23 October 2017

Rindu



Terlalu rindu. Rindukan ketenangan, kedamaian, kegembiraan, bau udara, cuaca di Haramain.

11 September 2017

UPSR

Bismillahirrahmanirrahim,




Sedar tak sedar dah nak masuk bulan ke-10 dalam tahun 2017. Cepatnya masa berlalu.

Hari ni hari pertama UPSR. Rasanya masih ingat lagi zaman masa ambil UPSR dulu. Abah hantar aku ke sekolah ketika minggu periksa macam biasa naik motor. Pakai baju kebun. Lepas hantar aku terus pergi kebun kelapa sawit.

Abah tak bagi nasihat sangat. Tapi aku tahu abah dan mak selalu doakan aku. Sebab biasanya ketika aku dan adik beradik periksa besar memang perasan abah ngan mak berpuasa.

Seronok tengok ibu bapa sekarang siap cuti kerja seminggu nak bagi sokongan kat anak-anak mereka yang periksa. Rasanya kalau aku dulu buat camni, lagi malu agaknya :p Ada gambar sahabat share, siap mak bapak berpuasa, buat solat hajat dan baca Quran ketika anaknya periksa di surau sekolah tu. Dah jadi ritual tahunan plak.

Aku taknak ulas pasal tu, tapi nak bagitau lumrah semua ibu bapa nak anak mereka berjaya dalam hidup.

Walaupun mereka tidak cakap, tak pernah bagitau tapi jauh disudut hatinya mereka nak anak-anak mereka selesa dalam hidup. Walau siapapun mereka.

Dengan peningkatan umur kita ini yang makin dewasa, tanpa sedar ibu bapa kita juga semakin tua dan berusia. Masa mereka di dunia dah tak lama lagi. Berbakti kepada mereka merupakan satu perkara yang terbaik yang mampu kita lakukan semasa mereka hidup.

Satu masa nanti, ia hanya tinggal kenangan. Kita mungkin rindu sangat kat senyuman, pelukan, ciuman mereka. Rindu pegang erat tangan mereka, urut mereka dan buat mereka ketawa.


Wallahua'lam.

24 August 2017

Puncak Kerjaya


Bismillahiraahmanirrahim,






Bagi kebanyakkan orang, bila ditanya puncak kerjaya mereka adalah apabila mereka dapat menjadi seorang CEO, Senior Manager, Pegawai Kanan atau dapat kerja di syarikat besar, dapat pegang jawatan penting, dibayar gaji banyak ataupun bergelar seorang jutawan berjaya bila berniaga.

Sebenarnya bila kita terlalu fokus kat urusan dunia memang benda tu yang pertama terlintas difikiran.

Aku dengar satu tazkirah tentang ini minggu lepas.

Pada pandangan ustaz tu,  'puncak kerjaya' seseorang ialah apabila seseorang itu berada dalam keadaan 'gembira' bila mereka pergi kerja setiap hari. Mereka dibayar gaji yang berpatutan untuk kehidupan yang selesa. Mereka suka melakukan kerja dan suka syarikat tempat bekerjanya.

Kerjanya juga menyebabkan dia dapat menyumbang kepada agama dan masyarakat. Tidak terlalu sibuk dan ada masa untuk tambah pahala, beribadah, tidak tertinggal atau terpaksa melewatkan solat fardhu.

Tetapi yang paling penting mereka mempunya masa untuk keluarga dan anak-anaknya. Mereka melihat anak mereka membesar, dapat didik anak dengan tangan mereka sendiri, tidak terlepas hari penting dalam event keluarga seperti hari jadi, graduation day, perkahwinan, kenduri dan sebagainya.

Pada aku, itulah puncak kerjaya yang lebih ideal.

Adalah tidak berbaloi mengejar kerjaya untuk menjadi seorang CEO, berpangkat lebih besar dan bergaji lebih banyak kalau semua kelebihan tersebut makin hilang dalam hidup.

Duit dan pangkat tidak dapat menggantikan masa bersama keluarga yang hilang, menyebabkan kita semakin jauh dari sahabat, masyarakat dan paling penting urusan agama yang makin berkurang atas kesibukan kerja.


Banyak itu tidak semestinya lebih baik, kualiti itu lebih penting dalam hidup yang singkat ini.


Wallahua'lam.



24 Ogos 2017.

10 August 2017

Berpagi-pagian.

Bismillahirrahmanirrahim


Ada satu ketenangan yang sukar diungkap dengan kata-kata bila memulakan hari dengan sempurna.

