14 May 2018

Elin Bertunang

Bismillahirrahmanirrahim,



Sebenarnya aku nak cerita pasal PRU14 lepas. Tapi nantilah sebab tak sempat nak fikir lagi.

Ni sekadar nak rekod je kat personal blog untuk masa hadapan. Adik aku yang 5/6 bertunang Sabtu lepas. 12 Mei 2018. Alhamdulillah. Majlis berjalan lancar. Tunangnya orang Kelana Jaya.

Semoga yang baik-baik sahaja. Dapat kenal antara satu dengan lain sebelum ikatan perkahwinan terjalin. Sebab perkahwinan ni kita nak pilih orang yang bersama kita sampai ke syurga. Aku sangat tak setuju kena kahwin sebab dah meningkat umur. Kalau tak jumpa yang sesuai boleh je memilih sehingga jumpa yang sesuai. Kerja kat Mahkamah Syariah dulu mengajar aku banyak benda.

Risau juga sebenarnya ada adik perempuan. Sebab zaman sekarang ni macam-macam fitnah akhir zaman. Nasib baik cuma 2 orang je adik perempuan aku dan dia ni yang terakhir perempuan. Baguslah, pasni suami dia kena bertanggungjawab pula.

Kitorang masak sendiri dan ada tambah sikit lauk katering. Adik beradik je yang sama-sama masak.

Layan sikitlah gambar dari kamera ni. Ada aku amik dari DSLR. Tapi belum transfer lagi.

















Terima kasih kat jiran-jiran dan saudara-mara yang sama-sama memeriahkan majlis. Semoga Allah merahmati kita semua, Amiin.



Wallahua'lam.



Repair Aircond

Bismillahirrahmanirrahim, Weekend lepas aku pergi betulkan kereta wife yang dah seminggu takde aircond. Dia terlibat dalam kemalangan...