20 January 2016

Arwah Kakek & Nenek

Bismillahirrahmanirrahim,


Adik aku lahir tepat setahun lepas aku lahir.

Dengan kesihatan beliau yang tidak berapa baik ketika itu, mak abah tumpukan lebih perhatian kepada adik aku tersebut. Aku pula dijaga oleh arwah kekek ngan nenek. Rasanya sampai aku tadika.

Arwah nenek selalu kemban (aku tak tahu bahasa melayu apa) aku sambil buat kerja. Dia letak kain batik di keliling badannya dan letakkan aku kat belakang atau depan badannya.

Jadi aku sangat rapat dengan mereka. Daripada mereka juga aku pandai cakap jawa sebab mereka jarang berbahasa melayu.

Dalam group keluarga, ada jumpa gambar lama arwah kakek dan nenek. Tiba-tiba rasa rindu sangat kat mereka. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan insan yang beriman. Diampunkan segala dosa-dosa mereka yang lalu. Amiin.


Wallahua'lam.

11 January 2016

Diskusi Ilmiah Bidaah Hasanah.

Bismillahirrahmanirrahim,


Malam Sabtu lepas aku hadir ke Diskusi Ilmiah antara Dr Rozaimi Ramle vs Ustaz Ungku Ahmad Fadhil. Tajuk yang dibincangkan tentang Bidaah Hasanah.

Aku dapat buat beberapa kesimpulan daripada perbincangan mereka. Aku gunakan bahasa yang paling mudah :


  1. Kedua-dua mereka merupakan ilmuan agama yang mempunyai metodologi berbeza dalam memberikan kefahaman sesuatu hukum dalam masyarakat. 

  2. Ustaz Ungku banyak menyatakan kaedah-kaedah Usul Fiqh tanpa perincian yang jelas. Mungkin timbul kekeliruan kepada orang awam yang tidak belajar agama sebab kaedah-kaedah Usul Fiqh ini tidak terpakai dalam semua keadaan. Ada hukum yang menggunakan kaedah A, kaedah B dan sebagainya. Hujah beliau menggunakan qawaid 'aqliyyah dalam Usul Fiqh juga agak teknikal. 

  3. Dr Rozaimi punya perbahasan lebih selamat dan kemas. Mula-mula beliau nyatakan kaedah Usul Fiqh, kemudian bawakan dalil hadis dan Quran tentang perkara tersebut. Dan akhir sekali bahaskan apa pandangan ulama' dalam memahami nas dengan kaedah tersebut. Menariknya beliau menggunakan pandangan ulama' dari Mazhab Syafie sendiri dalam menyokong hujahnya. Aku percaya kalau guna pandangan Al-Bani, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan seumpama mesti ramai tak setuju dan tak mahu percaya. 

  4. Tajuk yang mereka bahaskan dalam ruang bidaah hasanah seperti kenduri arwah (tahlil), maulidul rasul, bacaan yasin malam jumaat, bacaan selawat antara solat tarawikh dan sebagainya merupakan isu yang takkan berkesudahan sampai bila-bila. Ia akan tetap dibincangkan sampailah lepas kita semua mati kelak. Sebab kaedah mengeluarkan hukum berbeza antara kedua kumpulan ini.

  5. Aku boleh simpulkan yang Ustaz Ungku ni lebih kepada ahli Feqah dan Dr Rozaimi ni ahli Hadis. Kalau nak cari perbezaan metodologi antara keduanya mungkin kita jumpa banyak. Kalau nak cerita pandangan aku atau sesiapa yang tidak berpuas hati terhadap hujah kedua-dua pendapat ini mungkin beratus2.  Tapi untuk maslahat ummah kita raikanlah keduanya.

  6. Kalau nak cari persamaan; contoh dalam bacaan yasin malam jumaat. Disebabkan ada hadis umum bacaan Quran mungkin tiada masalah baca pada malam Jumaat. Tetapi jangan mengkhususkan kepada hari tersebut sahaja. Jangan percaya ada fadhilat/kaifiyat tertentu atau pahala khusus bila baca pada hari tersebut. Begitu juga dengan ibadah-ibadah lain.