Dapat bangun awal pagi, mandi, amik wudhu' dan dapat solat tahajjud dengan khusyuk dalam suasana hening. Kemudian solat berjemaah subuh di surau dan masjid. Selesai berzikir dapat pula baca beberapa muka Al-Quran dan terjemahannya.

Sambil breakfast bersama keluarga sebelum pergi kerja/sekolah, sama-sama baca hadis untuk pengajaran semua. Dapat baca satu bab dari Kitab Riadhus Salihinpun sudah memadai memberikan ilmu yang bermanfaat.

Kemudian keluar rumah dengan niat yang betul. Bekerja dengan niat ibadah.

Itulah hari yang sempurna dan sepanjang hari akan rasa diberkati dan tenang walaupun banyak tugasan yang perlu disiapkan.

Tapi.

Tapi semua itu takkan berlaku kalau tidur lewat malam. Kadangkala sehingga melewati jam 1 pagi. Kalau ada tugasan penting tidak mengapa, ini cuma habiskan masa dengan melayari internet, bersosial media ataupun tengok tv.

Tiada yang penting. Sekadar nak mengetahui hidup orang lain. Esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan masih cerita sekitar benda yang sama. Cuma watak dan ceritanya sahaja berbeza.

Kesimpulannya, tidurlah lebih awal dari biasa. Kalau takde buat apa-apa lepas solat isya', boleh tidur. Bangun awal-awal pagi. Kita akan rasa kesan besar dalam hidup kita. Ayuh berubah kepada hidup lebih baik.


Wallahua'lam.

30 June 2017

Cerita Raya 2017

Bismillahirrahmanirrahim,

Raya 2017 di Kampung Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak.






Wallahua'lam.

08 June 2017

Cerita pagi tadi

Bismillahirrahmanirrahim,


Pagi tadi aku hantar wife ke rumah mertua di Pantai Dalam. Otw ke Shah Alam melalui laluan motor, tiba-tiba banyak motor slow di laluan motor Federal Highway.

Aku tengok ada beberapa orang polis di hadapan. Aku fikir, mungkin roadblock macam biasa.

Tapi bila dah dekat rupa-rupanya ada satu kemalangan. Sebuah kereta melanggar divider laluan motor menyebabkan beberapa motor yang berada dilorong tersebut kemalangan.

Dari kesan tersebut aku rasa kereta tersebut dipandu dengan sangat laju. Laluan motor hampir tertutup dengan devider tersebut.

Di tepi jalan aku lihat seorang lelai berlumuran darah sedang terbaring kaku sambil darah kelihatan di muka dan badannya. Di sebelahnya kelihatan isterinya sedang menangis. Seorang perempuan melayu dengan pakaian baju kurung handak pergi ke tempat kerja. Bajunya juga penuh dengan darah.

Entah kenapa aku rasa sebak sangat.

Beliau tidak bersalah dan berada di laluan motor. Pagi tadi mungkin mereka bersahur bersama-sama. Keluar kerja seperti biasa. Tapi takdir Allah siapa yang dapat menduga. Aku harap suaminya selamat.

Tapi perancangan Allah selalunya jauh lebih baik daripada perancangan manusia. Ia buatkan kita insaf nyawa kita boleh diambil pada bila-bila masa tanpa sebab. Ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Mudah-mudahan kita semua selamat dari kematian mengejut dan bencana yang tidak terduga. Yang penting kena bersedia amalan dan jadi orang yang baik sepanjang masa.

Wallahua'lam.

31 May 2017

Ramadan 2017

Bismillahirrahmanirrahim,



Lupa aku nak buat entry Ramadan kat sini. Sebagai rekod untuk masa depan.

Harini dah 5 Ramadan. Alhamdulillah, bertemu lagi kita semua dalam bulan Ramadan Al-Mubarak. Bulan penuh kerahmatan dan keampunan.

Aku cuba jauhkan diri dari sosial media sepanjang bulan ini. Setakat 5 hari ni aku dapat rasa perubahan positifnya. Aku ada lebih banyak masa. Aku tak tahu tentang cerita-cerita viral di sosial media yang biasanya tidak elok dan takde kaitan dengan aku. Aku tak rasa nak bagitau apa aku buat. Aku boleh banyak baca Al-Quran. Rasanya paling banyak dapat baca berbanding tahun-tahun lepas.

