17 April 2017

Ulasan Forum : Ibnu Taimiyyah Tokoh Versatil

Bismillahirrahmanirrahim,


Majlis ilmu hari ini bersama ilmuan muda yang tinggi ilmunya. Ustaz Salman Ali, Dr Rozaimi Ramle dan Ustaz Kamilin. Bercerita tentang tokoh kontroversi Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah di MYOAB, Kuala Lumpur.

Mereka semua masih sangat muda (lahir 1980an). Tapi kemampuan mereka berhujah dengan ilmiah mungkin jauh lebih baik dari asatizah yang lebih berusia.

Sampai ada bab yang orang awam yang tidak belajar agama ini takkan faham apa yang dibahaskan. Sampai satu tahap, aku rasa otak diorang ni lagi dahsyat dari engineer, lawyer, doktor dsb. Banyak sungguh diorang faham dan hadam dalam kitab-kitab besar dan boleh naqalkan (petik) camtu je.




Ramai orang awam tak faham kenapa ramai Fuqaha' dan Muhaddithin ni agak keras dan kurang disenangi dalam masyarakat.

Sebab utama adalah bidang ilmu tersebut memerlukan mereka menunjukkan mana bahagian dalam agama ini yang betul dan salah. Sunnah vs bidaah. Sahih vs palsu. Sesat vs lurus.

Jadi mereka lebih tegas dan serius atas amanah ilmu tersebut. Pasti akan ada kumpulan yang 'terasa' dan 'terkena' dengan teguran tersebut. Sebab itu mereka ramai musuh dari dulu sampai sekarang.

Mana mungkin berhujjah dengan Muktazilah, Wahdatul Wujud (sufi), Syiah, Nasrani, Yahudi, Kuburiyyan dsb tanpa berlaku perbezaan. Perbezaan itu perlu supaya dapat tunjuk mana yang benar dan tidak. Dari situ kadangkala wujudnya permusuhan, perselisihan.

Dalam bab kebenaran, Al-Quran dan sunnah itu lebih utama untuk dijulang berbanding menjaga hati musuh.


Kesimpulannya.

Kesimpulan aku dapat dari forum ini, jadilah orang bijak. Ada orang yang melampau dengan menolak total semua pendapat Ibn Taimiyyah. Siap buat kempen lagi. Sedangkan banyak sumbangan beliau dalam bidang agama ini tanpa mereka sedar. Beliau manusia biasa, memang ada salah silap sana sini. Tapi jangan kita padamkan khazanah ilmu yang besar. Tidak perlu melampau dalam mengkritik.

Kesilapan dia moga Allah ampunkan. Jasa dia yang besar kepada umat Islam kita tidak boleh nafikan dan kena iktiraf. Jangan tolak semua, jangan ambil semua. Anak muridnya banyak jadi ulama' besar yang jadi rujukan dan sumber agama kita. Seperti Ibn Kathir, Az-Zahabi, Ibn Qayyim, Ar-Razi, Ibn Abdil Hadi, As-Subki dsb. Mereka lebih kenal dari guru mereka.


Wallahua'lam.

No comments:

Cerita Raya 2017

Bismillahirrahmanirrahim, Raya 2017 di Kampung Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak. Wallahua'lam.