17 February 2016

Ustaz alaf baru

Bismillahirrahmanirrahim,


Aku berpeluang mendengar diskusi santai Dr Maza + Dr Rozaimi Ramle di KGPA pada 17 Februari 2016 lepas. Sepatutnya ia diskusi antara Dr Maza bersama Ustaz Zamihan tapi atas sebab tertentu beliau tidak dapat hadir.

Diskusi tersebut boleh diikuti di youtube. Aku taknak ulas tentang itu.

Tapi dalam era teknologi maklumat dan ramai yang mula dekat dengan agama, biasanya asatizah yang berjaya menarik perhatian orang awam mudah mendapat tempat di hati mereka.

Dalam kepelbagaian bidang kerja dan tahap pendidikan orang awam, asatizah tidak boleh lagi mengajar agama seperti puluhan tahun lepas. Tidak boleh suruh mereka baca kitab arab kalau nak tahu lebih lanjut. Tidak bagi peluang orang awam bertanya soalan. Suruh mereka belajar agama di pondok dsb.

Tidak salah begitu. Tapi ia tidak praktikal.

Zaman ini, maklumat bergerak pantas. Kaedah belajar ilmu agama juga perlu melalui proses tersebut. Golongan ustaz yang merendah2an tahap IQ orang awam, berbicara dengan bahasa kasar atas nama agama semakin tidak mendapat tempat dihati orang.

Zaman ini, orang awam perlukan agama dibawa dengan cara yang lebih mudah dan ringkas. Dalil yang sahih dari Al-Quran dan hadis, perbahasan yang mudah diterima logik akal, diajar dengan akhlak dan interaksi lebih tinggi antara golongan ustaz-orang awam.

Mana-mana perbahasan ilmiah seperti ini mudah mendapat tempat dihati kebanyakkan orang pada masa ini. Agama ini bukan hanya untuk pelajar agama. Ia untuk semua.

Wallahua'lam.

02 February 2016

The Kabin, Kuala Selangor

Bismillahirrahmanirrahim,


Last week aku bersama team IT ofis buat perancangan tahun 2016 kat The Kabin, Kuala Selangor. Sebenarnya takdelah kat Kuala Selangor sangat, tapi kat Jeram je. Ni pertama kali aku sampai tempat ni.

Konsepnya tinggal dalam kontena yang telah digunakan. Kalau untuk lepak dan program dengan kawan-kawan memang sesuai sangat tempat ni. Cuma kalau berkeluarga macam agak sukar kerana ruangan yang agak sempit dan menggunakan katil double decker.


Kongsi sikit beberapa gambar kitorang kat sana.


Wallahua'lam.




Cerita Raya 2017

Bismillahirrahmanirrahim, Raya 2017 di Kampung Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak. Wallahua'lam.