Selamat berpuasa dan beribadah sepanjang bulan Ramadan. Semoga semua amalan kita diterima oleh Allah dan kita semua jadi insan lebih baik apabila keluar daripada Ramadan nanti, amiin.

Wallahua'lam.

19 April 2017

Penunggang motorsikal dan hujan.

Bismillahirrahmanirrahim,


Inilah nasib penunggang motorsikal ketika hujan.

Kalau redah je kekadang langsung tak nampak jalan. Sebab motor mana ada viper nak lap cermin depan macam kereta. Harapkan tangan jelah.

Bayangkan saja, naik kereta ketika hujan lebat pastu tak pasang viper. Apa korang nampak?

Begitulah yang penunggang motorsikal ni rasa. Sebab tu kena lebih berhati-hati.

Bila angin bertiup ketika duduk kat bus stand ni, semua ke kanan, kiri, depan belakang,hehe. Akhirnya semua basah. Sebab angin ketika hujan datang dari semua arah.

Semoga kita semua selamat dalam perjalanan. Elakkan berlindung kat tempat yang susah dilihat. Tak nak kejadian kat Kajang dulu tu berulang. Lori langgar hampir semua penunggang motorsikal yang berteduh sebab hujan. Ramai meninggal dunia.

Wallahua'lam.

17 April 2017

Ulasan Forum : Ibnu Taimiyyah Tokoh Versatil

Bismillahirrahmanirrahim,


Majlis ilmu hari ini bersama ilmuan muda yang tinggi ilmunya. Ustaz Salman Ali, Dr Rozaimi Ramle dan Ustaz Kamilin. Bercerita tentang tokoh kontroversi Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah di MYOAB, Kuala Lumpur.

Mereka semua masih sangat muda (lahir 1980an). Tapi kemampuan mereka berhujah dengan ilmiah mungkin jauh lebih baik dari asatizah yang lebih berusia.

Sampai ada bab yang orang awam yang tidak belajar agama ini takkan faham apa yang dibahaskan. Sampai satu tahap, aku rasa otak diorang ni lagi dahsyat dari engineer, lawyer, doktor dsb. Banyak sungguh diorang faham dan hadam dalam kitab-kitab besar dan boleh naqalkan (petik) camtu je.




Ramai orang awam tak faham kenapa ramai Fuqaha' dan Muhaddithin ni agak keras dan kurang disenangi dalam masyarakat.

Sebab utama adalah bidang ilmu tersebut memerlukan mereka menunjukkan mana bahagian dalam agama ini yang betul dan salah. Sunnah vs bidaah. Sahih vs palsu. Sesat vs lurus.

Jadi mereka lebih tegas dan serius atas amanah ilmu tersebut. Pasti akan ada kumpulan yang 'terasa' dan 'terkena' dengan teguran tersebut. Sebab itu mereka ramai musuh dari dulu sampai sekarang.

Mana mungkin berhujjah dengan Muktazilah, Wahdatul Wujud (sufi), Syiah, Nasrani, Yahudi, Kuburiyyan dsb tanpa berlaku perbezaan. Perbezaan itu perlu supaya dapat tunjuk mana yang benar dan tidak. Dari situ kadangkala wujudnya permusuhan, perselisihan.

Dalam bab kebenaran, Al-Quran dan sunnah itu lebih utama untuk dijulang berbanding menjaga hati musuh.


Kesimpulannya.

Kesimpulan aku dapat dari forum ini, jadilah orang bijak. Ada orang yang melampau dengan menolak total semua pendapat Ibn Taimiyyah. Siap buat kempen lagi. Sedangkan banyak sumbangan beliau dalam bidang agama ini tanpa mereka sedar. Beliau manusia biasa, memang ada salah silap sana sini. Tapi jangan kita padamkan khazanah ilmu yang besar. Tidak perlu melampau dalam mengkritik.

Kesilapan dia moga Allah ampunkan. Jasa dia yang besar kepada umat Islam kita tidak boleh nafikan dan kena iktiraf. Jangan tolak semua, jangan ambil semua. Anak muridnya banyak jadi ulama' besar yang jadi rujukan dan sumber agama kita. Seperti Ibn Kathir, Az-Zahabi, Ibn Qayyim, Ar-Razi, Ibn Abdil Hadi, As-Subki dsb. Mereka lebih kenal dari guru mereka.


Wallahua'lam.

03 April 2017

Belting Vespa Putus

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku rulis entry ni sekadar nak rekod je.


