11 September 2017

UPSR

Bismillahirrahmanirrahim,




Sedar tak sedar dah nak masuk bulan ke-10 dalam tahun 2017. Cepatnya masa berlalu.

Hari ni hari pertama UPSR. Rasanya masih ingat lagi zaman masa ambil UPSR dulu. Abah hantar aku ke sekolah ketika minggu periksa macam biasa naik motor. Pakai baju kebun. Lepas hantar aku terus pergi kebun kelapa sawit.

Abah tak bagi nasihat sangat. Tapi aku tahu abah dan mak selalu doakan aku. Sebab biasanya ketika aku dan adik beradik periksa besar memang perasan abah ngan mak berpuasa.

Seronok tengok ibu bapa sekarang siap cuti kerja seminggu nak bagi sokongan kat anak-anak mereka yang periksa. Rasanya kalau aku dulu buat camni, lagi malu agaknya :p Ada gambar sahabat share, siap mak bapak berpuasa, buat solat hajat dan baca Quran ketika anaknya periksa di surau sekolah tu. Dah jadi ritual tahunan plak.

Aku taknak ulas pasal tu, tapi nak bagitau lumrah semua ibu bapa nak anak mereka berjaya dalam hidup.

Walaupun mereka tidak cakap, tak pernah bagitau tapi jauh disudut hatinya mereka nak anak-anak mereka selesa dalam hidup. Walau siapapun mereka.

Dengan peningkatan umur kita ini yang makin dewasa, tanpa sedar ibu bapa kita juga semakin tua dan berusia. Masa mereka di dunia dah tak lama lagi. Berbakti kepada mereka merupakan satu perkara yang terbaik yang mampu kita lakukan semasa mereka hidup.

Satu masa nanti, ia hanya tinggal kenangan. Kita mungkin rindu sangat kat senyuman, pelukan, ciuman mereka. Rindu pegang erat tangan mereka, urut mereka dan buat mereka ketawa.


Wallahua'lam.

No comments:

UPSR

Bismillahirrahmanirrahim, Sedar tak sedar dah nak masuk bulan ke-10 dalam tahun 2017. Cepatnya masa berlalu. Hari ni hari pertama UPS...