22 December 2016

Kebun Abah

Bismillahirrahmanirrahim,


Masa balik kampung minggu lepas sempat tolong abah kat kebun sawit. Rindu nak berkebun macam zaman membesar dulu.

Kebun lama abah dah dijual sebab orang ambil untuk projek pasir. Kalau abah tak jual memang kebun tu jadi pulaulah sebab kiri kanan depan belakang semuanya jual. Duit hasil jual kebun tu abah tak gunapun untuk beli apa-apa. Abah terus beli kebun lain tidak jauh dari kampung.

Camnilah tapak kebun abah sekarang. Aku sempat singgah tengok haritu.


Kelapa sawit abah dah mengeluarkan hasil. Takde adik beradik aku yang kerja kampung. Jadi abahlah yang uruskan kebun sorang-sorang. Racun rumput dan baja kebun. Bersih kebun abah macam kebun abah yang dulu.

Haritu ada beberapa kontraktor dah jumpa abah nak beli tanah tu pulak. Katanya nak buat projek perumahan. Biasanya projek perumahan camtu memang profit sharing. Abah tanya aku sebab dia berat nak camtu. Aku bagitau abah, dengan keadaan ekonomi sekarang projek perumahan sangat perlahan. Diaorang nak jual rumahpun susah. Jadi abah skip dulu.

Pastu abah cakap kalau diaorang offer 2 juta baru abah jual,haha. Bagus abah!!

Wallahua'lam.

No comments:

Cerita Raya 2017

Bismillahirrahmanirrahim, Raya 2017 di Kampung Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak. Wallahua'lam.