1 April 2017 lepas ketika dalam perjalanan nak jumpa client untuk projek baru aku, tiba-tiba Vespa aku lost power. Motor masih lagi hidup ketika itu. Aku memang dah syak belting sebab bunyinya lain macam je.

Alhamdulillah, ramai sahabat call dan cuba membantu bila aku post kat group tanya lokasi kedai terdekat. Semoga Allah rahmati kalian semua.

Tapi nak bagitau, aku tolak Vespa kat highway tu macam nak pengsan. Naik bukit sepanjang masa. Dahlah berat!! Aku pula dah tak berapa nak fit. Padan muka sangat. Sampai rumah dah dekat 12 malam. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas ujian yang diberikan.

Wallahua'lam.

20 February 2017

Himpunan 355

Bismillahirrahmanirrahim,

Selesai Himpunan 355 bagi menyokong RUU355 yang bakal dibentangkan di parlimen Mac ini. Geng yang tak suka cakap 9,000 orang kehadiran, penganjur cakap 300,000 orang. Kalau ikut aku mungkin sekitar 60,000-70,000 camtu dari petang sampai malam. Sebab Dataran Merbok tu ikut DBKL kalau penuh muat 50,000 orang. Campur tolak orang yang stay sampai malampun majoriti.

Kita boleh berbeza pendapat tentang ini. Tapi pada aku mudah je. Mana-mana usaha untuk mertabatkan lagi undang-undang Islam, aku akan sokong. Ia proses biasa dalam mana-mana perlembagaan. Dalam Parlimen Malaysia sepanjang masa pinda undang-undang sedia ada supaya kekal relevan.




Bagaimana kaedah nak buat, cara, bentuk hukuman dsb tu semua boleh dibahaskan orang yang ahlinya. Orang awam kalau berbahas dan berdebat ni kadangkala sekadar batas ilmu yang mereka ada. Biarlah matlamat akhir kita prinsip keadilan itu dirasai semua. Walaupun ini bukanlah hudud tapi muslim wajib buat yang termampu dan berusaha memperkasakannya.

Bak kata Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Dr Zulkifli Al-Bakri malam tadi, memperkasakan syariat tanda seorang muslim menzahirkan kehambaan kepada Allah. Keypoint penting : 'Memperkasakan Syariat Islam'.

Bila aku lihat hujah orang yang membangkang sebenarnya gagal faham prinsip asas tersebut. Nak balas nak terangkanpun macam buang masa. Seeloknya bila kita kurang ilmu dan maklumat, diam lebih baik dari mengulas dan menampakkan kejahilan diri. Lagipun kalau tak buat salah nak takut apa?

Wallahua'lam.

13 February 2017

Sepetang naik LRT

Bismillahirrahmanirrahim,

Semalam aku jalan-jalan dengan wife naik LRT. Menikmati pemandangan dari sudut berbeza. Walaupun stesen LRT dekat sangat dengan rumah, setahun sekali je kot aku naik tahun 2016 lepas. Lagi selesa naik motorsikal sebab lagi cepat.

Kali ni aku ikut laluan yang baru buka dari Kinrara sampai Putra Height. Pastu terus sambung sampai ke KL. Aku bertolak selepas solat zohor.


Sampai KL, pergi pasar malam Jalan TAR untuk menikmati makanan sedap-sedap kat situ, solat asar dan terus balik. Balik melalui laluan Bukit Jalil pula. Kos terlibat seorang RM6.80 sahaja untuk perjalanan pergi-balik lebih dari sejam.

Alhamdulillah negara kita ada kemudahan seperti ini.

Wallahua'lam.

07 February 2017

Random shoot hujung minggu.

Bismillahirrahmanirrahim,

Jalan-jalan di waktu petang sambil tadabbur alam. Melihat kebesaran alam ciptaan Allah.


Betullah ilmu kita ini sangat sedikit berbanding Allah. Allah hanya berikan ilmu kepada seluruh alam ini sekadarnya sahaja. Banyak lagi tentang alam yang kita tidak tahu. Sebab itu, malu sangatlah kalau rasa hebat dan berilmu. Berjalan dengan megah dan sombong atas muka bumi Allah atas kelebihan sedikit yang diberikan Allah. Nauzubillah.


Wallahua'lam.

02 February 2017

TED

Bismillahirrahmanirrahim

Salah satu benda yang aku suka lakukan dimasa lapang ketika rehat ataupun sela masa kerja adalah tengok video kat Youtube.

