29 April 2016

Pergaduhan harta faraid

Bismillahirrahmanirrahim


Pergaduhan Harta Faraid

1. Aku percaya, semua antara kita pernah tahu/hadapi pergaduhan antara adik beradik atau saudara mara akibat harta, tanah, rumah dsb. Sama ada muda atau tua sama sahaja. Sebenarnya punca utama semua masalah ini adalah ketiadaan wasiat.

2. Walaupun kita dah tahu pergaduhan itu kadangkala membawa sampai ke mati, tetapi langsung tiada usaha kita untuk ubah. Kenapa? Sebabnya berapa kerat je antara kita yang dah buat wasiat dan hibah (hadiah) untuk ahli keluarga masing-masing?

3. Kita tak tahu bila kita akan mati. Tanpa sedar, kelak kita sendiri bakal menyebabkan pergaduhan antara adik beradik sendiri tentang harta.

4. Tuntutlah ilmu tentang faraid. Buatlah wasiat. Belajar serba sedikit melalui kuliah ataupun beli buku tentang faraid. Kena tahu juga tentang hibah, harta sepencarian dsb.

5. Para asatizah sendiri sebenarnya ramai tak arif bab faraid dan pembahagian harta pusaka. Merekapun kadangkala bergaduh sesama adik beradik tentang ini.

6. Dengan sehelai kertas tulisan tangan, beli setem hasil RM10 dan matikan setem itu dengan cop suruhanjaya sumpah RM4, dokumen wasiat itu sudah sah digunakan di mahkamah. Ia mengelakkan pergaduhan sesama keluarga yang bakal berlanjutan sampai mati.

Islam itu adil. Mustahil hukum Allah itu menyebabkan orang tertindas. Hanya orang yang tiada ilmu dan tamak sahaja yang menyebabkan hukum Islam ini nampak zalim.

15 April 2016

Bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim,



Jika masih bujang, bersyukurlah sebab masih punyai ruang berbakti sepenuhnya kepada ibu bapa. Tiada berbuat dosa kepada suami/isteri dan anak-anak yang menyebabkan sukar untuk ke syurga.

Jika masih belum memiliki zuriat, bersyukurlah sebab di hari akhirat kelak Allah tidak akan tanya tentang tanggung-jawab mendidik anak telah dilaksanakan dengan sempurna atau tidak. Begitu juga amaran dalam Quran tentang anak-anak yang jadi penyebab ramai manusia lalai dari mengingati Allah.

Jika telah memiliki zuriat, bersyukurlah sebab jika anak itu soleh/solehah, mereka boleh menjadi pencen kubur kepada ibu bapanya yang akan berikan pahala berpanjangan walaupun kita tiada lagi di muka bumi ini.

Kita hidup ni sekejap sahaja. Mari sama-sama bersyukur dengan kehidupan sementara di atas muka bumi ini?

04 April 2016

Hulu Langat Trail Run 2016.

Bismillahirrahmanirrahim,


Semalam aku join Hulu Langat Trail Run 2016 bersama sahabat baik aku Saipi dan Halil.

Saipi amik aku kat rumah jam 5:30 pagi. Kalau dia tak amik mau aku naik Vespa je ke sana. Lagipun semua orang tahu jalan ke IKBTN, Hulu Langat tu selalu jammed.

Ini pertama kali aku join trail run. Macam best. Trail ni bukan lari atas jalan raya yang kita boleh set masa/pace berlari. Laluan trail ni banyak terpaksa berhenti sebab kena beratur naik bukit, laluan sempit, melintas parit, masuk dalam sungai dsb.

Tapi aku rasa kurang best sebab sungai tak dalam,haha. Aku bayangkan sungai tu dalam atas dada baru best dan mencabar. Ni aku kongsi sikit gambar dari larian semalam. Kornag boleh tengok laluan tu sempit dan kena beratur,hehe.




Alhamdulillah kitorang berjaya sampai dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Aku tak rasa macam dah lari 10km masa selesai tu. Rasa macam lari petang2 kat Tasik Shah Alam je. Maybe sebab banyak kena berhenti. Masa dan pacepun kelaut sebab kena beratur tu,hehe.

Insyaallah join untuk lenkali.

Wallahua'lam.

Rindu

Terlalu rindu. Rindukan ketenangan, kedamaian, kegembiraan, bau udara, cuaca di Haramain.