.


21 March 2015

Hudud

Bismillahirrahmanirrahim


Hudud tu hukum Allah. Perlaksanaannya itu kerja manusia.

  1. Kalau nak kritik boleh sahaja. Tapi kritiklah kaedah/cara perlaksanaannya dan bukan berniat pertikai hukum itu. Cuma sebelum kritik, kenalah sokong dulu hudud Allah tersebut.
  2. Bagusnya kecoh tentang hudud sekarang; dari kelulusan DUN Kelantan dan viral video Aisyah, kefahaman dan pemahaman tentang hudud di negara kita bertambah, Alhamdulillah. Dari sudut positif, secara tidak langsung bantu ramai orang Islam dan bukan Islam lebih faham hudud.
  3. Dari sudut perundangan, memang banyak cabaran/halangan/pindaan. Limitasi itu kita maklum dan faham. Tapi itu semua kan manusia yang buat. Selagi semangat tu ada, insyaallah dapat pahala bagi yang berusaha.
  4. Ramai yang melenting bila orang cakap salah tentang hudud. Hinaan, cacian dan ugutan semua itu sebenarnya hanya menjauhkan orang dari agama. Anggaplah mereka jahil dan perlu dibetulkan. Dakwah bukan begitu caranya.
  5. Walaupun aku tak bersetuju hudud untuk orang Islam sahaja, tapi usaha untuk mertabatkan hukum Allah kita mesti sokong. Kelemahan itu tetap ada. Ia akan diperbaiki sedikit demi sedikit.
Mudah-mudahan Allah rahmati negara kita, amiin.



Wallahua'lam.

18 March 2015

Cinta di kaki gunung

Bismillahirrahmanirrahim,



Awal pagi di Kundasang. Di kaki Gunung Kinabalu.

Warna, bentuk, garis yang tidak pernah aku lihat ketika bangun pagi di Kuala Lumpur.

Udaranya segar. Tetapi sejuknya sampai menusuk tulang.

Kelihatan pekerja-pekerja yang bangun awal pagi mencari rezeki.

Mengangkut beban besar dibahu dan diletak di atas kenderaan untuk dibawa jauh dari sini.

Sejenak aku merenung.

Aku ini umpama setitik debu kecil dalam kebesaran Allah yang sangat luas.

Langitnya. Buminya. Isinya.

Rasa kerdil sekali.

Sangat.

13 March 2015

Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim.


Musim cuti sekolah awal tahun dah tiba.

Masa untuk eratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Kadangkala nilai sebuah kebahagiaan itu jauh lebih berharga dari memiliki duit yang banyak, harta yang bertimbun tetapi mempunyai jiwa sunyi.

Ada orang berasa bila dia menjadi kaya raya, keluarganya akan lebih bahagia. Lalu dia bekerja keras untuk mencapai matlamat bahagia tersebut. Tapi Allah tak beri dia kaya.

Perniagaannya selalu jatuh dan rugi.

Tetapi dia mungkin tidak sedar, bila datang ujian begitu, hubungan keluarganya lebih rapat. Semua ahli keluarga saling memberikan sokongan. Anaknya lebih memahami situasi ayahnya. Isterinya tak jemu berdoa dan beri semangat. Mereka solat bersama. Makan bersama. Ketawa bersama.

Itulah bahagia.

Mendapat isteri yang solehah. Anak yang baik. Kesihatan yang baik. Hubungan keluarga yang erat. Hidupnya sederhana sahaja. Inilah erti bahagia sebenar.

Bagi orang yang sedar, dia akan tahu Allah sebenarnya telah makbulkan doanya untuk 'bahagia' melalui jalan yang lain. Allah tahu kalau dia diberi kekayaan, dia takkan hidup bahagia. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Tetapi.

Bagi yang tidak sedar, dia akan terus kejar kekayaan dengan sangkaan hidupnya akan lebih bahagia. Bila usia dah lanjut, akhirnya perniagaannya maju. Dia jadi orang yang disegani dan mempunyai nama dalam bidang perniagaan yang diceburi. Hartanya banyak. Kejayaannya dicemburui lawan.

Namun.

Isterinya telah meninggalkannya kerana tidak sanggup hidup dengannya. Terlalu sibuk siang malam urus perniagaannya. Anak-anaknya liar tanpa perhatian. Adik beradiknya bergaduh berebut harta. Hatinya selalu risau perniagaan dan hartanya. Dia tiada masa lapang untuk dirinya sendiri.

Hidupnya sunyi. Jiwanya gelisah. Hatinya tidak tenteram.

Satu hari diusia senja. Dia duduk bersandar di kerusi melihat keluar jendela rumahnya yang besar. Baru dia sedar 'bahagia' yang dia cari sebenarnya bukan datang dari luar. Tetapi bahagia itu datang dari dalam hati.

Tetapi.

Masa tidak dapat diputar kembali.



25 February 2015

Cerita Ladang Benut Kluang, Johor

Bismillahirrahmanirrahim.

Masa cuti raya cina lepas aku bawa wife dan mak mertua melawat adik ipar yang berada di Ladang Benut, Kluang Johor. Saja jalan-jalan sebab cuti panjang.