Selain ceramah agama, aku suka tengok TED dari dulu. Pelbagai lapisan masyarakat dan golongan professional, ahli sukan, doktor, guru dan sebagainya berkongsi topik-topik yang menarik.

Menariknya, mereka bukan macam bagi ceramah. Cuma perkongsian yang durasinya sekitar 10 minit - 20 minit sahaja. Maksudnya tiada percakapan yang meleret-leret.

Ia membantu mengubah perspektif dan cara pandang aku dalam beberapa perkara dalam dunia ini. Sebab kita kena akui tamadun dan bangsa eropah jauh lebih lama dari kita di nusantara. Mereka melalui zaman perang, jatuh bangun dalam negara dsb.

Jadi ada beberapa perkara yang kita boleh belajar dari mereka.

Ni salah satu fav TED yang aku suka tengok. Perkongsian hasil kajian yang paling panjang di dunia. Sejak tahun 1930an hingga sekarang.

Apa sebenarnya yang manusia mahukan dalam hidup dan rahsia hidup bahagia?



Wallahua'lam.

14 January 2017

Rindu lagi.

Bismillahirrahmanirrahim

Ah rindu datang lagi.



Masa aku bujang dulu, aku ada senarai beberapa negara yang ingin aku lawati. Tempat-tempat yang aku nak pergi sebelum aku mati. Senarai tu masih ada lagi sampai sekarang. Cuma.

Sekarang, matlamat aku satu je. Untuk tunaikan haji sebelum pergi semua tempat-tempat tersebut.

Memandangkan nak dapat tawaran Muassasah memerlukan masa yang lebih lama, jadi pilihan terbaik adalah menggunakan pakej. Peluang menunaikan haji lebih baik. Kalau kena pada harganya dah tidak perlu lagi beratur.

Tapi ia memerlukan pengorbanan kewangan. Perlu rancang matlmat kewangan khusus untuk tujuan tersebut.

Semoga kita semua dipermudahkan untuk urusan haji sebelum kita menghembuskan nafas yang terakhir.


Wallahua'lam.

10 January 2017

Rindu

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku rindu sebenarnya. Rindu suasana kebaikan di Haramain.

Rindu bau udaranya, rindu cuacanya, rindu semangatnya.


Ini suasana jam 1:30 pagi di Masjid Nabawi. Patutlah susah nak dapat saf pertama di Masjid Nabawi. Diaorang sampai tidur kat sini. Tapi alhamdulillah dapat beberapa kali solat kat sini berhampiran imam. Nak seribu daya.

Kat belah luar masjidpun ramai yang tidur dengan suasana yang sangat sejuk. Ketika ini suhu dalam lingkungan 12'C. Sakit telinga kesejukan.

Mudah-mudahan Allah kekalkan semangat kebaikan. Istiqamah melakukan kebaikan sampai bila-bila. Nak beribadah sesekali itu mudah. Tapi nak istiqamah setiap hari itu cabaran yang sangat besar walaupun sekecil-kecil kebaikan.

Wallahua'lam.

07 January 2017

Haramain yang dirindui

Bismillahirrahmanirrahim



Ketika aku menulis ni aku baru je balik dari menunaikan umrah bersama family dan sahabat-sahabat aku yang lain.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan dan luaskan rezeki untuk kami semua dijemput sebagai tetamu Allah. Ini sekadar nak rekod je perjalanan kami selama 12 hari bermula 24 Disember 2016 hingga 4 Januari 2017. Pertama kali dapat sambut tahun baru di Haramain.

Aku pergi dengan sahabat baik aku Halil, Saipi dan Raja Fariz. Mereka semua bawa keluarga. Campur toddler 2 orang semuanya 20 orang. Kitorang menggunakan travel Zahafiz. Punyalah besar Zahafiz punya group sampai mereka charted MAS A380 untuk bawa jemaah mereka sahaja.

Pertama kali naik kapal terbang 2 tingkat. Lalu air pocket yang biasanya memualkan perutpun tak terasa sangat. Lebih 400 orang dari group Zahafiz join umrah pada kali ini.


Aku masih lagi dibuai rasa rindu kat bumi Haramain. Kalau ada masa nanti aku cerita lagi. Itupun kalau aku rajin. Kalau tak rajin ini jelah aku punya entry.

Wallahua'lam.

Rindu

Terlalu rindu. Rindukan ketenangan, kedamaian, kegembiraan, bau udara, cuaca di Haramain.