17 October 2016

Motor Hilang

Bismillahirrahmanirrahim,



Innalillahiwa inna ilaihirajiun.

Masa aku nak pergi kerja Jumaat lepas (14 Oktober 2016), tiba-tiba motor EX5 aku takde kat tempat yang sepatutnya. Confirm kena curi sebab aku memang tak pernah letak motor tu kat tempat lain. Pengalaman hilang motor masa zaman belajar dulu buatkan aku lebih bertenang walaupun rasa terkejut dan sedih.

Mungkin ada hikmah ujian dari Allah ini ataupun kaffarah atas dosa-dosa aku yang banyak.

Kalau si pencuri itu terpaksa mencuri untuk keperluan sehariannya, aku redha dan maafkan beliau. Mudah-mudahan ada pahala untuk aku bila dia gunakan motor tu.

Pengajaran untuk aku, kena lebih berhati-hati selepas ini. Kena kunci dengan sempurna dengan kunci tambahan. Kalau nak tawakkal kepada Allah, kita terlebih dahulu kena berusaha dengan cara sepatutnya. Mudah-mudahan Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik.


Wallahua'lam.

Rindu

Terlalu rindu. Rindukan ketenangan, kedamaian, kegembiraan, bau udara, cuaca di Haramain.