14 January 2017

Rindu lagi.

Bismillahirrahmanirrahim

Ah rindu datang lagi.



Masa aku bujang dulu, aku ada senarai beberapa negara yang ingin aku lawati. Tempat-tempat yang aku nak pergi sebelum aku mati. Senarai tu masih ada lagi sampai sekarang. Cuma.

Sekarang, matlamat aku satu je. Untuk tunaikan haji sebelum pergi semua tempat-tempat tersebut.

Memandangkan nak dapat tawaran Muassasah memerlukan masa yang lebih lama, jadi pilihan terbaik adalah menggunakan pakej. Peluang menunaikan haji lebih baik. Kalau kena pada harganya dah tidak perlu lagi beratur.

Tapi ia memerlukan pengorbanan kewangan. Perlu rancang matlmat kewangan khusus untuk tujuan tersebut.

Semoga kita semua dipermudahkan untuk urusan haji sebelum kita menghembuskan nafas yang terakhir.


Wallahua'lam.

2 comments:

norazliza nayan said...

Allahummaameen. exactly the same thought as mine. semoga Allah permudahkan segalanya.

Unknown said...

Ameen, untuk chemot juga insyaallah :)

Rindu

Terlalu rindu. Rindukan ketenangan, kedamaian, kegembiraan, bau udara, cuaca di Haramain.