10 August 2016

Sarapan pagi emak

Bismillahirrahmanirrahim,


Isnin lepas aku ada shoot satu job outdoor di Pantai Kelanang. Jadi aku balik kampung sejauh 65km malam tu sebab esok pagi-pagi dah kena ada kat sana awal pagi. Dekat sikit aku nak ke Pantai Kelanang berbanding dari Kinrara. Wife tinggal kat rumah sebab esoknya dia kerja.

Malam tu borak lama dengan mak sambil teman mak lipat kain. Macam-macam topik borak sampai dekat pukul 11:30 malam. Biasanya mak pukul 10 dah tidur.

Tapi jam 4:50 pagi aku terjaga sebab dengar mak tengah buat sarapan pagi. Entah pukul berapa mak dah bangun. Mak buat nasi goreng. Biasanya mak bangun solat tahajjud dulu, pastu baru buat sarapan. Pastu bila azan subuh mak ngan abah gi solat berjemaah kat Masjid bersama.

Balik solat subuh, mak sambung goreng pisang pulak. Mak dari dulu memang bangun awal pagi untuk buat sarapan untuk kitorang adik beradik. Sejak dari zaman aku sekolah dulu. Teringat masa aku duduk kampung sekejap sebelum kahwin, tiap-tiap hari mak buatkan sarapan. Walaupun kadangkala kitorang makan sikit sangat.

Tapi itu 10 tahun dulu ketika mak masih kuat. Sekarang mak dah agak berusia. Uban putih dah banyak kat rambut mak. Kedut-kedut di wajah mak dah jelas kelihatan. Tenaga makpun dah tak berapa kuat. Kadangkala mak mengadu lenguh-lenguh kaki. Aku tahu mak buat tu sebab aku balik. Kalau setakat adik aku sorang kat rumah tu takde mak nak buat banyak camtu.

Bagi orang biasa, buat sarapan itu tiada apa-apa yang luar biasa. Tapi aku rasa itu satu tanda mak sayangkan anak-anaknya. Taknak mereka lapar bila pergi sekolah dan kerja. Ia satu pengorbanan. Aku rasa nak menangis je bila makan sarapan mak.

Masa salam dan cium mak sebelum aku keluar rumah, aku sempat peluk mak erat-erat. Ucap terima kasih. Aku tahan dari menangis.

Aku tak tahu berapa lama lagi masa Allah berikan aku untuk berbakti kepada mak dan abah. Aku doakan semoga mak ngan abah terus sihat. Diampunkan dosa-dosanya oleh Allah dan dimasukkan kedalam syurga, amiin.

Cerita Raya 2017

Bismillahirrahmanirrahim, Raya 2017 di Kampung Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak. Wallahua'lam.