21 March 2015

Hudud

Bismillahirrahmanirrahim


Hudud tu hukum Allah. Perlaksanaannya itu kerja manusia.

  1. Kalau nak kritik boleh sahaja. Tapi kritiklah kaedah/cara perlaksanaannya dan bukan berniat pertikai hukum itu. Cuma sebelum kritik, kenalah sokong dulu hudud Allah tersebut.
  2. Bagusnya kecoh tentang hudud sekarang; dari kelulusan DUN Kelantan dan viral video Aisyah, kefahaman dan pemahaman tentang hudud di negara kita bertambah, Alhamdulillah. Dari sudut positif, secara tidak langsung bantu ramai orang Islam dan bukan Islam lebih faham hudud.
  3. Dari sudut perundangan, memang banyak cabaran/halangan/pindaan. Limitasi itu kita maklum dan faham. Tapi itu semua kan manusia yang buat. Selagi semangat tu ada, insyaallah dapat pahala bagi yang berusaha.
  4. Ramai yang melenting bila orang cakap salah tentang hudud. Hinaan, cacian dan ugutan semua itu sebenarnya hanya menjauhkan orang dari agama. Anggaplah mereka jahil dan perlu dibetulkan. Dakwah bukan begitu caranya.
  5. Walaupun aku tak bersetuju hudud untuk orang Islam sahaja, tapi usaha untuk mertabatkan hukum Allah kita mesti sokong. Kelemahan itu tetap ada. Ia akan diperbaiki sedikit demi sedikit.
Mudah-mudahan Allah rahmati negara kita, amiin.



Wallahua'lam.

18 March 2015

Cinta di kaki gunung

Bismillahirrahmanirrahim,



Awal pagi di Kundasang. Di kaki Gunung Kinabalu.

Warna, bentuk, garis yang tidak pernah aku lihat ketika bangun pagi di Kuala Lumpur.

Udaranya segar. Tetapi sejuknya sampai menusuk tulang.

Kelihatan pekerja-pekerja yang bangun awal pagi mencari rezeki.

Mengangkut beban besar dibahu dan diletak di atas kenderaan untuk dibawa jauh dari sini.

Sejenak aku merenung.

Aku ini umpama setitik debu kecil dalam kebesaran Allah yang sangat luas.

Langitnya. Buminya. Isinya.

Rasa kerdil sekali.

Sangat.

13 March 2015

Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim.


Musim cuti sekolah awal tahun dah tiba.

Masa untuk eratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Kadangkala nilai sebuah kebahagiaan itu jauh lebih berharga dari memiliki duit yang banyak, harta yang bertimbun tetapi mempunyai jiwa sunyi.

Ada orang berasa bila dia menjadi kaya raya, keluarganya akan lebih bahagia. Lalu dia bekerja keras untuk mencapai matlamat bahagia tersebut. Tapi Allah tak beri dia kaya.

Perniagaannya selalu jatuh dan rugi.

Tetapi dia mungkin tidak sedar, bila datang ujian begitu, hubungan keluarganya lebih rapat. Semua ahli keluarga saling memberikan sokongan. Anaknya lebih memahami situasi ayahnya. Isterinya tak jemu berdoa dan beri semangat. Mereka solat bersama. Makan bersama. Ketawa bersama.

Itulah bahagia.

Mendapat isteri yang solehah. Anak yang baik. Kesihatan yang baik. Hubungan keluarga yang erat. Hidupnya sederhana sahaja. Inilah erti bahagia sebenar.

Bagi orang yang sedar, dia akan tahu Allah sebenarnya telah makbulkan doanya untuk 'bahagia' melalui jalan yang lain. Allah tahu kalau dia diberi kekayaan, dia takkan hidup bahagia. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Tetapi.

Bagi yang tidak sedar, dia akan terus kejar kekayaan dengan sangkaan hidupnya akan lebih bahagia. Bila usia dah lanjut, akhirnya perniagaannya maju. Dia jadi orang yang disegani dan mempunyai nama dalam bidang perniagaan yang diceburi. Hartanya banyak. Kejayaannya dicemburui lawan.

Namun.

Isterinya telah meninggalkannya kerana tidak sanggup hidup dengannya. Terlalu sibuk siang malam urus perniagaannya. Anak-anaknya liar tanpa perhatian. Adik beradiknya bergaduh berebut harta. Hatinya selalu risau perniagaan dan hartanya. Dia tiada masa lapang untuk dirinya sendiri.

Hidupnya sunyi. Jiwanya gelisah. Hatinya tidak tenteram.

Satu hari diusia senja. Dia duduk bersandar di kerusi melihat keluar jendela rumahnya yang besar. Baru dia sedar 'bahagia' yang dia cari sebenarnya bukan datang dari luar. Tetapi bahagia itu datang dari dalam hati.

Tetapi.

Masa tidak dapat diputar kembali.



Rindu

Terlalu rindu. Rindukan ketenangan, kedamaian, kegembiraan, bau udara, cuaca di Haramain.