12 September 2018

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, dengan cuti yang panjang sekarang, ramai mengambil peluang bercuti, balik kampung dan habiskan masa bersama keluarga dan teman-teman.

Alhamdulillah Allah ilhamkan manusia untuk cipta kapal terbang yang memendekkan perjalanan kita semua. Kagum melihat kenderaan beratus-ratus tan boleh terbang di angkasa berjam-jam lamanya. Bagi yang perasan, itu juga salah satu tanda kebesaran Allah.







Semoga ikatan silaturrahim dan ukhuwah kita semua semakin erat, Ameen!

Wallahua'lam.

07 September 2018

Kemanisan ujian

Bismillahirrahmanirrahim,

Kongsi tazkirah dari Ustaz Pahrol. Allah sering menyembunyikan kemanisan di sebalik kepahitan agar kemanisan itu lebih indah. Justeru, apabila ditimpa kesusahan yang menyempitkan, katakan pada hati,

"InsyaAllah selepas ini pasti ada kesenangan yang lebih melapangkan."

Sangka baik itu menenangkan hati walaupun keadaan mungkin tidak sebaik yang disangkakan. Di sebalik setiap ujian, Tuhan mengajar kita: Hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah. Bersangka baiklah dengan Allah, dan bersangka baiklah dengan diri.

Itulah jalan ke arah ketenangan sejati.

05 September 2018

Hari sedih

Bismillahirrahmanirrahim,

Selamat tinggal motor merahku.

14 Oktober 2016 - 4 September 2018



Semoga ada rezeki lebih baik,Ameen!

Wallahua'lam.

04 September 2018

Rezeki Allah itu luas.

Bismillahirrahmanirrahim,


Masa otw nak pergi ke Bangunan AIMS, KL untuk test Apps kat DR baru, aku jumpa salah seorang asnaf yang dapat bantuan lori dari Zakat Selangor ini. Beliau berniaga di kaki lima sekitar kawasan tersebut. Punyalah jauh dia drive masuk ke dalam KL untuk jual barang jualannya.

Tiba-tiba aku teringat ada asnaf yang dapat lori sepertinya yang dah tak berniaga. Alasannya jualannya rugi dan dah tak berminat untuk berniaga.

Sebelum dapat lori ni, hampir semua peniaga kecil wajib hadiri kursus perniagaan, kursus perancangan kewangan dan kursus yang berkaitan perniagaan mereka. Semua itu ditanggung sepenuhnya oleh institusi zakat. Tujuannya untuk tambahkan ilmu dan meminimakan kerugian mereka.

Aku percaya, banyak benda dalam dunia ini yang akan berbeza bila kita berusaha sungguh-sungguh. Lepas berusaha baru bertawakkal kepada Allah. Yang penting kena cari yang halal. Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati.

Bak kata ustaz aku, biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi.

Kadang-kadang kita hanya pandai merungut dan meminta-minta, sedangkan kita belum cukup berusaha. Kita kena berusaha dan berdoa, Allah pasti akan membantu kita. Jangan lupa berbaik sangka dengan Allah. Mungkin hanya masa yang menentukan, sama ada lambat atau cepat.

Ada kalanya memang Allah tidak memberi seperti apa yang kita minta kerana Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik kepada kita. Kena percaya benda itu, kerana itulah sebenarnya keimanan kita dengan perkara Qada' dan Qadar.


Wallahua'lam.

25 August 2018

Raya Haji 2018

Bismillahirrahmanirrahim,


Alhamdulillah, tahun ni Allah bagi rezeki untuk berkorban lagi. Sesungguhnya daging korban itu tidak sampai kepada Allah, tapi Taqwa yang akan dinilai semasa melakukan ibadah ini.

Tahun 2018 ni kecoh tentang orang non-muslim yang agak sensitif dengan aktiviti sembelihan yang dilakukan oleh orang Islam. Terutama bila ia di upload di sosial media.

Dari satu sudut untuk menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum, kita kena juga ambil kira pendapat mereka. Lagipun ibadah korban ini adalah sah dan diterima walaupun takde siapa pun yang upload di sosial media.

Tapi bukanlah bermakna kita muslim perlukan kebenaran non-muslim untuk berbuat satu ibadah dalam agama kita. Masing-masing dah besar boleh fikir sendiri.











Masa raya haji juga, harijadi mak yang ke-61 tahun. Alhamdulillah mak sihat-sihat je. Aku doakan semoga mak sentiasa dalam lindungan dan rahmat dari Allah. Diberikan kesihatan yang baik sampai akhir hayat, Ameen!

Mak seperti orang lain di kampung aku, majoritinya tidak bersekolah tinggi. Hampir semua hanya setakat darjah 6 sahaja. Tapi Alhamdulillah berjaya didik anak-anaknya dengan sempurna dan dengan didikan agama. 



Semoga kita dan keluarga kita sentiasa berada dalam jalan yang diredhai oleh Allah dan mati dalam keadaan beriman kepada Allah. Satu kematian yang baik iaitu Khusnul Khatimah dan bukan dalam Su'ul Khatimah, Ameen!



Wallahua'lam.


30 June 2018

Raya 2018

Bismillahirrahmanirrahim,

Macam biasa malas nak menulis tentang raya. Gambar ni menggambarkan serba sedikit raya aku tahun ini. Ini untuk kenangan masa hadapan.


























Semoga Allah rahmati dan ampuni semua dosa-dosa kita sepanjang tahun ini. Wallahua'lam.

13 June 2018

Ramadan 2018

Bismillahirrahmanirrahim,


Terasa sangat cepat Ramadan berlalu tahun ini.

Dalam tazkirah yang aku dengar di akhir-akhir Ramadan lepas. Di antara tanda diterimanya taubat dan diterimanya amalan di bulan Ramadhan adalah dengan menjadi bertambah baiknya seseorang tersebut di dalam melakukan ketaatan, jauh lebih baik dari sebelum Ramadhan.

Sekitar gambar-gambar Ramadan 2018.






















Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadan ini diterima oleh Allah. Semoga kita semua dipertemukan pada Ramadan yang akan datang.

Wallahua'lam.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, dengan cuti yang panjang sekarang, ramai mengambil peluang bercuti, balik kampung dan habiskan ma...