10 August 2017

Berpagi-pagian.

Bismillahirrahmanirrahim


Ada satu ketenangan yang sukar diungkap dengan kata-kata bila memulakan hari dengan sempurna.

Dapat bangun awal pagi, mandi, amik wudhu' dan dapat solat tahajjud dengan khusyuk dalam suasana hening. Kemudian solat berjemaah subuh di surau dan masjid. Selesai berzikir dapat pula baca beberapa muka Al-Quran dan terjemahannya.

Sambil breakfast bersama keluarga sebelum pergi kerja/sekolah, sama-sama baca hadis untuk pengajaran semua. Dapat baca satu bab dari Kitab Riadhus Salihinpun sudah memadai memberikan ilmu yang bermanfaat.

Kemudian keluar rumah dengan niat yang betul. Bekerja dengan niat ibadah.

Itulah hari yang sempurna dan sepanjang hari akan rasa diberkati dan tenang walaupun banyak tugasan yang perlu disiapkan.

Tapi.

Tapi semua itu takkan berlaku kalau tidur lewat malam. Kadangkala sehingga melewati jam 1 pagi. Kalau ada tugasan penting tidak mengapa, ini cuma habiskan masa dengan melayari internet, bersosial media ataupun tengok tv.

Tiada yang penting. Sekadar nak mengetahui hidup orang lain. Esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan masih cerita sekitar benda yang sama. Cuma watak dan ceritanya sahaja berbeza.

Kesimpulannya, tidurlah lebih awal dari biasa. Kalau takde buat apa-apa lepas solat isya', boleh tidur. Bangun awal-awal pagi. Kita akan rasa kesan besar dalam hidup kita. Ayuh berubah kepada hidup lebih baik.


Wallahua'lam.

2 comments:

norazliza nayan said...

your thoughts are powerful bro acai...i like it!!! tqsm

Acaii Jawe said...

Chemot - Afwan. Hehe, tolong ingatkan saya juga kalau ada salah silap ye.

Cerita Umrah Akhir Tahun 2017

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah. Aku catat ni untuk ingatan aku masa hadapan. Allah bagi rezeki kat aku me...