25 February 2015

Cerita Ladang Benut Kluang, Johor

Bismillahirrahmanirrahim.

Masa cuti raya cina lepas aku bawa wife dan mak mertua melawat adik ipar yang berada di Ladang Benut, Kluang Johor. Saja jalan-jalan sebab cuti panjang.

Adik ipar aku tu suri rumah sepenuh masa. Tinggal dalam ladang sawit yang jauh dari petempatan orang ramai. Rumahnya dikelilingi pokok kelapa sawit yang luas menghijau. Ketika mula-mula aku datang sini beberapa tahun lepas, jalan masuk ke ladang masih bertanah merah. Kalau hujan berlumpur kereta. Sekarang dah berturap aspal, alhamdulillah.

Penempatan pekerja lagi jauh. Kena masuk ke dalam ladang kira-kira 5km dari jalan besar. Line telefon aku Maxis langsung takde coverage. Bila masuk terasa macam merentas zaman sebelum merdeka dulu.

Masa lebih perlahan. Kehidupan tenang dan sederhana.




Dalam ladang tu ada sebuah masjid. Aku sempat solat fardhu dan Jumaat di situ. 3km dari rumah adik ipar aku tu.

Solat Jumaat dimulakan lebih lewat sementara menunggu semua pekerja muslim habis kerja. Imam dan bilalpun merupakan pekerja ladang Sime Darby ini juga.




Tiba-tiba aku tersentuh melihat pekerja-pekerja ini solat.

Ingin sahaja bagitau Rasulullah, di satu tempat yang jauh dari tempat Rasulullah sebarkan ajaran Islam di jazirah arab sana, ada satu kawasan yang jauh di pendalaman kampung di negara nusantara, di sebuah ladang sawit yang jauh dari orang ramai, mereka beramai-ramai sujud kepada Allah tanda menerima rahmat ajaran Islam.

Orang yang sujud itu, mungkin tidak terlalu alim dalam bab agama, tapi mereka syahadah dan melalukan suruhan agama mengharapakan syurga Allah.

Bila bersalaman usai solat, tangan-tangan mereka kasar. Tanda mereka melakukan kerja keras untuk mencari rezeki. Teringat tangan abah yang kasar ketika membesarkan kami adik beradik.

Mudah-mudahan Allah luaskan lagi rezeki mereka semua.

Amiin.


Wassalam.

13 February 2015

Belasungkawa Tuan Guru Nik Aziz

Bismillahirrahmanirrahim,






Tanggal 12 Februari 2015 jam 9:40 malam, seorang tokoh yang sangat aku hormati Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah kembali kerahmatullah pada usianya 84 tahun.

Tiada kata dan kesedihan dapat gambarkan dalam hati walaupun beliau tidak pernah ada talian keluarga dengan aku. Sebagai seorang yang bukan terlibat dalam politik, aku melihat beliau sebagai tokoh ummah yang sangat berpengaruh dalam perkembangan agama Islam di negara kita.

Keperibadian beliau yang sangat luhur, siqah, berilmu dan sentiasa rendah diri cukup membuatkan disayangi oleh semua orang hatta musuhnya dalam politik sekalipun.

Bagaimana seorang yang berada dalam kedudukan tertinggi memerintah dalam sebuah negeri hidup dalam sangat sederhana cukup mengkagumkan. Kita mungkin anggap ia mudah sebab kita tak berada dalam kedudukan beliau.

Ramai orang yang walau bukan jadi menteri besar, menggunakan pengaruh, kuasa, nama dan kedudukan untuk mendapatkan kesenangan buat dirinya dan keluarganya. Hidupnya berubah bila mendapat kuasa dan kekayaan. Berkereta mewah, rumah besar dan mengubah cara hidup dalam masa singkat hatta golongan ustaz/ustazah sekalipun. Ia adalah normal termasuklah kita sekalipun jika kita diberi kesempatan dan kemampuan.

Tapi itulah yang berjaya di ketepikan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Itu sahaja dah buat kita kagum dengan keperibadian beliau.

Ya Allah,

Berikanlah keampunan kepadanya, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, dan maafkanlah dia. Muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, siramilah dia dengan air, salji dan embun. Bersihkanlah dia daripada dosa-dosa sepertimana Engkau bersihkan baju yang putih daripada sebarang kekotoran. Gantikanlah baginya tempat tinggal yang lebih baik daripada tempat tinggalnya (didunia), ahli keluarga yg lebih baik daripada ahli keluarganya, dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan jauhkanlah dia daripada azab kubur, serta azab neraka.

Berehatlah Tuan Guru menunggu hari akhirat. Semoga Allah mengampuni, merahmati dan meletakkan Tuan Guru di kalangan para ulama', syuhada' dan ahli syurga yang lain, amiin.


Wallahua'lam.

10 February 2015

Beli kerusi terpakai

Bismillahirrahmanirrahim,


Minggu lepas aku pergi makan kat Pak Anjang Nasi Beriani, Seksyen 13, Shah Alam dengan wifey. Tapi aku tak makan nasi beriyani gam dia, tapi makan mee bandung muar.

Sebagai peminat mee bandung dan pernah makan banyak kali kat kedai mee bandung yang terkenal di Muar, Batu pahat dll aku boleh sahkan yang diaorang punya mee bandung boleh celen kesedapan makan kat sana.

Tapi aku bukan nak cerita pasal makan.

Masa parking tu, aku nampak sebuah kedai menjual barangan ofis terpakai sederet dengan kedai makan tadi.

Kalau korang cari perabot seperti meja, kerusi, white board, katil, almari dan lain-lain dengan harga yang sangat berpatutan, carilah kat sini.

Aku beli kerusi yang masih berkeadaan baik tu RM150. Tengok kalau baru harga dekat RM400.

Pastu aku beli karpet ofis yang tebal-tebal tu. Satu petak 2 kaki x 2 kaki dalam RM3 sahaja. Tak pakai karpet yang nipis-nipis lagi. Aku tengok meja ofis warna putih yang kualiti masih baikpun dijual lebih murah dari ikea.

Aku bukan ada saham atau kenal tokey kedai tu. Lagipun yang jaga pekerja bangladesh.

Kalau berniaga kecil-kecilan dan nak setup ofis budget aku rasa tempat ni paling sesuai untuk di singgah. Itu je nak cerita.

Wassalam.

Cerita Raya 2017

Bismillahirrahmanirrahim, Raya 2017 di Kampung Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak. Wallahua'lam.