30 April 2018

Beli Printer.

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku tak tahu nak update apa. Sementara aku free ni nak buang sawang kat blog jap,haha.

Saje je nak cerita pasal printer baru beli semalam ni. Canon MF633cdw. Ada beberapa perkara nak kongsi sebab aku dah survey sebulan sebelum beli. Manalah tau ada yang cari printer. Boleh jimatkan masa korang.



1. Inkjet vs Laserjet.
Aku memang pengguna inkjet printer dari dulu (yang gunakan ink cecair). Walaupun ada model yang tabung ink kat tepi printer tu (jimat beli cartridge), head printer selalu rosak. Ada color tak keluar, head tersumbat dsb. Inkjet Printer kena selalu guna supaya head tak rosak. Dah banyak kali jadi sampai penat asyik kena repair head. Laserjet ni selesaikan masalah tu.

Laserjet ni boleh print lagi laju dengan kapasiti lebih banyak. Kos per print lebih rendah. Boleh connect kat network printer (wifi). Jadi boleh print guna smartphone kita je. Boleh print Duplex (depan belakang) dan boleh scan to email. Cuma harga LaserJet biasanya lebih mahal dari InkJet.


2. Canon vs Hp vs Xerox vs Brothers
Aku survey selama sebulan sebelum beli LaserJet ni. Aku memang cari 3 in 1 (Print, Photostat, Scan). Ada yang 4 in 1 termasuk Fax (ada lagi ke orang guna Fax zaman sekarang?). Semua benda aku consider. Bukan kos pemilikan awal yang murah je, tapi kena fikirkan long-term maintenance.

Canon berikan harga yang baik (bukan yang terbaik), tapi kos toner dia jauh lebih murah (Black & White dan Color) dan mudah didapati di mana-mana kedai. Service Centre dia banyak. Dan Warranty 3 tahun On-Site. Dia datang rumah kalau call jika berlaku masalah.

Sebab ada yang kena bawak ke Costumer Service kalau rosak. Nak angkat benda ni sampai sakit pinggang aku! Nak masuk kereta punyalah susah. Warranty On-Site tu satu kelebihan.


3. Beli online tak semestinya murah. 
Aku dah survey kat semua platform mall online dari Lazada, 11street, Mudah, Lelong, eBay, Amazon, Qoo10 dan sebagainya. Selepas masukkan code diskaun semua tu harganya lebih kurang sama.

Sekali tengok kat kedai fizikal, rupanya harganya boleh dapat lagi rendah. Jauh lagi rendah dari harga terendah online boleh dapat (selepas apply code). Kalau takde Code boleh jadi mahal sangat.

Ini kali ke-4 rasanya aku jumpa benda yang aku cari di kedai fizikal lebih murah dari kedai online. Sebelum ni cari  TV, Mesin Basuh, Vacuum, Seterika dan kali ni printer. Dengan bisness online yang boom, dah ramai yang rasa harga online paling murah sehingga lupa nak tengok harga kat kedai luar.

Kelebihan beli kat kedai fizikal ni, mereka dekat dengan rumah. Warranty senang nak handle. Boleh cari kedainya kalau ada apa-apa masalah. Ada kawan beli TV online memang sangat murah, tapi seller international. Tiba-tiba rosak. Good luck nak claim! Dia suruh pos TV semula, kotak dah buang, hehe.


Ok itu je nak kongsi.


Wallahua'lam.




Day 8 : Social Media Detox

Bismillahirrahmanirrahim, Ayam Kegemaran Selepas 8 hari tanpa sosial media. Aku masih kena login sosial media ofis sesekala sebab...