Adik ipar aku tu suri rumah sepenuh masa. Tinggal dalam ladang sawit yang jauh dari petempatan orang ramai. Rumahnya dikelilingi pokok kelapa sawit yang luas menghijau. Ketika mula-mula aku datang sini beberapa tahun lepas, jalan masuk ke ladang masih bertanah merah. Kalau hujan berlumpur kereta. Sekarang dah berturap aspal, alhamdulillah.

Penempatan pekerja lagi jauh. Kena masuk ke dalam ladang kira-kira 5km dari jalan besar. Line telefon aku Maxis langsung takde coverage. Bila masuk terasa macam merentas zaman sebelum merdeka dulu.

Masa lebih perlahan. Kehidupan tenang dan sederhana.




Dalam ladang tu ada sebuah masjid. Aku sempat solat fardhu dan Jumaat di situ. 3km dari rumah adik ipar aku tu.

Solat Jumaat dimulakan lebih lewat sementara menunggu semua pekerja muslim habis kerja. Imam dan bilalpun merupakan pekerja ladang Sime Darby ini juga.




Tiba-tiba aku tersentuh melihat pekerja-pekerja ini solat.

Ingin sahaja bagitau Rasulullah, di satu tempat yang jauh dari tempat Rasulullah sebarkan ajaran Islam di jazirah arab sana, ada satu kawasan yang jauh di pendalaman kampung di negara nusantara, di sebuah ladang sawit yang jauh dari orang ramai, mereka beramai-ramai sujud kepada Allah tanda menerima rahmat ajaran Islam.

Orang yang sujud itu, mungkin tidak terlalu alim dalam bab agama, tapi mereka syahadah dan melalukan suruhan agama mengharapakan syurga Allah.

Bila bersalaman usai solat, tangan-tangan mereka kasar. Tanda mereka melakukan kerja keras untuk mencari rezeki. Teringat tangan abah yang kasar ketika membesarkan kami adik beradik.

Mudah-mudahan Allah luaskan lagi rezeki mereka semua.

Amiin.


Wassalam.

13 February 2015

Belasungkawa Tuan Guru Nik Aziz

Bismillahirrahmanirrahim,






Tanggal 12 Februari 2015 jam 9:40 malam, seorang tokoh yang sangat aku hormati Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah kembali kerahmatullah pada usianya 84 tahun.

Tiada kata dan kesedihan dapat gambarkan dalam hati walaupun beliau tidak pernah ada talian keluarga dengan aku. Sebagai seorang yang bukan terlibat dalam politik, aku melihat beliau sebagai tokoh ummah yang sangat berpengaruh dalam perkembangan agama Islam di negara kita.

Keperibadian beliau yang sangat luhur, siqah, berilmu dan sentiasa rendah diri cukup membuatkan disayangi oleh semua orang hatta musuhnya dalam politik sekalipun.

Bagaimana seorang yang berada dalam kedudukan tertinggi memerintah dalam sebuah negeri hidup dalam sangat sederhana cukup mengkagumkan. Kita mungkin anggap ia mudah sebab kita tak berada dalam kedudukan beliau.

Ramai orang yang walau bukan jadi menteri besar, menggunakan pengaruh, kuasa, nama dan kedudukan untuk mendapatkan kesenangan buat dirinya dan keluarganya. Hidupnya berubah bila mendapat kuasa dan kekayaan. Berkereta mewah, rumah besar dan mengubah cara hidup dalam masa singkat hatta golongan ustaz/ustazah sekalipun. Ia adalah normal termasuklah kita sekalipun jika kita diberi kesempatan dan kemampuan.

Tapi itulah yang berjaya di ketepikan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Itu sahaja dah buat kita kagum dengan keperibadian beliau.

Ya Allah,

Berikanlah keampunan kepadanya, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, dan maafkanlah dia. Muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, siramilah dia dengan air, salji dan embun. Bersihkanlah dia daripada dosa-dosa sepertimana Engkau bersihkan baju yang putih daripada sebarang kekotoran. Gantikanlah baginya tempat tinggal yang lebih baik daripada tempat tinggalnya (didunia), ahli keluarga yg lebih baik daripada ahli keluarganya, dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan jauhkanlah dia daripada azab kubur, serta azab neraka.

Berehatlah Tuan Guru menunggu hari akhirat. Semoga Allah mengampuni, merahmati dan meletakkan Tuan Guru di kalangan para ulama', syuhada' dan ahli syurga yang lain, amiin.


Wallahua'lam.

10 February 2015

Beli kerusi terpakai

Bismillahirrahmanirrahim,


Minggu lepas aku pergi makan kat Pak Anjang Nasi Beriani, Seksyen 13, Shah Alam dengan wifey. Tapi aku tak makan nasi beriyani gam dia, tapi makan mee bandung muar.

Sebagai peminat mee bandung dan pernah makan banyak kali kat kedai mee bandung yang terkenal di Muar, Batu pahat dll aku boleh sahkan yang diaorang punya mee bandung boleh celen kesedapan makan kat sana.

Tapi aku bukan nak cerita pasal makan.

