21 July 2015

Cerita Paman Abu Nasir

Bismillahirrahmanirrahim.


Masa hari raya tu sempat singgah ke rumah paman aku, Ustaz Abu Nasir.

Dia merupakan adik mak aku. 2 tahun lepas beliau kena stroke dan sejak itu beliau terlantar terbaring dan semua keperluan beliau diuruskan oleh isteri dan anak-anak beliau.

Semasa sihat meliau memang aktif bersukan dan mengajar Al-Quran di masjid-masjid seluruh daerah Kuala Langat.

Beliau juga terpaksa bersara jadi seorang guru besar di sekolah agama akibat sakit tersebut.

Mohon doa sahabat-sahabat yang membaca post ini.

Ujian kita atas muka bumi ini berbeza-beza. Semuanya datang dari Allah untuk uji keimanan kita.

Untuk lihat adakah kita ini benar-benar layak untuk syurga.

Wallahua'lam.

16 July 2015

Ramadan telah berlalu

Bismillahirrahmanirrahim.


Allahu. Sedihnya hati dan perasaan ini mengenangkan Ramadan yang bakal berlalu pergi.

Dalam tazkirah pagi tadi, ustaz teresak-esak menangis mengenangkan kerinduan kepada Ramadan yang belum tentu kita rasai pada tahun hadapan.

Berapa ramai orang yang merasai Ramadan tetapi telah dipanggil Allah mengadap illahi.

Semoga amalan kita semua diterima Allah. Semoga kita lebih istiqamah melakukan amalan kebaikan selepas berakhirnya Ramadan, amin.

Mood raya masih belum datang pada hari terakhir Ramadan ini.

Wallahua'lam.





06 July 2015

10 Malam Terakhir Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim.



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Allah panjangkan usia kita sehingga masuk ke 10 malam terakhir Ramadan.

Ada seorang pemuda 20 tahun lebih banyak pahala dari orang tua usia 70 tahun.
Ada anak yang lagi banyak pahala dari ibu bapanya.
Ada ramai anak murid lagi banyak pahala dari guru-gurunya.
Ada juga pendosa yang lagi banyak pahala daripada orang selalu beribadah.

Kerana apa?

Kerana mereka dapat beribadah ketika LailatulQadar. 1 malam itu seumpama mereka ibadah berterusan selama 83 tahun 4 bulan.

Malam tersebut ada pada baki 8 hari Ramadan kali ini bagi sesiapa yang serius nak masuk ke syurga.

Semua orang boleh dapat LailatulQadar tanpa sebarang alasan.

Sama ada kita hendak atau tidak sahaja. Sama ada kita mampu nak lawan masa tidur kita atau tidak. Sama ada kita betul-betul nak masuk syurga atau tidak.

Inilah peluang kita. Mari sama-sama kita usaha.


01 July 2015

Minyak naik Julai 2015

Bismillahirrahmanirrahim,


Malam tadi minyak naik lagi RM0.10.

Aku tengok ramai masih tak faham konsep pengapungan harga minyak selepas subsidi dihapuskan akhir tahun lepas.

Bila tiada subsisdi minyak, sebenarnya tiap-tiap awal bulan kerajaan pasti akan umumkan harga minyak baru berdasarkan harga purata minyak mentah dunia bulan sebelumnya.

Jadi pada akhir bulan, mungkin boleh tambah debaran menunggu harga minyak baru bulan depannya.

Aku tak pernah sokong harga minyak naik.

Tapi sekurang2nya tidaklah terkejut macam ramai orang kat media sosial dan mendakwa macam-macam.

Tengok harga Crude Oil duniapun dah makin stabil bulan lepas dan boleh jangka ia akan berlaku.

Teringat kata-kata guru aku, orang sekarang banyak membaca. Tapi membaca status sosial media yang tak bantu mereka dapatkan ilmu baru dan skill baru.

Jadi sampai bila-bila takkan jadi matang dan bijak.

Cerita Raya 2017

Bismillahirrahmanirrahim, Raya 2017 di Kampung Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak. Wallahua'lam.