04 September 2018

Rezeki Allah itu luas.

Bismillahirrahmanirrahim,


Masa otw nak pergi ke Bangunan AIMS, KL untuk test Apps kat DR baru, aku jumpa salah seorang asnaf yang dapat bantuan lori dari Zakat Selangor ini. Beliau berniaga di kaki lima sekitar kawasan tersebut. Punyalah jauh dia drive masuk ke dalam KL untuk jual barang jualannya.

Tiba-tiba aku teringat ada asnaf yang dapat lori sepertinya yang dah tak berniaga. Alasannya jualannya rugi dan dah tak berminat untuk berniaga.

Sebelum dapat lori ni, hampir semua peniaga kecil wajib hadiri kursus perniagaan, kursus perancangan kewangan dan kursus yang berkaitan perniagaan mereka. Semua itu ditanggung sepenuhnya oleh institusi zakat. Tujuannya untuk tambahkan ilmu dan meminimakan kerugian mereka.

Aku percaya, banyak benda dalam dunia ini yang akan berbeza bila kita berusaha sungguh-sungguh. Lepas berusaha baru bertawakkal kepada Allah. Yang penting kena cari yang halal. Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati.

Bak kata ustaz aku, biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi.

Kadang-kadang kita hanya pandai merungut dan meminta-minta, sedangkan kita belum cukup berusaha. Kita kena berusaha dan berdoa, Allah pasti akan membantu kita. Jangan lupa berbaik sangka dengan Allah. Mungkin hanya masa yang menentukan, sama ada lambat atau cepat.

Ada kalanya memang Allah tidak memberi seperti apa yang kita minta kerana Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik kepada kita. Kena percaya benda itu, kerana itulah sebenarnya keimanan kita dengan perkara Qada' dan Qadar.


Wallahua'lam.

No comments:

Repair Aircond

Bismillahirrahmanirrahim, Weekend lepas aku pergi betulkan kereta wife yang dah seminggu takde aircond. Dia terlibat dalam kemalangan...