31 March 2016

Samsung S7 Edge vs iPhone 6s

Bismillahirrahmanirrahim




Genap seminggu aku gunakan S7 Edge. Ini pandangan aku selepas guna kedua-dua flagship dari Apple dan Samsung ni. Ini kali pertama aku guna Android selepas 8 tahun gunakan iPhone.


  1. Design. Walaupun ia personal preference tapi aku rasa iPhone 6s punya design dah agak membosankan. Jangan silap faham, design iPhone 6s itu bagus cuma ia design 3 tahun lepas punya. iPhone7 akhir tahun ini juga dikatakan akan menggunakan design yang sama lagi. Maka stucklah dengan design tu sampai iPhone 7s lagi 2 tahun. S7 punya design metal-clad dan curve lebih terkini & dope.
  2. Resolution. Kalau tengok Super AMOLED display S7, lepas tu terus tengok screen iPhone 6s, rasa macam tengok TV OLED vs LCD je perasaannya. S7 punya pixel 4 kali lebih banyak dari 720p iPhone 6s. Jadi ia lebih vibrant, crisp, bright dan deeper black.
  3. Camera. Samsung S7 punya kamera jauh lebih baik. Hands down. Bukan setakat dari iPhone 6s tapi dari semua manufacturer lain. Kelajuan focus dan performance dalam low light memang macam langit dan bumi bezanya.
  4. Battery. Member selalu buat lawak, kalau nampak orang bawa powerbank, besar kemungkinan mereka pakai iPhone, hehe. Tapi 1700mAh vs 3600mAh memang jauh beza capacity battery. Aku dah tak perlu charge hp sepanjang hari. Masa nak tido, battery selalu ada lagi 30-40% balance dengan penggunaan sama dengan iPhone.
  5. Charging. Ini satu area yang Apple jauh ketinggalan dari dulu. Fast charging tu bukan joking. Seolah-olah macam iPhone 6s tu masak nasi guna slow cook je. 2 jam lebih nak fully charge iPhone 6s. Berbanding S7, sejam setengah dah penuh dengan kapasiti battery 2x ganda lebih besar. Untuk 15 minit charge, S7 boleh dapat 25% battery ketika iPhone belum sampai 10%. Tu belum cerita wireless charging.
  6. Water resistant. Bagi yang selalu naik motor dan jogging dalam hujan, ia satu kelebihan besar mempunyai fungsi ini. S7 boleh duduk dalam air 1.5 meter selama setengah jam. iPhone 7 ni harap ada IP68 rating ini.
  7. Storage. Dengan bracket harga S7 sama dengan iPhone 6s 16GB, Samsung pack S7 dengan storage 32GB + boleh tambah sampai 200GB dengan MicroSD. Sapa terer boleh merge MicroSD tu jadi internal storage. Zaman video 4k dan camera lebih 12 Megapixel, 16GB iPhone entry point bait memang mengarut.


Kesimpulan, every rocketship has to come back to earth eventually. Dangan harga yang sangat mahal (di Malaysia) dan ketinggalan dalam beberapa aspek teknologi terkini, iPhone kena buat lebih baik untuk flagship mereka akan datang.

Apapun ini hanya pandangan aku semata. Orang lain mungkin berbeza. Akupun masih lagi gunakan iPhone yang dah takde simcard tu.

Rindu

Terlalu rindu. Rindukan ketenangan, kedamaian, kegembiraan, bau udara, cuaca di Haramain.