06 June 2016

Ramadan 2016

Bismillahirrahmanirrahim,




Alhamdulillah, bertemu lagi kita semua dalam bulan Ramadan Al-Mubarak. Bulan penuh kerahmatan dan keampunan. Rasa sebak sangat masa mula tarawikh malam tadi di Masjid Negara. Dengan dipanjangkan umur kita untuk masuk ke bulan ini sahaja merupakan satu nikmat dan kurniaan Allah yang besar untuk kita.

Terpulang kepada kita sama ada nak mengambil peluang untuk jadi insan lebih baik, bertaubat atas dosa-dosa lepas ataupun membiarkan peluang ini berlalu pergi



Semalam juga aku sempat melawat kubur arwah bapa mertua aku. Rasulullah pernah melarang sahabat melawat kubur sebab adat jahiliyyah yang menyembuh kubur. Tetapi kemudian bila Islam dah mula kuat di kalangan sahabat, Rasulullah membenarkan. Tujuannya supaya kita semua ingat kepada kematian.

Kerana kematian merupakan tazkirah terbaik untuk kita. Semua orang, akan merasa Ramadan terakhir mereka. Ramai orang yang berpuasa pada tahun lepas, tahun ini dah berada dalam tanah.

Bila pula Ramadan terakhir kita?

Selamat berpuasa dan beribadah sepanjang bulan Ramadan. Semoga semua amalan kita diterima oleh Allah dan kita semua jadi insan lebih baik apabila keluar daripada Ramadan nanti, amiin.

UPSR

Bismillahirrahmanirrahim, Sedar tak sedar dah nak masuk bulan ke-10 dalam tahun 2017. Cepatnya masa berlalu. Hari ni hari pertama UPS...