26 September 2018

Balik Haji.

Bismillahirrahmanirrahim,



Harini ada seorang budak ofis baru masuk kerja setelah pulang dari mengerjakan ibadah haji minggu lepas.

Bergenang air mata aku dengar cerita dia sepanjang mengerjakan haji baru-baru ini. 20 minit dengar beliau bercerita macam tak cukup sebab dah kena masuk meeting.

Terasa kerinduan yang tersangat kat tanah haram.

Rindu aura kebaikan sepanjang berada kat sana. Tak perlu fikirkan tentang dunia dan segala fitnahnya. Selepas solat terus berfikir tentang solat selepasnya. Rasa diri sangat dengan dengan Allah dan agama. Hingga ada perasaan tidak takut dan redha sekiranya Allah cabut nyawa ketika itu.

Rindukan khusyuknya solat di tempat terbuka di dataran Kaabah ketika waktu solat subuh yang sejuk dan berangin sesekali sambil menghayati bacaan dari Imam. Rindu suasana dhuha di Masjid Nabawi dan ketenangan suasananya. Sesuatu yang jarang berlaku di sini atas banyaknya dosa dan kelemahan diri.

Masa aku tulis nipun rasa sebak sangat-sangat sampai menitiskan air mata..

Tak sabar nak tunaikan fardhu haji. Semoga Allah jemput aku ke sana bersama keluarga dalam keadaan sihat untuk tunaikan fardhu haji dalam masa terdekat. Kalau diizinkan Allah, ingin sekali aku meninggal dunia kat bumi Madinah bersama-sama jasad Rasulullah saw, Ameen!


Wallahua'lam.

25 September 2018

12 September 2018

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, dengan cuti yang panjang sekarang, ramai mengambil peluang bercuti, balik kampung dan habiskan masa bersama keluarga dan teman-teman.

Alhamdulillah Allah ilhamkan manusia untuk cipta kapal terbang yang memendekkan perjalanan kita semua. Kagum melihat kenderaan beratus-ratus tan boleh terbang di angkasa berjam-jam lamanya. Bagi yang perasan, itu juga salah satu tanda kebesaran Allah.







Semoga ikatan silaturrahim dan ukhuwah kita semua semakin erat, Ameen!

Wallahua'lam.

07 September 2018

Kemanisan ujian

Bismillahirrahmanirrahim,

Kongsi tazkirah dari Ustaz Pahrol. Allah sering menyembunyikan kemanisan di sebalik kepahitan agar kemanisan itu lebih indah. Justeru, apabila ditimpa kesusahan yang menyempitkan, katakan pada hati,

"InsyaAllah selepas ini pasti ada kesenangan yang lebih melapangkan."

Sangka baik itu menenangkan hati walaupun keadaan mungkin tidak sebaik yang disangkakan. Di sebalik setiap ujian, Tuhan mengajar kita: Hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah. Bersangka baiklah dengan Allah, dan bersangka baiklah dengan diri.

Itulah jalan ke arah ketenangan sejati.

05 September 2018

Hari sedih

Bismillahirrahmanirrahim,

Selamat tinggal motor merahku.

14 Oktober 2016 - 4 September 2018



Semoga ada rezeki lebih baik,Ameen!

Wallahua'lam.

04 September 2018

Rezeki Allah itu luas.

Bismillahirrahmanirrahim,


Masa otw nak pergi ke Bangunan AIMS, KL untuk test Apps kat DR baru, aku jumpa salah seorang asnaf yang dapat bantuan lori dari Zakat Selangor ini. Beliau berniaga di kaki lima sekitar kawasan tersebut. Punyalah jauh dia drive masuk ke dalam KL untuk jual barang jualannya.

Tiba-tiba aku teringat ada asnaf yang dapat lori sepertinya yang dah tak berniaga. Alasannya jualannya rugi dan dah tak berminat untuk berniaga.

Sebelum dapat lori ni, hampir semua peniaga kecil wajib hadiri kursus perniagaan, kursus perancangan kewangan dan kursus yang berkaitan perniagaan mereka. Semua itu ditanggung sepenuhnya oleh institusi zakat. Tujuannya untuk tambahkan ilmu dan meminimakan kerugian mereka.

Aku percaya, banyak benda dalam dunia ini yang akan berbeza bila kita berusaha sungguh-sungguh. Lepas berusaha baru bertawakkal kepada Allah. Yang penting kena cari yang halal. Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati.

Bak kata ustaz aku, biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi.

Kadang-kadang kita hanya pandai merungut dan meminta-minta, sedangkan kita belum cukup berusaha. Kita kena berusaha dan berdoa, Allah pasti akan membantu kita. Jangan lupa berbaik sangka dengan Allah. Mungkin hanya masa yang menentukan, sama ada lambat atau cepat.

Ada kalanya memang Allah tidak memberi seperti apa yang kita minta kerana Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik kepada kita. Kena percaya benda itu, kerana itulah sebenarnya keimanan kita dengan perkara Qada' dan Qadar.


Wallahua'lam.

Repair Aircond

Bismillahirrahmanirrahim, Weekend lepas aku pergi betulkan kereta wife yang dah seminggu takde aircond. Dia terlibat dalam kemalangan...