15 September 2016

Raya Korban 2016

Bismillahirrahmanirrahim,

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Hari raya Aidiladha telah berlalu. Harini dah hari terakhir Tasyrik. Hari terakhir boleh menyembelih binatang korban.

Alhamdulillah, Allah bagi rezeki nak buat korban lagi tahun ni. Malu sangatlah bila dapat bayar rumah yang berharga sampai beratus-ratus ribu, kereta berpuluh ribu nilainya, pakai smartphone yang harga sampai ribuan RM, Astro lebih RM100 sebulan dan bercuti sana sini, tetapi korban yang setahun sekalipun tak mampu nak buat.

Dari situ boleh lihat keutamaan kita dalam menjalankan perintah Allah dengan harta yang Allah berikan. Kalau pandai merancang kewangan, ibadah korban langsung tidak membebankan bila kita kumpul duit sikit-sikit. Bermula dari bulan depan.

Surau kariah aku tahun ni buat 8 ekor lembu. Satu yang menarik dalam ibadah korban tahun ni ialah yang menumbangkan lembu dan paling banyak buat kerja melapah lembu adalah orang-orang Bangladesh. Orang melayu hanya memerhatikan. Adalah tolong sikit-sikit. Pastu kepenatan.

Memang agak memalukanlah melihat kesungguhan mereka, kekuatan mereka bekerja sedangkan kita yang lebih kurang sebaya tak mampu buat seperti mereka.

Tetapi bila nak agihkan lembu tersebut, semuanya nampak sangat berkira dengan mereka. Yang dapat tulang dan bahagian dalaman lembu semua orang kita je.

Semoga amalan kita diterima oleh Allah. Bukan daging lembu itu yang Allah lihat ketika kita korbankan binatang peliharaan tersebut, tetapi taqwa yang Allah lihat. Wallahua'lam.

UPSR

Bismillahirrahmanirrahim, Sedar tak sedar dah nak masuk bulan ke-10 dalam tahun 2017. Cepatnya masa berlalu. Hari ni hari pertama UPS...