20 February 2017

Himpunan 355

Bismillahirrahmanirrahim,

Selesai Himpunan 355 bagi menyokong RUU355 yang bakal dibentangkan di parlimen Mac ini. Geng yang tak suka cakap 9,000 orang kehadiran, penganjur cakap 300,000 orang. Kalau ikut aku mungkin sekitar 60,000-70,000 camtu dari petang sampai malam. Sebab Dataran Merbok tu ikut DBKL kalau penuh muat 50,000 orang. Campur tolak orang yang stay sampai malampun majoriti.

Kita boleh berbeza pendapat tentang ini. Tapi pada aku mudah je. Mana-mana usaha untuk mertabatkan lagi undang-undang Islam, aku akan sokong. Ia proses biasa dalam mana-mana perlembagaan. Dalam Parlimen Malaysia sepanjang masa pinda undang-undang sedia ada supaya kekal relevan.




Bagaimana kaedah nak buat, cara, bentuk hukuman dsb tu semua boleh dibahaskan orang yang ahlinya. Orang awam kalau berbahas dan berdebat ni kadangkala sekadar batas ilmu yang mereka ada. Biarlah matlamat akhir kita prinsip keadilan itu dirasai semua. Walaupun ini bukanlah hudud tapi muslim wajib buat yang termampu dan berusaha memperkasakannya.

Bak kata Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Dr Zulkifli Al-Bakri malam tadi, memperkasakan syariat tanda seorang muslim menzahirkan kehambaan kepada Allah. Keypoint penting : 'Memperkasakan Syariat Islam'.

Bila aku lihat hujah orang yang membangkang sebenarnya gagal faham prinsip asas tersebut. Nak balas nak terangkanpun macam buang masa. Seeloknya bila kita kurang ilmu dan maklumat, diam lebih baik dari mengulas dan menampakkan kejahilan diri. Lagipun kalau tak buat salah nak takut apa?

Wallahua'lam.

13 February 2017

Sepetang naik LRT

Bismillahirrahmanirrahim,

Semalam aku jalan-jalan dengan wife naik LRT. Menikmati pemandangan dari sudut berbeza. Walaupun stesen LRT dekat sangat dengan rumah, setahun sekali je kot aku naik tahun 2016 lepas. Lagi selesa naik motorsikal sebab lagi cepat.

Kali ni aku ikut laluan yang baru buka dari Kinrara sampai Putra Height. Pastu terus sambung sampai ke KL. Aku bertolak selepas solat zohor.


Sampai KL, pergi pasar malam Jalan TAR untuk menikmati makanan sedap-sedap kat situ, solat asar dan terus balik. Balik melalui laluan Bukit Jalil pula. Kos terlibat seorang RM6.80 sahaja untuk perjalanan pergi-balik lebih dari sejam.

Alhamdulillah negara kita ada kemudahan seperti ini.

Wallahua'lam.

07 February 2017

Random shoot hujung minggu.

Bismillahirrahmanirrahim,

Jalan-jalan di waktu petang sambil tadabbur alam. Melihat kebesaran alam ciptaan Allah.


Betullah ilmu kita ini sangat sedikit berbanding Allah. Allah hanya berikan ilmu kepada seluruh alam ini sekadarnya sahaja. Banyak lagi tentang alam yang kita tidak tahu. Sebab itu, malu sangatlah kalau rasa hebat dan berilmu. Berjalan dengan megah dan sombong atas muka bumi Allah atas kelebihan sedikit yang diberikan Allah. Nauzubillah.


Wallahua'lam.

02 February 2017

TED

Bismillahirrahmanirrahim

Salah satu benda yang aku suka lakukan dimasa lapang ketika rehat ataupun sela masa kerja adalah tengok video kat Youtube.

Selain ceramah agama, aku suka tengok TED dari dulu. Pelbagai lapisan masyarakat dan golongan professional, ahli sukan, doktor, guru dan sebagainya berkongsi topik-topik yang menarik.

Menariknya, mereka bukan macam bagi ceramah. Cuma perkongsian yang durasinya sekitar 10 minit - 20 minit sahaja. Maksudnya tiada percakapan yang meleret-leret.

Ia membantu mengubah perspektif dan cara pandang aku dalam beberapa perkara dalam dunia ini. Sebab kita kena akui tamadun dan bangsa eropah jauh lebih lama dari kita di nusantara. Mereka melalui zaman perang, jatuh bangun dalam negara dsb.

Jadi ada beberapa perkara yang kita boleh belajar dari mereka.

Ni salah satu fav TED yang aku suka tengok. Perkongsian hasil kajian yang paling panjang di dunia. Sejak tahun 1930an hingga sekarang.

Apa sebenarnya yang manusia mahukan dalam hidup dan rahsia hidup bahagia?



Wallahua'lam.

Rindu

Terlalu rindu. Rindukan ketenangan, kedamaian, kegembiraan, bau udara, cuaca di Haramain.