05 December 2017

Cerita Umrah Akhir Tahun 2017

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah. Aku catat ni untuk ingatan aku masa hadapan.

Allah bagi rezeki kat aku menjejaki tanah haram yang sentiasa dirindui sekali lagi. Akupun tak jangka dapat pergi seawal ini. Terpaksa tukar passport sebab nak elak bayar SR2,000 sebab dah pergi awal tahun haritu. Aku pergi dari 7 November sehingga 18 November.

Kali ini aku pergi dengan Travel Wira Saujana. Aku rasa mereka travel yang paling teratur gerak kerjanya dan pengurusan jemaah daripada beberapa travel aku pergi sebelum ini. Benda camni sangat membantu terutama bagi yang pergi kali pertama.

Ada kegembiraan yang tidak tergambar sampai ke tanah haram ini lagi. Ada kesedihan yang tidak terbendung bila melihatnya buat kali terakhir. Sama ada Kaabah di Makkah dan ketika hari terakhir meninggalkan Rasulullah di Madinah. Ia cetuskan keinsafan, kerinduan, kehambaan & menggamit hati walau beberapa kali ke sini. Air mata laju mengalir tanda sedar.



Ada ketenangan yang tidak dapat digambarkan bila berada dekat dengan Rasulullah dan para sahabat. Rasa bahagia menjadi umat akhir zaman dengan Rasulullah. Rasa malu sebab banyaknya dosa-dosa lepas. Rasa sayu dengan pengorbanan besar baginda sebarkan Islam.

Bersyukur kita dilahirkan sebagai muslim tanpa perlu melalui proses 'pencarian' yang panjang seperti sebahagian muslim lain. Ia nikmat terbesar dari Allah yang jarang disyukuri. Mari kita sama-sama berazam untuk jadi muslim yang lebih baik supaya kita semua dapat syafaat Rasulullah pada hari akhirat kelak.




Wallahua'lam.

No comments:

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, dengan cuti yang panjang sekarang, ramai mengambil peluang bercuti, balik kampung dan habiskan ma...