26 September 2018

Balik Haji.

Bismillahirrahmanirrahim,



Harini ada seorang budak ofis baru masuk kerja setelah pulang dari mengerjakan ibadah haji minggu lepas.

Bergenang air mata aku dengar cerita dia sepanjang mengerjakan haji baru-baru ini. 20 minit dengar beliau bercerita macam tak cukup sebab dah kena masuk meeting.

Terasa kerinduan yang tersangat kat tanah haram.

Rindu aura kebaikan sepanjang berada kat sana. Tak perlu fikirkan tentang dunia dan segala fitnahnya. Selepas solat terus berfikir tentang solat selepasnya. Rasa diri sangat dengan dengan Allah dan agama. Hingga ada perasaan tidak takut dan redha sekiranya Allah cabut nyawa ketika itu.

Rindukan khusyuknya solat di tempat terbuka di dataran Kaabah ketika waktu solat subuh yang sejuk dan berangin sesekali sambil menghayati bacaan dari Imam. Rindu suasana dhuha di Masjid Nabawi dan ketenangan suasananya. Sesuatu yang jarang berlaku di sini atas banyaknya dosa dan kelemahan diri.

Masa aku tulis nipun rasa sebak sangat-sangat sampai menitiskan air mata..

Tak sabar nak tunaikan fardhu haji. Semoga Allah jemput aku ke sana bersama keluarga dalam keadaan sihat untuk tunaikan fardhu haji dalam masa terdekat. Kalau diizinkan Allah, ingin sekali aku meninggal dunia kat bumi Madinah bersama-sama jasad Rasulullah saw, Ameen!


Wallahua'lam.

No comments:

Day 8 : Social Media Detox

Bismillahirrahmanirrahim, Ayam Kegemaran Selepas 8 hari tanpa sosial media. Aku masih kena login sosial media ofis sesekala sebab...