24 August 2017

Puncak Kerjaya


Bismillahiraahmanirrahim,






Bagi kebanyakkan orang, bila ditanya puncak kerjaya mereka adalah apabila mereka dapat menjadi seorang CEO, Senior Manager, Pegawai Kanan atau dapat kerja di syarikat besar, dapat pegang jawatan penting, dibayar gaji banyak ataupun bergelar seorang jutawan berjaya bila berniaga.

Sebenarnya bila kita terlalu fokus kat urusan dunia memang benda tu yang pertama terlintas difikiran.

Cuma 'puncak kerjaya' pada aku apabila seseorang itu berada dalam keadaan 'gembira' bila mereka pergi kerja setiap hari. Mereka dapat gaji yang berpatutan untuk kehidupan yang selesa. Mereka suka melakukan kerja dan suka syarikat tempat bekerjanya.

Kerjanya juga menyebabkan dia dapat menyumbang kepada agama dan masyarakat untuk tambah pahala, ada masa untuk fokus beribadah, tidak tertinggal, terkejar-kejar atau terpaksa melewatkan solat fardhu dan sukar lakukan ibadah sunat.

Tetapi yang paling penting mereka mempunya masa untuk keluarga dan anak-anaknya. Mereka melihat anak mereka membesar, dapat didik anak dengan tangan mereka sendiri, tidak terlepas hari penting dalam event keluarga seperti hari jadi, graduation day, perkahwinan, kenduri dan sebagainya.

Pada aku, itulah puncak kerja yang lebih ideal.

Adalah tidak berbaloi mengejar kerjaya untuk menjadi seorang CEO, berpangkat lebih besar dan bergaji lebih banyak kalau semua kelebihan ini makin hilang dalam hidupnya.

Duit dan pangkat tidak dapat menggantikan masa bersama keluarga yang hilang, menyebabkan kita semakin jauh dari sahabat, masyarakat dan paling penting urusan agama yang makin berkurang atas kesibukan kerja.

Tanyalah diri kita sekarang, apa matlamat utama dan 'puncak kerjaya' yang kita inginkan dalam hidup?

Banyak itu tidak semestinya lebih baik, kualiti itu lebih penting dalam hidup yang singkat ini.


Wallahua'lam.



24 Ogos 2017.

10 August 2017

Berpagi-pagian.

Bismillahirrahmanirrahim


Ada satu ketenangan yang sukar diungkap dengan kata-kata bila memulakan hari dengan sempurna.

Dapat bangun awal pagi, mandi, amik wudhu' dan dapat solat tahajjud dengan khusyuk dalam suasana hening. Kemudian solat berjemaah subuh di surau dan masjid. Selesai berzikir dapat pula baca beberapa muka Al-Quran dan terjemahannya.

Sambil breakfast bersama keluarga sebelum pergi kerja/sekolah, sama-sama baca hadis untuk pengajaran semua. Dapat baca satu bab dari Kitab Riadhus Salihinpun sudah memadai memberikan ilmu yang bermanfaat.

Kemudian keluar rumah dengan niat yang betul. Bekerja dengan niat ibadah.

Itulah hari yang sempurna dan sepanjang hari akan rasa diberkati dan tenang walaupun banyak tugasan yang perlu disiapkan.

Tapi.

Tapi semua itu takkan berlaku kalau tidur lewat malam. Kadangkala sehingga melewati jam 1 pagi. Kalau ada tugasan penting tidak mengapa, ini cuma habiskan masa dengan melayari internet, bersosial media ataupun tengok tv.

Tiada yang penting. Sekadar nak mengetahui hidup orang lain. Esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan masih cerita sekitar benda yang sama. Cuma watak dan ceritanya sahaja berbeza.

Kesimpulannya, tidurlah lebih awal dari biasa. Kalau takde buat apa-apa lepas solat isya', boleh tidur. Bangun awal-awal pagi. Kita akan rasa kesan besar dalam hidup kita. Ayuh berubah kepada hidup lebih baik.


Wallahua'lam.

Puncak Kerjaya

Bismillahiraahmanirrahim, Bagi kebanyakkan orang, bila ditanya puncak kerjaya mereka adalah apabila mereka dapat menjadi seorang CE...