14 January 2017

Rindu lagi.

Bismillahirrahmanirrahim

Ah rindu datang lagi.



Masa aku bujang dulu, aku ada senarai beberapa negara yang ingin aku lawati. Tempat-tempat yang aku nak pergi sebelum aku mati. Senarai tu masih ada lagi sampai sekarang. Cuma.

Sekarang, matlamat aku satu je. Untuk tunaikan haji sebelum pergi semua tempat-tempat tersebut.

Memandangkan nak dapat tawaran Muassasah memerlukan masa yang lebih lama, jadi pilihan terbaik adalah menggunakan pakej. Peluang menunaikan haji lebih baik. Kalau kena pada harganya dah tidak perlu lagi beratur.

Tapi ia memerlukan pengorbanan kewangan. Perlu rancang matlmat kewangan khusus untuk tujuan tersebut.

Semoga kita semua dipermudahkan untuk urusan haji sebelum kita menghembuskan nafas yang terakhir.


Wallahua'lam.

10 January 2017

Rindu

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku rindu sebenarnya. Rindu suasana kebaikan di Haramain.

Rindu bau udaranya, rindu cuacanya, rindu semangatnya.


Ini suasana jam 1:30 pagi di Masjid Nabawi. Patutlah susah nak dapat saf pertama di Masjid Nabawi. Diaorang sampai tidur kat sini. Tapi alhamdulillah dapat beberapa kali solat kat sini berhampiran imam. Nak seribu daya.

Kat belah luar masjidpun ramai yang tidur dengan suasana yang sangat sejuk. Ketika ini suhu dalam lingkungan 12'C. Sakit telinga kesejukan.

Mudah-mudahan Allah kekalkan semangat kebaikan. Istiqamah melakukan kebaikan sampai bila-bila. Nak beribadah sesekali itu mudah. Tapi nak istiqamah setiap hari itu cabaran yang sangat besar walaupun sekecil-kecil kebaikan.

Wallahua'lam.

07 January 2017

Haramain yang dirindui

Bismillahirrahmanirrahim



Ketika aku menulis ni aku baru je balik dari menunaikan umrah bersama family dan sahabat-sahabat aku yang lain.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan dan luaskan rezeki untuk kami semua dijemput sebagai tetamu Allah. Ini sekadar nak rekod je perjalanan kami selama 12 hari bermula 24 Disember 2016 hingga 4 Januari 2017. Pertama kali dapat sambut tahun baru di Haramain.

Aku pergi dengan sahabat baik aku Halil, Saipi dan Raja Fariz. Mereka semua bawa keluarga. Campur toddler 2 orang semuanya 20 orang. Kitorang menggunakan travel Zahafiz. Punyalah besar Zahafiz punya group sampai mereka charted MAS A380 untuk bawa jemaah mereka sahaja.

Pertama kali naik kapal terbang 2 tingkat. Lalu air pocket yang biasanya memualkan perutpun tak terasa sangat. Lebih 400 orang dari group Zahafiz join umrah pada kali ini.


Aku masih lagi dibuai rasa rindu kat bumi Haramain. Kalau ada masa nanti aku cerita lagi. Itupun kalau aku rajin. Kalau tak rajin ini jelah aku punya entry.

Wallahua'lam.

Rindu

Terlalu rindu. Rindukan ketenangan, kedamaian, kegembiraan, bau udara, cuaca di Haramain.