  7. Diskusi ilmiah seperti ini sebenarnya tidak menyelesaikan apa-apa masalah. Semuanya isu yang menjadi perbahasan beratus tahun lamanya. Namun, sekurang-kurangnya, ia dapat beri ilmu kepada orang yang terbuka menerima pendapat dari kedua-dua ilmuan ini. Baru tahu hujah dan dalil mereka yang tidak sehaluan kita melakukan ibadah seperti itu.




Kesimpulannya, jalan penyelesaian terbaik adalah berlapang dada dengan sebarang perbezaan dan elak pergaduhan. Ya, kita boleh berkeras dengan pendapat kita sebab kita rasa ia yang paling betul. Tetapi jika kita menyebabkan pertengkaran & perpecahan dengan pihak yang tidak sehaluan, dakwah tersebut sukar dilakukan.

Mereka tetap dengan pendapat mereka dan kita jadi musuh mereka. Apa yang kita dapat? Keypoint dia dakwah. Jika mereka masih kawan kita, ada peluang kita dakwah dan terangkan ilmu yang sebenar.

Lebih baik kita menambahkan lagi ilmu. Berdoa agar amalan kita dan amalan mereka diterima Allah. Supaya kita semua dapat masuk syurga Allah.

Tiada guna kalau kita menang berhujah tapi perkara asas dalam agama seperti solat berjemaah di awal waktu, baca Al-Quran setiap hari, berakhlak baik, qiamullail, sedekah dan sebagainya kita jarang sangat buat.

Tahniah kepada pihak Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam yang jadi penganjur diskusi ilmiah seperti ini. Mohon diadakan dengan lebih kerapa pada masa akan datang. Aku juga kagum penonton yang menyaksikan debat seperti ini dengan tidak bersorak-sorak seperti kebiasaannya yang aku hadiri.


Wallahua'lam.

06 January 2016

Kenangan dulu-dulu dalam gambar.

Bismillahirrahmanirrahim,


Kenangan zaman membesar takkan dilupa seumur hidup.


Gambar ni mengingatkan aku era 80an dan awal 90an dulu ketika smartphone dan internet belum ada lagi dalam kehidupan kita.

04 January 2016

Cerita Tahun Baru 2016.

Bismillahirrahmanirrahim,

Tiada apa nak cerita sempena tahun baru ini. Cuma nak letak gambar hari-hari terakhir di kaunter zakat Puchong haritu. Hari terakhir di kaunter sampai jam 9 malam kerja. Aku seorang berjaya kutip lebih dari RM150,000. Ramai betul orang kaya. Ada masa aku nak cerita pasal ini juga.



Pada cuti tahun baru 2016 pula aku meeting ngan partner untuk business projek baru kitorang di Meru, Klang. Insyaallah aku akan kurangkan lagi job wedding pada tahun 2016 ini dan tumpukan lebih perhatian kepada business baru ini. Kalau ada masa aku cerita nanti. Ia berkaitan dengan kepakaran dan pengalaman kami bertahun-tahun dalam bidang IT ini. Rugi kalau tak kembangkan.


Aku harap tahun 2016 ini dapat bertambah maju dalam business, kerjaya dan paling penting lebih dekat dengan agama. Lebih istiqamah dalam melaksanakan ibadah dan solat berjemaah. Kekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga dan harmonikan hubungan persahabatan dengan sahabat-sahabat sekeliling.

Wallahua'lam.

03 January 2016

Love note

Bismillahirrahmanirrahim,




Reflecting on the six years that we've worked to keep our love together. Life is full of challenge and delight, and having a partner to walk through it with is a gift I don't take lightly. Thank you sayang, for being by my side. Happy Birthday!

Rindu

Terlalu rindu. Rindukan ketenangan, kedamaian, kegembiraan, bau udara, cuaca di Haramain.