Masa parking tu, aku nampak sebuah kedai menjual barangan ofis terpakai sederet dengan kedai makan tadi.

Kalau korang cari perabot seperti meja, kerusi, white board, katil, almari dan lain-lain dengan harga yang sangat berpatutan, carilah kat sini.

Aku beli kerusi yang masih berkeadaan baik tu RM150. Tengok kalau baru harga dekat RM400.

Pastu aku beli karpet ofis yang tebal-tebal tu. Satu petak 2 kaki x 2 kaki dalam RM3 sahaja. Tak pakai karpet yang nipis-nipis lagi. Aku tengok meja ofis warna putih yang kualiti masih baikpun dijual lebih murah dari ikea.

Aku bukan ada saham atau kenal tokey kedai tu. Lagipun yang jaga pekerja bangladesh.

Kalau berniaga kecil-kecilan dan nak setup ofis budget aku rasa tempat ni paling sesuai untuk di singgah. Itu je nak cerita.

Wassalam.

13 January 2015

Kasih sayang

Bismillahirrahmanirrahim.



Kasih sayang ialah bila dalam perjalanan balik ke rumah dari ofis tiba-tiba kau sedar terlupa makan bekal yang isteri sediakan pagi tadi. Kemudian kau rela berhenti habiskan bekal tu kat tepi jalan sebelum pulang ke rumah :)

Sekian.

12 January 2015

Cerita tahun baru 2015

Bismillahirrahmanirrahim,


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.




Tiada nikmat yang lebih besar kita perolehi dalam dunia melainkan nikmat keimanan. Tanpa sedar kebahagiaan, ketenangan fikiran, ketenteraman jiwa juga merupakan rezeki terbesar yang Allah beri yang jarang kita syukuri.

Alhamdulillah.

Awal tahun ni macam cliche sangat nak cerita tentang azam.

Last year ada cerita pasal azam, pastu wife print dan letak kat bilik kerja aku :) Pastu kena perli sebab tak capai.

Antara yang aku tak capai ialah nak belajar memasak. Kalau panjang umur aku sambunglah azam tu tahun ni. Kalau nak bagi alasan memang banyak boleh beri tapi macam budak-budaklah pulak.

Memang salah sendiri :)




Aku harap dapat improve diri dalam tahun 2015 dalam beberapa bidang.

Dari sudut agama, nak paksa diri lagi untuk solat berjemaah 5x sehari di masjid/surau. Kekalkan kebaikan yang dilakukan dalam tahun ini. Tahun ini aku ingat nak belajar bahasa arab Al-Quran supaya lebih faham ketika mengaji, insyaallah. Aku juga harap dapat puasa Isnin Khamis secara konsisten tahun ini.

Dari sudut keluarga, aku nak jadi suami yang lebih baik dan pastikan keluarga aku termasuk mak abah dan adik beradik sama-sama masuk syurga. Tegur mana yang kena perbaiki dan eratkan lagi ikatan silaturrahim sesama keluarga.

Dari sudut kerjaya, belajar lagi ilmu-ilmu baru untuk tambah skill dan knowledge. Tahun lepas banyak benda baru aku belajar Alhamdulillah. Tapi tahun lepas paling banyak aku amik MC sepanjang aku kerja iaitu 7 hari sebab demam denggi.

Dari sudut kesihatan, haaa ni fokus penting aku. Awal tahun lepas berat aku 88kg. Masa Ramadan aku berjaya turun 78kg. Pas raya berat naik 83-84 dan maintain sampai sekarang. Aku harap tahun ni berat aku kekal dibawah 80kg. Kena banyak bersenam & kurangkan makan. Sekarang aku dah guna sepenuhnya brown rice menggantikan beras wangi. Mungkin ia membantu.

Dari sudut kewangan, alhamdulillah Allah berikan kelapangan dari sudut ini. Tapi aku kena lebih banyak sedekah dan memberi. Bila selalu dengar ceramah Ustaz Pahrol & Prof Muhaya buatkan aku sedar harta yang aku ada ini bukanlah milik akupun. Allah beri sebagai pinjaman nak menguji dan semua akan ditanya. Apa yang kita beri itulah yang jadi bekalan untuk kita di akhirat. Aku akan terus kekalkan investment dan hidup di bawah kemampuan.

Selain itu, aku harap dapat tambah lingkungan kawan yang baik-baik, yang selalu ingatkan kebaikan, yang tegur aku bila aku malas ke surau/masjid, yang selalu ajak ke masjid ilmu.

Aku cuba kurangkan kawan yang negatif. Aku taknak ambil tahu cerita tentang orang lain yang tidak berkaitan. Cuba elak baca komen kat status/youtube/blog yang biasanya negatif, elakkan berdebatan dan bergaduh perkara yang tidak beri manfaat.


Semoga Allah lindungi dan rahmati kita semua.

Jika kita mati tahun ini, mudah-mudahan Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lepas, terima amalan pahala kebaikan kita dan juga kepada seluruh keluarga, sahabat dan muslimin muslimat yang telah meninggalkan kita lebih awal.





Cerita Raya 2017

Bismillahirrahmanirrahim, Raya 2017 di Kampung Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak. Wallahua'lam.